Thursday, 12 April 2018

Review Bajiwoa Studio - Studio Setia Alam

Salam semua

Bila saya ada masa nak lawat studio, kenapa tak buat review sekali kan? Weeeha! Jom saya bawa anda melawat pusing-pusing apa itu Bajiwoa studio ya!

Apa itu Bajiwoa Studio

Bajiwoa Studio ni ialah studio untuk fotografi ambil gambar. Mereka ada menawarkan servis dalam studio dan luar studio. Bajiwoa ini diambil daripada nama Bangun Jiwa. Gitu, digabungkan dengan bahasa jawa menjadi Bajiwoa. Sebutan dia "baji-wo'"

Kiranya anda nak shoot gambar profile ke, gambar suka suki ke, gambar baju-bajuan untuk dijual, termasuklah gambar konvo dan sebagainya boleh dilakukan oleh Bajiwoa. Bukan terhad kepada satu bidang sahaja.

Tidak lupa juga, roger mereka tau sebab dengar kata ada program untuk orang yang baru-baru berniaga ni? Dari segi ambil gambar dan pemasaran? Nak tahu kena hubungi mereka terus ya!

Muka tengah nak makan. Haha. 



Pemilik dan lokasi

Bajiwoa Studio dimiliki oleh Encik Su Aziz. Manakala lokasi Bajiwoa ni terletak di Setia Alam je! Tak jauh dari Setia City Mall. Beliau ada kata, matlamat dia adalah untuk membantu perniagaan orang lain jugak itu sebab ada menawarkan pakej untuk syarikat-syarikat baru ye!

Ini alamatnya:

Jalan Setia Perdana AY U13/AY, Alam Nusantara, 40170 Shah Alam, Selangor

Sembang mambang bersama bloggers

Kami bloggers ni berkesempatan lah untuk bersesi photoshoot. Baiknya dan sabarnya Encik Su ni sebab melayan 7 orang perempuan bloggers banyak karenah! Kalau nak tahu, saya sempat ambil gambar dengan pizza! Yang tu tunggu kemudian ya!


Paling kanan sekali yang berdiri itu ialah Encik Su Aziz. Jumpa depan-depan, suara Encik Su ni dalam kecik je. Haha. Cakap sopan. Mesti ada yang takut nak bincang apa-apa dengan photog kan? Ni ha, korang pasti tak akan takut punya nak bincang apa-apa konsep dengan Encik Su.

Ofis bersebalahan je dengan studio. Ada ruang menunggu semua.

Awat lah muka gitu~ Jangan risau ya, Bajiwoa ni kalau tak reti pos, dorang akan ajar sikit-sikit mana yang mampu. Untuk mendapatkan hasil gambar yang lawa~

Kat studio ada beberapa jenis backdrop, ada cermin panjang, tempat tukar baju, iron steamer, penggantung baju yang biasa orang pakai tu pun ada~

Ini pula ofis. Agak sistematik lah jugak kerja kat sini~


Pakej dan Servis Bajiwoa Studio

Ha ini pula servis yang ditawarkan~ Sewa studio sahaja tanpa fotografer ialah RM 50/jam ya! Dannnn nak tahu apa pakej untuk syarikat-syarikat baru berniaga tu? Kena whatsapp Encik Su ya!

Whatsapp di: +6019 - 426 4911

Ini dia~ Senang tak perlu nak tanya dua tiga kali. Pakej dah ada depan mata~


Laman media mereka

Meh, saya kongsi apa laman media mereka pula~

https://www.facebook.com/bajiwoastudio/

https://www.instagram.com/bajiwoastudio/

https://www.bajiwoastudio.com/

Tak sabarnya nak tunggu gambar saya dan bloggers lain <3. Sebab apa yang saya lihat, gambar-gambar Encik Su ni boleh tahan lawa. Weeee~ Dan tak kekok nak kongsi ilmu bagai. Ramah tamah ya. Dan Encik Su masih bujang. Oops!

Sehingga bertemu lagi!


Tata~

Wednesday, 11 April 2018

Review Rawatan PRP di Premier Clinic, Klinik Kecantikkan Terbaik

Hai semua~

Minggu lepas hari Khamis, saya amat bertuah sebab dibiayai sepenuhnya membuat rawatan wajah di Premier Clinic. Nanti saya bagitau apa rawatan tu.

