Thursday, 25 April 2019

Tempat bermalam di Cameron Highlands

Salam semua,
Hari ni saya nak kongsikan satu penginapan yang berada di Cameron Highlands. Terletak kat Tanah Rata je tempat dia iaitu Apartment Servis Quintet atau Quintet Serviced Apartment. Apartment ni merupakan salah satu penginapan yang disediakan di bawah Dream Scape.
Sumber https://t-ec.bstatic.com/images/hotel/max1024x768/146/146467856.jpg
Dream Scape ni ialah syarikat yang turut menyediakan tempat penginapan di tempat lain jugak tau seperti Cyberjaya, Melaka dan Pulau Pinang. Semua pun sangat menawarkan harga berbaloi baloi!
Kembali kepada Quintet yang terletak di kawasan bukit-bukit rendah, penghuni Quintet Apartment boleh menikmati persekitaran dan permadangan yang indah, cantik dan aman. Seronoknya kawasan ni sangat menitikberatkan privasi dengan kemudahan fasiliti dan keindahan taman yang disediakan.  Lagi seronok bila tinggal kat Apartment, anda tak perlu nak bersesak dengan kereta, boleh pergi dengan senang dan parking dengan senang je.
Buang kerisauan anda!
Nak cari apartment ni pun mudah sangat sebab? Lokasi Apartment ni terletak di sebelah Pasar Malam Cameron Highlands! Lapar tengah malam tak de hal bro! Kalau tak nak membeli? Nak memasak biasa-biasa pun boleh sangatttttt! Ada dapur okie!

Harga dan bilik pulak seperti ini:

Quintet Service Apartment ada dua jenis iaitu Deluxe Three Bedroom dan Standard Three Bedroom. Dua-dua pun sangat okay sebab tiga bilik boleh bawa family besar!

Harga pun dalam lingkungan RM 340 semalam. Kalau promo? Lagi murah. Boleh jugak booking melalui platform lain seperti booking.com, expedia dan lain-lain tau.

Dreamscape punya katil cara susun, bantal, katil semua tu sebijik buat macam hotel. Baru rasa macam hotel mewah tapi dekat di hati. Gitu.

Jom tengok Quintet Serviced Apartment!
Ini ialah daripada bilik Deluxe Three Bedroom Apartment
Penting ada tandas dalam bilik. Ramai-ramai orang nak jaga privasi dan aurat
gitu. Ni penting tau!

Minimalis, cantik tak serabut.

Ruang pun sangat besar. Boleh bawa anak-anak yang berlari sakan.
Ini pula daripada bilik Standard Three Bedroom Apartment
Walaupun standard masih lawa tau. Lagi suka warna dan hiasan gini

Ruang makan pun lahaiiii lawa!

Pun besar jugak~ Rasa yang standard ni pulak lagi lawa kan?

Menariknya juga Quintet Apartment ni sangat dekat dengan lokasi tarikan pelancong yang lain seperti:
·         Kampung Orang Asli 0.2 km
·         Kuil Sri Thandayuthapani Swami 2 km
·         Kuil Sam Poh  2.3 km
·         Cactus Valley 2.6 km
·         Time Tunnel Museum 3.3 km
·         Kok Lim Strawberry Farm 3.4 km
·         Ladang The Boh  4.8 km
·         Cameron Highlands Butterfly Farm 5.1 km
·         Ladang Lebah Ee Feng Gu Honey 5.3 km
·         Tea Plantation Mountain 0 km
·         Lavender Garden Mountain 2 km
·         Robertson Rose Garden 5.7 km

Semuanya kurang daripada 6KM!

Selain tu, benda lain yang penting ketika penginapan juga turut disediakan.

Ralat:

Antara pemandangan yang boleh dinikmati di Quintet Aparment.

