Tuesday, 24 May 2022

Pameran Pokémon Trading Card Game yang ke 25 Tahun kini di Aeon Mall Shah Alam

Shah Alam - Julung-julung kalinya Pameran Pokémin Trading Card Game (TCG) yang ke 25 tahun dilangsungkan di Aeon Mall Shah Alam bermula 17hb Mei sehingga 29hb Mei ini.


Pameran Pokémon TCG ini berlangsung pada setiap hari di Centre Court Aeon Mall Shah Alam. Pameran ini dijangka mendapat sambutan yang hangat daripada generasi yang sering membesar dengan Pokémon sehingga ke generasi kanak-kanak sekarang.

Pameran Pokémon TCG ini dibuka setiap hari pada pukul 10 pagi sehingga 10 malam. Berikut merupakan aktiviti yang dijalankan ketika pameran:

1) Pameran Pokémon TCG (Pokémon TCG Exhibition)

Pameran kad SWORD AND SHEILD - EVOLVING SKIES

Pameran kad CELEBRATIONS

- Pameran semua kad Pokémon TCG pelbagai siri iaitu kad CELEBRATIONS, kad SWORD & SHEILD - EVOLVING SKIES & kad SWORD & SHEILD - FUSHION STRIKE.

2) Sudut Pokèmon TCG Trading (Pokémon TCG Trading Corner)

Sesi Trading

Sudut untuk Trading

- Bawa kad Pokémon anda lalukan trading untuk mendapatkan kad Pokémon lain.

3) Tutorial Pokémon TCG untuk pemula ( Pokémon TCG Tutorials for Begginers)

Sesi tutorial Pokémon Trading Card

- Jumaat hingga ahad sahaja. Pukul 1-5pm sahaja. Tarikh 20, 21, 22, 27, 28 & 29hb Mei sahaja. 

- Boleh sertai seorang diri atau bersama rakan dan keluarga.

- Dapatkan Pokémon TCG Fun Pack apabila anda sertai aktiviti ini.Daftar sesi tutorial disini.

- Tonton video ini terlebih dahulu sebelum menyertai sesi tutorial -> Video tutorial

4) Sudut Pokémon Legends: Demo Arceus ( Demo Corner)

Sesi demo dan permaianan Pokémon Legends: Arceus

- Saksikan demo dan bermain permainan terkini iaitu Pokémon Legends: Arceus di Nintendo Switch.

5) Bermain Pokémon Ga-Olé Part3 + Pemberian Tiket Sokongan Pikachu. (Pokémon Ga-Olé Part 3 + Pikachu Support Ticket Distribution)

Pengunjung bermain Pokémon Go-Olé

- Bermain Pokémon Ga-Olé Part3 dan berusaha dapatkan disk lima bintang Ga-Olé yang kuat!

- Pemberian tiket sokongan Pikachu untuk pemain Ga-Olé di Pameran ini dan pembeli yang membeli barangan Pokémon.

6) Jumpa Pikachu! (Meet Pikachu!)

Sesi persembahan tarian Pikachu.

Bergambar bersama Pikachu.

- Pada hujung minggu sabtu dan ahad sahaja. Tarikh 21, 22, 28 dan 29hb Mei sahaja.

- Pikachu Jalan-Jalan @ Pikachu Walkabout : 3pm

- Persembahan Tarian Pikachu @ Pikachu Dance Show: 5pm & 7pm

- Sesi Bertemu Peminat Pikachu @ Pikachu Meet & Greet : 6pm

7) Penjualan Barangan Pokémon (Pokémon Merchandise )


Antara barangan yang ada.

- Barangan dan patung Pokémon yang dibawakan daripada Jepun untuk peminat di Malaysia.

Pameran Pokémon TCG yang ke 25 tahun:

Tempat: Centre Court, Aeon Mall Shah Alam.
Masa: 10 pagi - 10 malam
Tarikh: 17 - 29hb Mei 2022

Untuk mengetahui lebih lanjut anda boleh layari laman web ini Pokémon TCG (Dalam Bahasa Inggeris).

