Wangsa Maju, 25hb Jun – Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) telah mengadakan Majlis Pelancaran Lagu Omar & Hana yang bertajuk Mudahnya Berzakat di pusat membeli belah terkemuka di ibu negara.
Omar
& Hana yang terkenal dengan lagu-lagu berkisahkan kisah tauladan sahabat
nabi, solat, puasa dan lain-lain berkaitan dengan agama Islam kini menampilkan
lagu berkenaan dengan zakat. Insiatif ini merupakan kerjasama yang dilaksanakan
oleh PPZ-MAIWP dan Digital Durian yang
akhirnya menghasilkan lagu dan video khas berkenaan zakat bertajuk Mudahnya
Berzakat. Video lagu ini juga untuk memberi kesedaran dan mendidik kanak-kanak
dan ibu bapa tentang kewajipan berzakat.
Ibadah
zakat ini perlu ditekankan sama seperti penekanan terhadap ibadah solat,
berpuasa di bulan Ramadan dan menunaikan haji. Hal ini adalah kerana ibadah ini
merupakan ibadah wajib dan merupakan salah satu rukun Islam. Secara tidak
langsung lagu ini juga boleh memupuk anak-anak dari kecil apabila menonton video
lagu ini. Seterusnya melahirkan generasi muda yang celik zakat dan akhirnya
menyumbang kepada peningkatan kutipan zakat. Maka lebih banyak asnaf yang boleh
dibantu.
Untuk
pengetahuan semua, kewajipan menunaikan zakat tidak hanya tertakluk kepada
orang dewasa sahaja bahkan kanak-kanak juga tidak terkecuali menunaikan
kewajipan ini sekiranya menepati syarat zakat. Syarat wajib zakat ialah islam,
merdeka, sempurna milik, cukup nisab dan cukup haul. Maka mana-mana yang
mencukupi syarat wajiblah mengeluarkan zakat tanpa kira umur. Namun zakat ke
atas kanak-kanak wajib ditunaikan oleh penjaga atau ibu bapa.
Sebagai
tambahan, zakat terbahagi kepada dua iaitu zakat fitrah dan zakat harta. Zakat
harta pula merangkumi tujuh jenis. Tujuh jenis zakat harta tersebut ialah,
zakat harta simpanan, zakat perniagaan, zakat ternakan dan pertanian, zakat
KWSP (apabila dikeluarkan), zakat emas dan perak, zakat saham (apabila
dikeluarkan) dan zakat pendapatan (gaji, elaun & sebagainya). Nampak banyak
namun zakat hanya perlu dibayar sebanyak 2.5% sahaja daripada setiap jenis
bahkan hanya wajib dibayar apabila cukup nisab setelah tolak komitmen.
Untuk
memudahkan orang ramai meunaikan zakat, zakat kini boleh dilakukan melalui
aplikasi MyZakat. Melalui aplikasi ini, pengguna boleh semak kelayakkan berzakat,
mengira pembayaran zakat, membuat pembayaran dan semak penyata zakat. Aplikasi
MyZakat ini boleh dimuat turun di Google Play Store atau Apple Store.
Pembayaran melalui aplikasi ini kini lebih mudah dengan perbankan internet dan
pembayaran melalui dompet elektronik sepert ShopeePay, Boost dan GoPayz.
Mari
kita menunaikan zakat, mensucikan hati dan mensucikan harta. Sementar itu jom tonton video lagu Mudahnya Berzakat oleh Omar & Hana dan PPZ-MAIWP.
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai PPZ-MAIWP boleh rujuk maklumat dibawah:
Laman Web: www.zakat.com.my
Talian Zakat: 1300-88-5757
Facebook: Pusat Pungutan Zakat
Instagram: Pusat Pungutan Zakat
Youtube: PPZTV
Twitter: PPZWP
Aplikasi MyZakat Play Store: MyZakat Play Store
Aplikasi MyZakat Apple Store: MyZakat Apple Store