Umpama mengantuk disorongkan bantal, saya pun ambil lah peluang ni. Mana tak, sebagai model dan pelakon iklan kena jaga muka wooo! Heh heh. Jom ikuti saya menjelajah sedikit sebanyak apa klinik ini.

Apa itu Premier Clinic?

Premier Clinic ni ialah klinik kecantikkan yang menawarkan servis kaw kaw. Servis macam nak muka v-shape, anjal, awet muda semua! Kejap, bukan tu je, bila saya "stalk" website, bukan setakat muka je, dari atas rambut ke hujung kaki!

Siap ada untuk tumbuh rambut, pemulihan lutut haus dan ada main darah-darah! Gittew~ Jangan risau ya, doktor-doktor semua memang disahkan,semua nya boleh dipercayai. Mereka dibantu dengan jururawat dan perunding yang terlatih jugak.

Depa serius banyak temujanji~ jadi sila datang tepat pada masa nya ya. Kesian
kalau kita terambil masa orang lain pulak.

Sebelum rawatan

Sebelum menjalani rawatan yang bakal dicadangkan, saya datang tak pakai apa-apa terus. Letak sunbock guardian, lukis kening pakai lip tint je. Tak nak lah nampak pucat kan. Jadi kulit yang anda lihat ni melihatkan dengan jelas apa kondisi saya.

Secara jujur, kulit saya jenis memang tak ada masalah besar pun. Adalah sikit-sikit. Jadi saya ada:

- banyak pigementasi sebab malas guna sunblock sebelum ni
- mata panda sebab tak tidur malam, awal pagi baru nak tidur
- ada tiga bekas parut kecik sejak budak (ketumbuhan apa entah tak nak hilang)
- ada skin tag yang kulit tertimbul tu

Empat benda ni je. Haha tapi nak jugak buat facial aesthetic. Ini pertama kali tau! Tak penah buat biasa-biasa ataupun yang guna mesin bagai. Jujurnya memang dub dab dub dab. Maunya tak gemuruh sebab tak pernah nak bagi orang pegang muka kecuali mekap!

Nampak tak "freckles" banyak? Ada yang semulajadi ada yang disebabkan oleh sinaran UV. Parut saya ada kat pipi kanan (tengok kiri), kat hidung dekat dgn mata dan satu kat dahi. Semua belah kanan (tengok kiri). Dan ada beberapa "discolouration" ada tak sekata.


Antara Rawatan Premier Clinic dan Hiasan dalaman

Maka saya pun pergilah ke cawangan Bangsar sebab senang nak pergi ke situ. Saya guna LRT dan Grab ya hari tu. Hanya turun ke LRT Bank Rakyat Bangsar, ambil Grab dalam masa 8 minit je! Dekat sangat. Yang penting mudah dicari.

Jom tengok apa yang boleh dilihat dan dinikmati sebelum mula rawatan:

Sini je dia~

Jangan risau nak datang awal, boleh rehat-rehat dulu minum air~

Beberapa rangkaian proudk, rawatan dan anugerah yang mereka ada. Eh, situ ada ada untuk kurussssss~ senanglah mak jemah nak badan aum dan muka peloles you!

Ini bilik rawatan. Jururawat sediakan beberapa barang untuk memulakan sesi. Selesa tempat dia ni.

Manakala untuk rawatan, mereka sangat terkenal dengan rawatan Platelet Rich Plasma (PRP). Yang ambil darah masuk mesin asingkan platelet tu lepas tu cucuk kat muka~ Vampire treatment orang kata~ Tau tak kenapa dorang pemes sangat dengan benda ni?

-> Kesan sampai 18 bulan! Bukan main jimat nak mati dohhhhh. Sekali rawatan tak yah datang tiap masa! Jaga elok-elok rajin pakai sunblock cuci muka je! (*kalau anda jenis pemalas mungkin kena buat sebelum sampai 18 bulan, haha)

-> Hampir tiada kesan sampingan! Rawatan dari badan sendiri kan. Guna darah sendiri. Allergic apa pun tak akan trigger sebab tak ada benda dari luar. Weeeehuuuuu

-> Tiada DOWNTIME! Tak perlu lah nak pantang apa-apa lepas PRP ni. Muka boleh pakai mekap lepas tu. Tapi disarankan lepas 4 jam ler. Bior lah dia rehat ye anak-anak.