**Semua aktiviti berlangsung pada setiap hari pada pukul 10 pagi hingga 10 malam kecuali jika dinyatakan pada hari dan masa tertentu.

Apa lagi jom ramai-ramai ke Centre Court Aeon Shah Alam untuk menyertai Pameran Pokémon TCG yang ke 25 tahun!

Jebat Derhaka 'feeling' macam artis, tak berani datang semuka Caprice

"Kerusi ini bagi seorang bernama Jebat Derhaka, Cap ada jemput untuk ke table talk.

Caprice menemubual Kak Lin menerusi siri Table Talk Bersama Usahawan

"Awal-awal dia kata on, tapi akhirnya dia bagi nombor pengurus dia. Dia lagi artis daripada artis," kata Caprice dalam hantaran YouTube dimuat naik baru-baru ini.

Dalam episod pertama siri Table Talk Bersama Usahawan, beliau menjemput Jebat untuk datang untuk duduk berdepan bersama usahawan jutawan yang dilahirkan RichWorks bagi merungkai pelbagai persoalan yang timbul sebelum ini.

"Jebat saya akan post dalam Instagram malam ni, hang tak ada telur abang. Hang lagi artis dari Caprice," jelasnya.

Caprice

Usahawan dan penyanyi rap terkenal itu mengeluarkan video temu bual bersama usahawan selepas tular video mempersoalkan RichWorks melahirkan usahawan jutawan dan skim cepat kaya hingga menjadi perbualan netizen ketika awal Syawal lalu. 

Dalam pada itu, Pengasas Addar Beauty, Norhaslinda Rosli atau lebih dikenali sebagai Kak Lin memberitahu, mungkin Youtuber itu tidak tahu dan nampak dengan lebih jelas apakah pencapaian dan kejayaan dihasilkan RichWorks.

Kak Lin, Pengasas Addar Beauty

"Saya sebagai salah seorang pelajar yang ada 'proven results', dari kosong hingga kini dengan didikan yang saya belajar tanpa henti bersama Datuk Wira Dr Azizan Osman telah capai jualan RM16.7 juta tahun lalu.

"Kalau abang Jebat nak sertai kita pun boleh, banyak saja program-program percuma malah boleh daftar binabisnesberjaya.com pada 4 & 5 Jun, sesi 10x Bina Bisnes Berjaya di Setia City Convention Centre untuk usahawan," ujarnya yang memulakan bisnes itu ketika berusia 35 tahun.

Malahan Kak Lin berkongsi bahawa beliau pernah ditinggalkan suami selama 11 tahun, berbekalkan wang simpanan tinggal RM10,000 bangkit kembali hingga mampu membina bisnes yang berjaya.

"Saya sangat menghargai mentor saya, Dr Azizan dari 2015 lagi. Saya masih ingat kata beliau, macam mana nak bagi saya nampak awak sebab marketing adalah untuk buat orang nampak.

"Beliau tak sombong sebab Dr Azizan banyak anak didiknya, tapi saya tekad suatu saat beliau akan kenal saya dan beliau dah kenal saya," menjawab soal Caprice adakah Dr Azizan seorang yang sombong.

Kongsi Kak Lin lagi mengenai kehidupan, ketika anda susah, tiada orang akan tolong anda berdasarkan pengalaman dan apa yang dilalui.

"Kalau anda rasa anda nak berubah, tiada sesiapa boleh tolong kecuali diri sendiri untuk dorong diri ke arah mana yang dikehendaki," ujarnya lagi.

Tuesday, 10 May 2022

Bos Eskayvie Bersuara, Setuju RichWorks Skim Cepat Kaya!

SHAH ALAM - "Program yang dianjurkan Richworks memang 'Skim Cepat Kaya' sebab mereka berjaya 'kayakan' ramai usahawan termasuklah Eskayvie Sdn. Bhd. (Eskayvie) dan usahawan kami," jelas Pengarah Urusannya.