Sumber: https://nuprop.my/img/property_images/20160414110229_Quintet3.jpg?w=570&h=428
Sumber: https://nuprop.my/img/property_images/20160414110149_Quintet1.jpg?w=570&h=428

Benda wajib dan ekstra pun ada seperti:

-          FREE Wifi
-          Mesin basuh
-          Toiletries


 Untuk maklumat lebih lanjut boleh rujuk di bawah:

DreamScape

Alamat: F-7-2 SetiaWalk Persiaran Wawasan Pusat Bandar Puchong 47160 Puchong Selangor
No tel: +603-8659 1320
Hari Operasi: Isnin -Jumaat
Masa operasi: 10 am - 5.30 pm
Emel: dreamscapemgt@gmail.com

Penginapan buka bila-bila masa ya ofis je ikut hari dan masa operasi. Hehe.

Lamanrasmi: http://www.dreamscapemgt.com
Facebook:https://www.facebook.com/dreamscapemgt/
Instagram:
https://www.instagram.com/dreamscapemgt/

Apa lagi gais, boleh usha Quitet Apartment sekarang! Kita plan lepas bulan puasa nanti!

Thursday, 11 April 2019

Jam Tangan August Timepiece - Ringkas, Mewah dan Klasik

Salam semua,

Bercerita mengenai jam tangan, ramai yang berpendapat bahawa jam tangan merupakan aksesori fesyen yang penting. Walaupun zaman penggunaan telefon pintar berleluasa namun jam tangan masih menjadi pilihan utama untuk menjejak masa.

Jam tangan yang selalu dipilih pula harus menepati reka bentuk si pemakai. Samaada untuk bersukan, kerja korporat, kerja tapak pembinaan dan sebagainya pun memerlukan reka bentuk sertta fungsi berlainan. Betul tak?

Jadi hari ni saya nak kongsi jam tangan jenama August.

Saya menggunakan Jam Tangan August
Jam tangan jenama August ini dimiliki oleh Infinity Seven Sdn Bhd, syarikat Malaysia sendiri! Jenama August merupkan jenama mikro yang dikira masih hijau didalam arena pembuatan khusus jam tangan berkualiti tinggi dengan harga mampu milik. (tak beribu riban pun!)

Jam tangan August ni direka bentuk secara ringkas namun masih mewah dengan menampilkan ciri klasik. Didatangi dengan sistem kronograf. Iaitu sistem yang menggabungkan jam tangan biasa dan jam randik (stopwatch). Manakala subdials yang ada boleh merujuk kepada saat, jam randik, dual zone dan sebagainya.

Ini lah Jam tangan yang saya pakai tu.
Jam tangan berjenama August buat masa ini hanya menampilkan tiga reka bentuk sahaja dari pengeluaran kelompok pertama untuk memahat imej mereka di dunia fesyen. Stratergi ni mungkin unik namun serba sedikit memberi impak bagaimana sinonimnya August dengan rekaan ringkas, mewah dan klasik yang mudah dikenali. Bahkan klasik mereka menerapkan ciri bernostalgia dan sedikit moden kontemporari agar sentiasa tak lapuk dek zaman.

Pada masa hadapan pula, Jam Tangan August akan menampilkan lebih banyak reka bentuk lain pula. Sama-sama kita nantikan.

Jam tangan ni datangkan dengan kotak putih sebegini.
Jam tangan ini buat masa sekarang digunapakai oleh lelaki dan wanita. Saiz dia jugak agak besar untuk wanita tapi tidak lah sehingga merosakkan fesyen. Jam ini sangat fleksibel dalam membentuk fesyen maskulin atau feminin. 

Sesuai diguna untuk harian samada kasual atau santai. Bahkan sesuai untuk yang bekerja di dalam bangunan.

Macam ni lah nanti bila dah sampai. Ni saya pakai dulu baru letak balik. Tu yang nampak kembung kat hujung.
Pembelian pula dilakukan secara atas talian, dan cepat sampai sebab dari Malaysia je dari Solaris. Penghantaran menggunakan sistem pos dan kotak akan dibungkus dengan 'bubble wrap' untuk memelihara kotak jam daripada kemek.

Penghantaran dilakukan esklusif oleh DHL dalam masa 7 hari sahaja. Mereka juga melakukan penghantaran seluruh dunia! Menariknya tiada kos penghantaran bagi jam tangan mereka.