PRP dorang ni boleh merawat seribu satu benda tau contohnya anti penuaan, mengurangkan garis halus, meratakan tona warna, kulit lebih anjal pom pom, parut-parut kurang atau mampuih terus haha, dan banyak lagi lah! Boleh lah rujuk disini.

Antara rawatan lain ialah seperti Hydrapeel, Qswitch Whitening (bagi nak putih secara sihat dan natural), Hair removal laser (bagi tak suka berbulu bulus, macam kita jenis malas cukur ni sangat recommended tau!), dan Hair PRP (Pergi mana-mana tempat tak jalan, nak tumbuh rambut tanpa perlu banyak benda nak pakai ini jawapan anda ya)! Lain-lain rawatan kat sini.


Rawatan PRP (Platelet Rich Plasma)

Maka, selepas meliht ruang deko dalaman dan meneliti setiap rawatan. Saya dibawa berjumpa dengan Doktor Jaswine. Doktor yang bila anda masuk gemuruh anda terus hilang. Masuk macam rasa jumpa kawan-kawan je!

Apabila dah tengok kulit muka semua, doktor kata buat je lah PRP sebab PRP ni kiranya boleh hilangkan hampir keseluruhan masalah saya kecuali skin tag lah (sebab ni kena perlu laser dan kena rehat 5 hari paling minimum, tapi esok nya dah shoot kena pakai mekap). Jadi tak apa lah saya ambil PRP dulu sebab saya tak perlu rehat kan wajah~

Bersama Dr Jaswine yang comel dan mesra alam! (Yang lain pun mesra alam tau!) Ni kat Premier Clinic Bangsar ya!


Macam dalam iklan tak? HAHAHA. Kena lah tengok kulit dekat-dekat tau!
Oh ya, saya ada masalah kurang darah merah, anemia gitu. Tapi tak lah teruk betul. Tapi masih kira kurang darah lah. Tapi masih boleh melakukan PRP sebab dorang cuma ambil darah kita dalam dua tiub picagari je. Maka terhasil lah dalam empat bilangan picagari halus yang terkandung platelet.

Kuning-kuning~ Ini dari dalam darah saya~

Mula-mula sampai, kita akan buang mekap, sunblock, debu-debu atau segala apa
yang ada diatas wajah. Jangan risau, ada jururawat yang baik hati akan tolong buangkan
semua dan mereka ada removal mereka ya!

Bila dah bersih semua, dah betul-betul lap. Jururawat letak "numbing cream"
seluruh wajah. Ni dibiarkan dalam 10-15 minit. Lepas tu kena lap balik. Masa ni orang
pegang muka pun dah tak rasa apo~


Ini jururawat kita, dia lawa gilos! Dan baik hati jugak. Masa ni dah mula cucuk-cucuk dohhh. Mula-mula dub dab dub dab
bila dah kena cucuk, "oh". "gitu je". Hahaha acah terussss! Cucuk tuuuuuu!

Lepas cucuk ni, macam tak ada apa benda berlaku kan? Jangan risau ya. Lepas rawatan. Premier Clinic sapu pelembab dan sunblock. Dah siap! Masa rawatan kurang dari 30 minit. Campur semua masa konsultasi, dok berlenggang ambil gambar dan sampai habis hanya dalam 1 jam. Hehe. Jimat masa korang!
Apa perasaan saya waktu rawatan ni?

- Mula-mula gemuruh sangat-sangat. Sebab cucuk jarum kat muka. Kat tangan tak kisah, masa ambil darah kat lengan buat rileks je. 
- Ada 8 cucuk. 4 kanan 4 kiri. Mula-mula masa cucuk, doktor kira 1,2,3. Masa tu kuatkan semangat.
- Bila cucuk terkejut tersentak. Tapi lebih kepada "eh?". Dia macam tak ler sakit~
- Rasa dia macam kita kena gigit semut yang kecik merah (bukan semut api), tapi versi lebih tak sakit. Masa goyang-goyang kena cucuk, rasa gerak-gerak tapi kosong tak sakit langsung.
- Cuma dia akan lebih rasa bila dekat dengan kawasan mata. Sebab kat situ lembut, masa ni memang rasa kena gigit semut tu. Hahaha. 
- Ha, macam mana nak abaikan rasa sakit? Memang tak sakit pun. Masa kena cucuk, jururawat ada satu alat getaran yang dia akan letak dekat dengan pipi semua untuk tumpuan kita teralih. Jadi tak lah rasa terus!