Kartika Wati Mohamed memberitahu, beliau merupakan salah seorang 'mangsa' hinggakan Eskayvie sebagai pelopor produk kesihatan tempatan yang hampir ditutup beberapa tahun lalu mampu bangkit semula.

"Skim cepat kaya ini yang sudah buatkan para usahawan kami mendapat pendapatan bersih 4 ke 6 angka sebulan tanpa modal. Memang sah skim cepat kaya.



"Selari dengan visi kami untuk memperkasakan ekonomi & kesihatan ummah. Ini adalah 'proven result' hasil dari bimbingan Datuk Wira Dr Azizan Osman," jelasnya dalam satu hantaran di akaun LinkedIn miliknya semalam.


Tambahnya, hampir saja beliau kembali ke bidang guaman dan suaminya, Dr Syid Ayob Syid Mustafa Al-Qudri sebagai formulator produk Eskayvie kembali ke bidang perubatan semula. 


"Pengalaman berpuluh tahun dalam beberapa jenis perniagaan tidak menjanjikan seseorang itu kejayaan.


"Bila dibimbing mentor yang sangat komited, memberi saya dorongan serta kepastian tentang apa yang saya perlukan dalam perniagaan," jelasnya.


Kartika berkata, beliau juga dapat belajar daripada pengalaman dan cabaran dunia perniagaan melalui circle di dalam RichWorks.


"Ini adalah jalan pintas untuk saya jayakan Eskayvie dengan lebih selamat dan cepat.


"Mentor saya tak pernah gagal untuk membuka potensi dalam minda ini untuk fokus dan reka kejayaan mahu dikecapi namun pastinya banyak perkara perlu kita lakukan," ujarnya.


Dalam pada itu, Kartika menjelaskan bahawa perjalanan Eskayvie masih panjang untuk mencipta syarikat yang akan bertahan lebih 100 tahun.


"Andai dahulu jualan RM1 juta sehari bagai mimpi yang mustahil dikecapi, kini ia adalah kenyataan yang diikmati & syukuri," katanya lagi.

Gadis Terkejut Badan Menyusut Banyak Dalam 4 Bulan

KUALA LUMPUR:  Fizikal diri Sofea, 25, dianggap berat 'terlebih muatan' acap kali dijadikan modal kecaman dan dipersenda mereka yang memerhatinya atas bawah.

Gadis terkejut badan menyusut banyak

Lebih sadis, fizikal Sofea atau nama penuhnya, Nurhidayah Ismail yang bergelar suri rumah ini juga pernah disamakan dengan tayar lori selepas empat bulan melahirkan anaknya.


Berat badan Sofea melebihi 79 kilogram ketika itu. Malah pada satu tahap, dia mengakui hampir membuat keputusan bodoh untuk membunuh diri kerana teruk berdepan 'body shaming' atau perbuatan mengejek fizikal seseorang dalam media sosial.


Namun, jauh di sudut hatinya, dia juga mahu dipandang istimewa dan rasa dihargai.


"Saya sampai tahap nak tengok diri sendiri depan cermin pun tak sanggup. Saya dibandingkan dengan mereka yang mulut ibarat tak ada 'insuran'. Malah yang mengejek fizikal saya pun ada di kalangan teman rapat.


"Sekali dua diejek, mungkin saya boleh tebalkan muka dan tahan malu. Tapi apabila banyak kali diulang ejekan sama, ia terngiang-ngiang.  Lebih kronik di depan orang ramai, saya sampai takut nak keluar rumah. 


"Nak pandang muka orang pun jadi segan. Saya banyak habiskan masa meraung dan menangis di rumah. Suami ajak beli baju pun, saya menolak kerana takut saiz baju tak ada," kata Sofea.


Berat Sofea asalnya hanya 57 kilogram (kg) sebelum hamil. Selepas berpantang, berat badannya membesar bagai 'juara'.