Ni salah satu gambar yang saya muatnaik di Instagram menggunakan jam tangan August. Cantik tak? Hehe.
Secara peribadi, saya sendiri pun jenis memilih dalam mencari jam tangan. Saya gemar memakai jam tangan yang sedikit berjenama. Biar baju murah harga RM 5 hengget tapi jam tak boleh begitu kerana saya ni alergik dengan tali jam yang bercampur dengan bahan getah polyster atau beberapa jenis besi. Sensitif katanya. Juga, saya suka jam tangan saya boleh tahan bertahun-tahun lamanya! 

Bagi saya, jika hanya mengeluarkan wang beratus ringgit tapi boleh bertahan hingga bertahun lamanya adalah lebih jimat, hatta bateri yang digunakan jam tangan berjenama selalunya pun tahan lama. Sesuai sangat dengan orang yang serabut dengan benda begini. Kalau beribu tu tak sampai lagi lah. Tak mampu jugak!

Jom lihat reka bentuk yang lain pula!

Perang, hitam dan hitam-hitam. Semua beharga RM 699.00.

Buat masa sekarang ada promo code diskaun sebanyak RM 100.00 jika menggunakan promo code "HALO AUGUST". Sah sehingga tidak dapat diguna lagi.

Anda boleh mendapatkan maklumat lebih lanjut dibawah:

August Timepiece

SyarikatINFINITY SEVEN SDN BHD (Company Registration No. 1254307-W)
Alamat: Block A4-2-7, Publika, Solaris Dutamas, No. 1, Jalan Dutamas 1, Kuala Lumpur, 14, 50480, Malaysia.

Laman rasmi dan jualan: https://www.haloaugust.com
Facebookhttps://www.facebook.com/august.timepiece/
Instagram: https://www.instagram.com/august.timepiece/
Email: enquiry@haloaugust.com
Nombor tel: +6016 - 745 1017 (Whatsapp sahaja)

Sehingga berjumpa lagi di entri yang lain. 

Tuesday, 9 April 2019

5 produk penjagaan diri dan wajah unisex TERBAIK dan LIFE CHANGING yang FREE saya dapat!

Salam semua~

Hari ni saya saja nak kongsikan5 produk penjagaan diri dan wajah unisex yang saya dapat free je. Free kat sini bermaksud samada saya dapat untuk review, goodies ataupun gift. Walaupun saya tak bayar keluar guna duit sendiri tapi produk yang saya akan kongsikan ni memang bagi kesan terbaik kat diri saya sendiri tau!

Ini lah dia. 5 produk tu termasuk 1 set penjagaan rambut warna biru putih tu~


Total honest review deep deep dalam hati sanubari gittew!

Jom kita tengok satu per satu!

1. Lash Boost Grow Serum (Jenama Miu Lash)

Produk pelebat bulu mata, bulu kening, janggut, misai dan bebulu bulu lain.


Produk ni dia guna formula khas herba herba cina semua tu untuk menumbuhkan bebulu bulu kita. Dalam 2 minggu dah nampak kesan dah. For me personally saya punya bulu mata nampak dan kening lebat seawal 5 hari. Heh heh. Laju gilosssss! Macam tak percaya. Dah lah bulu mata dah tak jatuh dah! Sumpah pakai macam rasa too good to be true yet so true!

Kena pakai everyday dua kali sehari time pagi dan before tidur. Kalau dah lebat, just sapu sekali sehari selang seli pun dah boleh untuk maintain kan bulu lebat.

Harga mengancam sebab tube kecik je. Tapi kesan dia tersangat lah hokay. Kalau nak jimat boleh kongsi dengan orang serumah. Tapi kan, nampak tube kecik, pakai tak habis pun sebab pakai sikit je dah nampak efek. Make sure lap berus selepas pakai untuk jaga kebersihan.