Jom lihat sedutan video saya kena cucuk aummmm~



Selepas Rawatan dan Penjagaan selepas rawatan 

Selepas rawatan, saya tak pakai apa-apa terus sebab malas. Sedia maklum rawatan ni dia bagi kesan segera dan juga optimumnya dalam bulan ke tiga.Tapi yang paling ketara ialah pipi membengkak sikit. Hahaha comel pun ada. Yoler, muka tak pernah kena apa kembang lah dia.

Kesan dia kat saya:

- Ada bekas cucuk hilang dalam 4 jam. Cuma 1 tempat je yang ada kesan betul-betul tapi tak ketara pun, hilang dalam 2 hari.
- Pipi kembang dalam sehari setengah.
- Kebas datang balik waktu malam tu dalam 2 jam. Lepas tu hilang terus.
- Dagu seksiiiiiiiiiii terus runcing ternaik! Ngaummmm
- Mata panda pun kurang teruih! Saya macam "ohmai ohmai" adakah ini mimpi!
- Kulit lembab. Jadi saya kurangkan pelembab yang dipakai~ sebab muka dah lembab~

Gilos! Tak sabar nak tunggu tiga bulan tengok penuh-penuh!

Tengok gambar bawah, mana ada kesan teruk. No downtime. Saya pergi makan ayam terus!
Nah muka masa ni masih kebas lagi. Senyum tak leh sangat. HAHAHA. Tu sebab tak rasa sakit. Kesan numbing
cream memang sangat membantu.

Saya makan ini terus. Hahaha. Tapi lawaknya, muka masih kebas, nasi terjatuh
sebab konon rasa dah buka luas mulut, tapi tak. HAHAHAHA. Kena tunggu
hilang dalam 4 jam baru boleh hilang rasa numbing cream tu ya!
Rasa seronok tak buat tanpa kesan sampingan? Yeszaaaahhhh! Kalau minat roger-rogerlah mereka! Tag kita ke roger-roger ke. Nak gak tengok! Haha.

Laman Media Premier Clinic

Nak tengok atau cekidaut mereka? boleh ke:

Laman sesawang: www.premier-clinic.com
Facebook: www.facebook.com/PremierAesthetic
Instagram: instagram.com/premier_clinic
Tumblr: http://www.twitter.com/PremierClinicKL
Google Plus: http://www.youtube.com/user/PremierClinic


Lokasi Premier Clinic

Ada 4 lokasi. Boleh pilih mana yang berdekatan dengan anda ya~


TTDI : 31 Jalan Wan Kadir 2, Taman Tun Dr Ismail, 60000 WP Kuala Lumpur. *Sama baris dengan Pizza Hut dan bersebelahan dengan Maxis dan Digi Centre*
Bangsar : 40, Jalan Telawi, Bangsar Baru, 59100 WP Kuala Lumpur. *Sama baris dengan Pos Ofis dan bersebelahan dengan kedai mamak Raj Banana Leaf*
Puchong : G-15, IOI Boulevard, Jalan Kenari 4, Bandar Puchong Jaya, 47100 Puchong, Selangor *Sama barus dengan Bank RHB dan Papparich*
KL City : A-0-8, Megan Avenue 1, 189 Jalan Tun Razak, 50400 KL *Bertentangan dengan new China Embassy*
Hubungi mereka
Kalau dah hati terpaut nak buat rawatan kat klinik ni, roger mereka di:
No telefon awam: +6012-662 5552
Emai: contactus@premier-clinic.com
Dr Kee Yong Sang: www.KLaesthetic.com
Dr Chen Tai Ho: www.drchentaiho.com

Harap anda dah jelas semuanya ya dengan rawatan PRP yang telah saya lakukan di Premier Clinic. Servis tip top! Semuanya lah tip top! Tak kekok pun datang ke sini~ Hingga jumpa lagi!

Tata~

Sunday, 8 April 2018

Perfume Murah? Berkualiti? Pudore jadi pilihan anda

Assalammualaikum,

Selalu mesti cari perfume murah, perfume tahan lama, perfume halal semua kan? Mari sini saya sembang dengan korang.

Hasil tangkapan hari tu!