"Satu tahap saya cuba bersenam dan berpuasa, tapi tak menjadi. Berat badan tetap naik mendadak. Saya putus asa. 


"Saya cuba diet makan buah dan sayur. Dijadikan cerita saya ke farmasi dan memberanikan diri mencuba nasib dengan amalkan minuman kesihatan, Nuetraa Fiber D+.

Nurhidayah binti Ismail

"Tak sangka, percubaan amalan minuman itu buat saya berjaya turun ke angka 75.8 kg dalam masa dua minggu. Kemudian selepas enam minggu seterusnya, berat saya mencecah 69.2 kg. Saya jaga waktu makan, kurangkan garam dan gula juga. Saya sekarang pakai saiz baju L. Dulu 2XL," kata Sofea.

Berat Badan Sebelum dan Selepas mengambil minuman nuetraa selama 2 minggu

Jenama minuman fiber prebiotik itu  sudah tiga  tahun dan diformulasi ahli farmasi dengan 19 tahun pengalaman.


Ia berjaya membantu ramai yang berdepan masalah usus dan sembelit, membuang toksin, menurunkan berat badan dan merawat kulit bermasalah.


Jenama produk minuman berkenaan yang sudah berada di pasaran Malaysia selama 3 tahun, terus dipercayai dan unggul apabila menerima pengiktirafan Superbrand Award.


Malah dalam tempoh kehadirannya di pasaran, jenama yang beribu pejabat di Subang Jaya, Selangor itu berjaya menggembirakan ramai testimoni termasuk Sofea yang berpuas hati dengan kesan penggunaan produk itu.


Diasaskan dua individu Dato Dr Raja dan Siti Nazurah Mohd Nasir, produk itu berhasil mengembalikan keyakinan dan keceriaan individu.

Pengasas Nuetraa Dato Dr  Ilaiaraja Sagadewan & Siti Nazurah bt Mohd Nasir

Kata Siti Nazurah, Nuetraa Fiber D+ membantu melindungi sel kita daripada pendedahan toksin harian sambil membaik pulih usus dan hati.

Neutraa Fiber D+

"Ia produk pertama seumpamanya dikilangkan di Malaysia dan diformulasi di Kanada.   


"Ramai wanita mahupun lelaki berdepan masalah sama seperti Sofea. Produk ini berdaftar dengan Kementerian Kesihatan (KKM) dibawah kategori makanan yg diselia oleh Akta Makanan 1983 dan ianya mempunyai sijil Halal.


"Ia menjimatkan ribuan ringgit kos rawatan penyakit  berpunca daripada keradangan sel dan usus," kata Siti Nazurah.


Sementara itu, Dato Dr Raja berkata, produk berkenaan disasarkan untuk mereka berusia dari 25 hingga 55 tahun ke atas.


"Kajian terhadap kebaikan dan manfaat prebiotik, milk thistle dan akar dandelion yang amat baik untuk penjagaan hati dan usus. Ia bukan sahaja membantu menyokong kesihatan hati dan usus malah turut mengandungi manfaat lain.


"Termasuk menguatkan sistem pertahanan badan, kaya dengan antioksidan, membantu mengurangkan keradangan sel dan memberi perlindungan terhadap pendedahan toksin harian daripada pelbagai aktiviti serta makanan


"Ia dihasilkan daripada bahan semulajadi yang bagus untuk sistem pencernaan. Ia mengandungi khasiat akar dandelion, campuran buah beri, susu 'thistle', inulin dan serat larut air yang datang daripada sekam biji psyllium.


"Ia juga sesuai untuk wanita hamil selepas fasa tiga bulan kehamilan, pesakit kanser, darah tinggi dan diabetes pun boleh minum. Kecuali pesakit yang sedang menjalani dialisis. 

Neutraa Fiber D+ shaker

"Pembelian di nuetraasihat.myshoppegram.com, layak mendapat diskaun harga RM79.90 sekotak. Kita juga ada harga penjimatan dengan pek kombo ditawarkan," kata Dato Dr Raja.