Harga: RM 168.00. (Dapatkan di sini)

2. Serum MyKantan (Jenama Kantan)

Serum wajah pemutih


Serum ni adalah whitening base jugak. Saya pakai ni sejak dua tahun lepas kot ke tiga tahun lepas masa botol serum ni bertukar lawa gini. Saya pakai ni kesan dia lebih jelas untuk  tiga benda iaitu less sun spot freckless, muka glowing tak kusam dan melembab menganjal pom pom kan kulit! Serious! Muka pun jadi tembok tau, kena tempat kotor tak mudah naik jerawat, gatal gatal je paling-paling. 

TAPI tak fast effect dia tau. Dalam sebulan lebih baru nampak bila pakai hari-hari. Kena pakai at least pagi sekali malam sekali. Tapi saya pakai tiap malam je sebab pemalas hehehe. Efek dia slow tapi steady and mudah tahan lama. Muka saya dulu jenis pucat (ye lah anemia) tapi pakai ni muka tak sepucat dulu. Good thing tau! Kalau tak sikit-sikit je orang fikir kita nak pengsan. Lel! Bab putih putih tu saya tak perasan lah pulak.

Ha, saya actually pernah tengok stokis Kantan seorang ni, pengguna tegar. Dia nampak cerah sikit lah pipi merah merah gitu. Anjal pom pom. Hahaha.  Tu yang saya cakap, lain orang lain tindak balas! Boleh try ya.

Harga: RM 208.00 untuk 60ml . Selalu ada sale RM 148.00 gitu. (Boleh beli kat sini)

3. Smelly-No-More (Jenama Total Image)

Spray untuk menghapus bau di ketiak, rambut, kaki, celahan celahan badan. Opps!


Ini paling best kalau pakai ganti jadi deodorant. Sebab saya sensitive bau harum, boleh kira allergic. Tak pening, mengantuk atau muntah! Saya guna ni untuk spray kat ketiak dan kaki kalau malas nak pakai stokin. Hahaha.

In which, ketiak dah basah pun bau busuk tak keluar ya. I masih boleh melambai lambai ke udara dengan penuh yakin gittew! Kalau ketiak basah tu no komen lah. Masih gak basah. HAHAHAHAHA. Dia tak claim pun boleh keringkan ketiak itu~ Lagipun produk bagi ketiak kering mostly tak elok sebab bendasing digunakan boleh efek teruk di kemudian hari seperti kanser. Kena cari ingredients yang elok tau.

Kalau orang yang suka pakai kasut tapi tak suka pakai stokin boleh try ni jugak. Saya selalu guna jugak ke kaki. Buka pun tak ragu-ragu tak keluar bau semerbak. Kucing kat rumah pun approved tak lari pun kalau saya balik rumah buka kasut terus main dengan dorang~

Harga: RM 27.00 +/- untuk 75ml dapatkan kat Watsons ke Guardian ke.

4. Set Dandruff Rescue (Jenama Dr Buds Organics)

Syampu, conditioner dan serum rambut anti ketombe eheh. 


Saya pakai satu set ya! Tapi boleh je nak pakai asing asing mix and match bak kata jurucakap produk dorang. Produk ni total organic tau siap ada certificate lagi. I actually suffer from kelemumur, kegatalan, rambut berminyak dan rambut gugur. Teruk doh! Pakai macam-macam pun satu satu masalah je dia fix. Kelemumur tarak ada, tapi rambut masih gugur, minyak tarak ada, kelemumur masih ada. Aiyoyoyo!

But when I pakai ni, ulalalalalalalalala. First cuci dah boleh nampak kelemumur kecik-kecik mengundurkan diri. Gatal pun ringan-ringan. Eheh! Sukewwwww. Lepas tu pakai dalam dua minggu, ulalalalalalalalalala! Kelemumur tarak ada, rambut gugur sudah kurang dan rambut juga kurang berminyak. Meski dia kata anti dandruff. Tapi lain masalah ter-fix sekali. Boleh tahan! 

Cuma pakai produk ni tak berbuih banyak. Buih buih manja. Make sure cuci rambut dulu dengan air biar basah habis baru pakai produk ni. Sedap sikit feeling nak pakai massage melurut rambut tu. Kalau tak, tak puas rasa dia. Hehehe.  So far, saya approved! Dapatkan kat Guardian je guys!