Jom jom jom saya kongsi dengan anda lebih #deep apa itu Pudore. Ini bukan auta sebab saya sendiri dengar dari mulut pengasas jenama ini iaitu Encik Raffiq Razak.

Apa Pudore?

Pudore ni minyak wangi. Tu je. Hahaha.

Asalnya bermula dengan jualan fesyen muslimah. Zaman-zaman Mira Filzah. Namun dorang dah tukar arah untuk jual INSPIRED PERFUME. Kenapa tak jual minyak harum formula sendiri. Haaa, sebabnya zaman kini suka cenggini. Kena lah ikut peralihan zaman. Kena bijak!

Pudore ambik sebijik nama original perfume ke inspired perfume, tak lah susah korang nak fikir nak beli apa. Contoh, ada nama satu perfume ni Pudore Bombshell. Cer teka cer teka apa perfume original dia?

Victoria Secret Bombshell lah! Mudah kan?

Jadi pengguna perfume yang ingin membeli haruman yang sama dengan yang original boleh sap sap sui cari dengan cepat di sini. Mereka kata boleh tahan dalam 8 jam. Ada yang sampai 14 jam! Kenapa tak 24 jam? Hangpa tak mandi kah dik oi. Heh heh. 

Ini pula inspirasi daripada Gucci Flora. Nama terkini dia pun Flora.
Dulu diberi nama Laura. 
Ini pula inspirasi Pacco Rabbane 1 Million. Nama dia bukan Laureen dah.
Nama dia ikut je 1 Million. Tak susah susah pilih weh!




Rangkaian minyak wangi Pudore

Ada 17 rangkaian minyak wangi inspirasi ni. Ini yang sempat saya hidu. Haaaa saya hidu angan-angan sorg tau! Sebelum saya syor, nak bagitau korang, saya ni jenis tak suka bau wangi wangi ni. Heh heh. Cepat pening, mabuk, silap-silap boleh muntah. 

Nasib hari tu tak muntah, hanya pening je. Hihi. DANNNN bagi orang yang sama spesies dengan saya, saya sangat-sangat syorkan ENERGISE, 1 MILLION, INVICTUS dan APPLE BLOSSOM. Empat ni saya hidu tak pening, agak ringan dan boleh pakai hari hari.

Bau dia macam ni -->

Energise = macam bau sabun. Tak kuat. Cinta hati! Saya suka bau sabun. Natural~
1 Milliom = sepupu sepapat bau Energise. Jenis tak kuat. Dia macam bau harum tapi dia tak cucuk hidung korang.
Invictus = sama macam 1 Million tapi tak tahu bau apa ni~
Apple Blossom = korang ambik epal hijau, korang potong. Hidu gitu. Tu lah bau dia. Haaa. Epal hijau yang macam masam manis tu bau dia. Pekat sikit dari baru epal hijau betul~

Hehe, 3 daripadanya dari rangkaian lelaki kecuali Apple Blossom. Tapi, apa ada hal? Saya tak kisah sebab dah bau tu yang sedap dan saya boleh tahan. Hehe. Unisex pun boleh lah!


Ada rangkaian lelaki dan wanita. Hanya 7 untuk lelaki dan 10 untuk wanita. Tapi kalau bau datin datin nak kuat aum aum boleh pilih La Vie Est Belle. Hehe. Ni bau semerbak ho. Blogger lain sembur kat hujung, saya yang pening kat belah sini!
Kalau suka gini, memang cun dengan korang.

Ini dia. Berapa banyak nama perfume yang anda kenal? Fakta: Semua nama original
diambil. Senang nak pilih~

Tadadadadada, bila pemilik Encik Raffi Razak baik nak matiiiiiiiiiiii. Tak sangka dapat PERCUMA perfume. Bukan satu tapi DUA. Bukan kecik tapi BESOR! OMGeeeeeeeee. Saya pilih 1 Million dan Energise. Hehe dua-dua daripada rangkain lelaki. Huehuehue. Dah lah belanja makan doh!


Bloggers, Pemilik Pudore dan Muse Pudore 2018

Bloggers bertuah sebab dapat jumpa pemilih depan-depan! Kejutan malam itu apabila Muse terbaru mereka ialah Syaheera Wahab turut turun padang! Woahhh nampaknya anda akan nampak Pudore ni akan dihiasi wajah Syaheera Wahab~
Yang tutup mata tu Encik Raffi. HAHAHA. Sebelah kiri beliau ialah Muse terbaru Syaheera Wahab. 

PUDORE~


Laman sesawang dan laman media rasmi Pudore

Memiliki ratusan ribu pengikut di laman media, boleh lah dipercayai tau! Anda boleh tengok sendiri ya, anda boleh memiliki Pudore serendah RM 19. Uhuks uhuks.

Sembur lah puas-puas!

Taip je @pudorefragrance. Instagram di https://www.instagram.com/pudorefragrance/ 

Kalau nampak gambar terkejut model tu, ini lah FB rasmi Pudore. Terkejut bak hang beli Pudore gamaknya kut.
HAHAHAHAHA. https://www.facebook.com/PudoreFragrance

 E-commerce Pudore. Boleh beli di https://www.pudorefragrance.com/


Jadi dah tau nak pilih apa untuk perfume anda? Haha jangan rambang mata sudah! Tapi mesti ada yang hairan bin ajaib, saya pernah tolak jadi model perfume bagai. Tapi nak buat blog pasal perfume. Muahaha. Mula-mula sebab saya hadir sebagai blogger dimana blogger ni kaki jujur. Tak suka kata tak suka ye!

Dan pening-pening kat situ masa hidu bau bauan, pihak Pudore ada sediakan bekas kopi untuk dihidu! Bau biji kopi ni boleh menuetralkan balik bau wangi terlampau! Mana tak terlampau~ berbelas minyak wangi saya dok hidu satu satu. HAHAHA. Bagus-bagus, baru lah semua orang tau bau apa nak pilih!

Kalau nak tahu, atau tak nak, saya tetap paksa anda tahu. Pudore ada satu blog untuk berkongsi semua cerita dorang tentang pemilihan perfume, bau-bau yang menarik dan sebagainya di https://www.pudorefragrance.com/blog/ . Kat sini boleh lah tau, dorang ambik berat terhadap pelanggan terutamanya pelanggan yang tak suka perfume macam saya huehuehue. (Tapi dah pilih dua bauan, HAHAHAHAHA)

Itu bekas kopi. Ini pulak antara bauan yang saya hidu. Lain semua kat
kotak. Haaaaaa saya hidu satu satu tuuuuuu

Ini tempat operasi mereka. Tak leh masuk tapi boleh nampak dari luar.
Agak kemas jadi tak risau ada benda asing masuk dalam perfume hahaha.
Harap anda boleh melihat Pudore dengan lebih #deep seperti apa yang saya lihat mereka sekarang! Tak lah jadi skeptikal kan! Sebab inspire je tak tahan lama. Anda tahut tak, jacket yang saya pakai dah tiga hari tak cuci, bau dia masih ada sikit. Kui kui. Banyak lah manusia tak mandi lepas pakai ni. HAHAHAHA.

Sekali lagi saya kongsikan pautan yang anda boleh cuci mata dan cuci poket untuk Pudore ya:

Laman rasmi: https://www.pudorefragrance.com/
Facebook: https://www.facebook.com/PudoreFragrance
Instagram: https://www.facebook.com/PudoreFragrance

Jangan lupa kongsikan pandangan anda tentang Pudore ya! Mereka sangat menghargai pandangan anda!

Tata!


Thursday, 29 March 2018

Pelancaran Kurma Al Abbasi

Salam semuanyaaaaa~~

Ingat tak entri saya yang lepas mengenai kebaiikan kurma madinah? Keistimewaan Kurma Madinah. Ha, ingat lagi tak Kurma Al Abbasi Munif Hijjaz? Jom saya mulakan!

Pada hari selasa yg lepas bertarikh 27 Mac, saya berpeluang untuk menghadiri pelancaran kurma daripada Madinah. Iaitu kurma Al Abbasi Munif Hijjaz oleh Golden Stream Trading. Bertempat di Hadramawt Palace Bukit Bintang. Tempat makanan arab!

Sebelum masuk ke ruang perlancaran

Eh eh Kak Ikaaa buat apa tu? Meriah majlis perlancaran ni. Ramai yang dartang
tau!!