Harga:

Syampu 300ml RM 69.90
Conditioner 150ml RM 49.90
Serum 150ml RM 79.90

Satu set semua sekali RM 199.70 (Sale maybe RM 179.70)

5. Collagenic Aqua SPF 10 Volume Lip Essence (Jenama MIZON)

Penjagaan bibir


Disclaimer, bukan nama Mizan punya brand ye. Hehehe. Dari Korea ni. Hari tu dapat daripada Althea. Bila cari balik dah tak ada dah. Maybe dah habis stok. Jadi tak akan share harga lah kalau gitu. Gue ngak tauuu~ Kalau kat Althea negara lain check tadi masih ado~ Malaysia je tak ado~

Berbalik pasal produk ni, saya pakai dalam seminggu dah mula nampak hasil menuai padi! Bibir jadi lebih Kim Kardashian daripada biasa. Tak merekah bibir,  kurang kulit tercabut , jadi lebih lembap dan merah merah. Kira not bad lah! Berkesan weh.

Cuma bila apply rasa greasy sikit. Just picit sikit sapu rata kalau tak rasa bibir penuh minyak makan tapi bau harum gitu. Kalau nak kurangkan rasa greasy, biarkan kat bibir dalam sepuluh minit, bloat dengan tisu paper. Still tak hilang lagi moisutrize kat bibir.

Sometimes I apply ni sikit baru apply lip matte supaya senang sapu and warna lebih cantik. For me this is so goooooddddd kesan dia. Hari hari pakai tak tinggal dah. Sebab tu now bibir saya lebih sexy uolls~

Harga: Tidak tahu. But boleh check out Althea Malaysia kat sini guys!

Sampai sini je perkongsian peribadi saya mengenai produk terbaik dan life changing!

Harap korang boleh try la jugak produk yang saya kongsikan ni. Namun saya tak yakin seratus peratus kesan dia akan sama macam korang sebab lain-lain orang lain-lain tindak balas.

Sebelum menghabiskan entri, kot-kot ada yang nak membeli belah di Shopee tu, boleh lah guna promo code saya ZANDRAXSHOPEE untuk dapatkan diskaun RM 7~ Syaratnya pembelian minimum RM 30. Kira lepas jugak lah tu shipping cost.

Make sure first time pembelian menggunakan Shopee Apps tau. Promo code boleh guna sampai 31st Mei 2019 sahaja. Download lah Shopee Apps kat sini~

Hingga berjumpa lagi~ Tata~

Monday, 8 April 2019

Review Kitsui Whitening B.B - Produk pencerahan kulit

Salam semua,

Hari ni saya nak berkongsi cerita mengenai produk putih. Eh? Ha betul lah saya nak kenalkan produk mencerahkan kulit iaitu Kitsui Whitening B.B.

Kitsui Whitening B.B

Kenapa saya nak kongsi produk 'putih' ni? Ha itu lah pasal. Sebenarnya saya ambik ni bukan pasal nak putih melepak.Saya ambik ni sebab dah gelap sedikit kerana selalu keluar berpanas.

Sebab tergelap, foundation yang sedia ada tak sekata dengan kulit jadi muka jadi kelabu. Nak beli baru sayang pulak. Jadi bagus cerahkan atau lebih tepat pulihkan je kulit sedia ada sebab kebanyakkan makeup yang ada sekarang sesuai dengan kulit lama.

Kitsui Whitening B.B ni bukan setakat nak cerahkan kulit je tau bahkan boleh membantu kulit lebih bagus daripada masalah jerawat dan sebagainya.

Kitsui Whitening B.B bagus untuk:

• Produk pencerah tanpa kolagen bagus bagi siapa yang mempunyai alahan collagen 
• Mencerah seluruh wajah 
• Menghalang pembentukan blackhead & whitehead 
• Mengawal minyak berlebihan di muka
• Menghalang penghasilan melanin kulit 
• Menutup liang pori terbuka 
• Menjadikan kulit lebih putih pink dan gebu 
• Meningkatkan kecerahan warna kulit 

Shake shake je

Cara penggunaan:

- Satu sachet setiap hari siang atau malam sebelum tidur
- Selepas makan
- Masukkan dalam shaker berisi air 150ml minimum dan goncang sampai larut
- Minum sampai habis

*jangan biarkan terlalu lama.

Sachet dia macam ni je.

Tips atau pantang kecantikkan harian dan pengambilan Kitsui:

1. Untuk MASALAH JERAWAT sila pantang susu, makanan bergoreng dan kicap soya.
2. Elakkan pengambilan KAFEIN sbb boleh mempercepatkan penuaan.
3. Masa period better stop sebb sistem pnyerapan badan masih lemah jadi bazir jika minum.
4. Boleh JARAKKAN waktu pengambilan selama 5 jam jika ambil UBAT dari hospital/klinik.
5. Boleh jarakkan 1-2 jam pengambilan dengan produk Kitsui jika mengambil apa2 jenis produk/supplement/jamu lain.
6. Sesuai diambil selepas kandungan/baby yg berusia 4 bulan ke atas utk ibu mengandung/ ibu menyusu. 
7. Amalkan minum AIR MASAK 2-3 liter utk kesan terbaik.
8. Jika mempunyai MASALAH KESIHATAN sila rujuk doktor atau pakar kesihatan dulu sebelum mengambil apa2 jenis produk.
9. Boleh bancuhkan dgn air suam, air biasa atau air sejuk tp pastikan betul2 larut dlu sblm minum. 
10. Waktu yg dicadangkan ialah sebelum tido sbb pnyerapan waktu malam lebih tinggi

*Tips dan pantang di atas berdasarkan nasihat kakitangan Kitsui.

Shaker ni Shaker Kitsui~

Berita baik, Kitsui Whitening B.B dan produk Kitsui lain boleh juga didapati di Shopee! Korang boleh dapatkan produk Kitsui Whitening B.B di Shopee dengan link di sini .

Jom tonton video sembang-sembang:



Mudah kan nak bancuh dan minum.

Maklumat lebih lanjut mengenai Kitsui bolehlah rujuk dibawah:

Laman Rasmi: https://kitsui.com.my/

#1 Jenama Terunggul Di Hati Pengguna


Sedikit pesanan buat kat pembaca luar sana. Putih bukan penentu anda lawa dan hitam bukan penentu anda hodoh, kita patut buang pemikiran yang sebegini sebab kulit kita ni pun anugerah Tuhan. Kena bersyukur. 

Paling penting kita jaga kulit kita biar sihat dan rajinkan diri pakai sunscreen. Bagi yang berkulit gelap to be honest ya, Kitsui ni tak kan cerahkan kulit korang jadi Madonna pun, yang dah cerah pun tak kan jadi semacam Geisha. 

Cuma bila consume jadi lebih glowing, brighten dan cerah daripada biasa je lah. Focus produk ni pun nak merawat kulit sebenarnya. Oleh sebab kulit nampak cerah daripada biasa, maka ada lah effect 'whitening' di situ. Hatta nama produk pun Kitsui Whitening B.B. Pastikan juga untuk minum air yang banyak juga ya.

Sedikit pantun buat semua:

Putih putih melati,
Hitam hitam tampuk manggis,
Yang putih itu berseri,
Yang hitam itu manis.

Ewahhhh~

Sehingga berjumpa lagi di lain entri.

P/S: Komen anda mugkin terlepas pandang. Jika ada persoalan mengenai produk sila ke laman rasmi atau Shopee Kitsui untuk mendapatkan jawapan pada yang lebih layak.

#kitsui #kitsuimy #kitsuimalaysia #motivasi #motivasidiri #motivasisihat #motivasikesihatan #sihat #cantik #kulit #kulitputih #kulitsihat #kulitsehat #kulitberminyak #kulitkering #kulitkusam # #kulitlembab #kulitlembut #kulitcantik #kulitsehat #motivasi #motivasidiri #motivasisihat #motivasikes