Kabur pulak, masa ni belum mula lagi. Jadi saya ambil gambar~

Kurma ni memang didatangkan khas daripada tanah Saudi Arabia. Gandingan Munif Hijjaz Marketing Sdn Bhd dan Al Abbasi berserta Golden Stream Trading, mencetuskan produk kurma Madinah asli di Malaysia.

Sedikit sebanyak apa yang saya dengar daripada penceritaan Dr Abdurahim Al Abbasi sendiri, beliau merupakan pemilik ladang kurma di Madinah Al Munawarah. Dan lokasi ladang beliau sangat Pula dekat dengan Bukit Uhud. Beliau kata, nak melawat pun dekat-dekat.

Walaupun syarikat beliau sudah berpengalaman 10 tahun di Saudi, namun Masih agak asing Di pasaran Kurma Malaysia. Saya sendiri pun pertama kali dengar Nama kurma ni. Dan saya baru perasan, kurma ni berani mengatakan asal mana kurma mereka. Tak lah ragu-ragu saya nak membedal. Haha

Manakala bagi Munif Hijjaz Makerting, mereka pula sudah aktif memasarkan kurma jenama mereka sendiri sejak tahun 2017 dan popular dengan produk-produk seperti Munif Coca Arabic Gum, Better Cafe Arabic Gum dan pelbagai makanan berasaskan makanan sunnah lain.

Masuk masuk nampak ini. Tak bahagia? Ini lah rangkaian kurma Al Abbasi Munif Hijjaz. Warna warni pek dia. Meriah!

Kurma doorgift! Saya punya tertinggal
dalam beg Afik pulak dahhhh.

Antara produk MNM! Sedapppppp!

Rasa macam tak bertindih ke ni? Kan kan? Masa ni lah Encik Malek Pengarah Urusan MHM menerangkan bahawa tiada pertindihan kerana kedua-dua jenama kurma ni memasarkan jenis kurma berlainan. Mereka hanya ada satu jenis kurma yang dianggap kurma biasa kita boleh beli, manakala Kurma Al Abbasi pula menawarkan hingga 5 jenis kurma!

Sesi potong kek, dari kanan: Cik Ireani Yaacob, Dr Abdurahim Al Abbasi, Duta Mesir di Malaysia, Munif Hijjaz dan
Encik Malek

Maka dengan gabungan unik bersama ladang pemilik kurma milik Dr Abdurahim Al Abbasi bersama Pengarah Urusan Golden Stream Trading, Cik Ireani Yaacob, MHM akan menjadi pengedar utama Kirma Al Abbasi Munif Hijjaz dengan barissan ejen-ejen aktif di seluruh negara.

Ini kata-kata Encik Malek, "Kami harap lebih ramai lagi rakyat Malaysia dapat menghargai dan menikmati buah yang enak lagi berkhasiat dari Madinah ini"

Jom saya memperkenalkan 5 jenis kurma dalam rangkaian Kurma tersebut:

1. Ajwa Organic
2. Safawi Premium
3. Helwa
4. Mabrum
5. Mashruk

Kurma-kurma atas ni disebut sebut sebagai antara kurma terbaik dalam hadis, dan In Sha Allah merupakan penawar seribu satu penyakit serta menjauhkan daripada penyakit lain. Saya dah cuba, paling suka Safawi. Lemak gilossssss. Dan tak terlalu manis. Paling penting tak terlalu lembut boleh dikunyah lagi. Sukaaaaaa! Makan satu tak cukup!

Pek kurma. Dah penah nampak kan post sebelum ni? hehe

Lawa kan pek kurma ni? Mesti ler lawaaaaaaaa! Dibuat moden dan menarik perhatian. Barulah orang rajin nak makan! Datang dengan berat 350g tau. Sesuai sangat nak jadikan buah tangan untuk Ramadhan akan datang!

PERHATIAN PERHATIAN!

Jenama ini akan berada di Pasaran pada 5 April 2018 tau!! Wooohooooo! Anda pun dah boleh cuba makan! Suka saya ingatkan, boleh ditempah sekarang melalui ejen berdaftar MNM di munifhijjaz.com atau dibeli secara terus melalui pengedar yang tersenarai di al-abbasidates.com

Ingat! Kurma Al Abbasi Munif Hijjaz adalah kurma terbaik yang berasal dari Madinah!

Laman rasmi bolehlah layari di:

FB al_abbasidates
IG al_abbasidates
Web al-abbasidates.com , munifhijjaz.com

Tata!