Apa yang bermain difikiran anda apabila BBQ Amerika disebut?
Semestinya ‘smoked brisket’ dan kepelbagaian daging yang di panggang dengan
perapan istimewa kan. Jadi mana nak dapatkan makanan seperti ini yang tentu
sekali halal, sedap di makan dan harga pula berpatutan? Semuanya boleh didapati
di Meat Cartel.
Saiz setiap makanan di Meat Cartel cukup mengenyangkan!
Baru-baru ni saya berkesempatan menjamu selera di Meat
Cartel yang terletak di Subang Bestari bersama rakan-rakan saya. Suasana kedai
juga luas dan bersih. Bila duduk pula membaca menu, terus rambang mata kerana
menu yang dipaparkan menunjukkan pelbagai menu serta gambar. Baru lah tahu apa
yang dipilih nanti.
Kali ini saya sempat menjamu tujuh jenis makanan dan dua
jenis minuman susu kocak. Jom saya review satu persatu jamuan tersebut:
Makanan:
1. Classic Caesar Salad RM10.00
Dalam ni ada romain lettuce, crouton dan keju parmesan yang diparut antara bahan utama. Tak basah, portion banyak, croutons rasa keju dan keju parmesan banyak. Ni wajib pesan sebab salad ni sedap sangat. Ada masin lebih sikit sebab keju tapi saya suka sebab masin dia bukan masin garam.
2. BBQ Chicken RM19.90
Ayam sangat-sangat 'juicy' tak kering. Perapan pun cukup, tak masin tak tawar. Makan dengan dua hidangan sampingan pun sudah cukup sebab banyak. Kacang panggang dan coleslow pun sedap. Kacang panggang tak terlalu lembik, tak cair dan cukup rasa. Coleslow sedap tak berair.
3. Nasi Masak Lomak Smoked Brisket RM32.90
SEDAP! Kuah tak terlalu pekat atau cair. Masak lomak memang terasa macam kat kampung. Daging smoked brisket pun banyak juga. Ini sangat berbaloi untuk dicuba! Sambal kicap pun mengena dengan masak lomak ni. Bila makan dengan nasi, pergh memang citarasa kampung jelas nikmat!
4. Masak Lomak Smoked Brisket Pasta RM22.00
Sama seperti di atas. Sedap pasta masak lomak smoked brisket. Rasa masak lomak yang penuh dengan daging dan pasta yang dimasak elok. Kuah ni lagi pekat dari set nasi tapi masih boleh telan sedap.
5. Country Mushroom Soup RM11.90
Sup cendawan paling sedap yang saya pernah rasa! Sup cendawan di sini dibuat sendiri menggunakan cendawan asli. Sangat berkrim tapi tak manis atau memuakkan. Cendawan yang digunakan pun banyak. Tak ada rasa tepung ya haha. Oh, roti bawang putih pun sedap! Rangup di luar lembut di dalam!
6. Smoked Brisket Sandwich 100gm RM29.90
Jujur ye, ini paling saya rasa kurang sebab saya tak berapa sangat makan burger. Walaupun demikian saya masih rasa hidangan ni dalam kategori sedap. Kentang tentu-tentu dah sedap tak rasa tiruan. Daging yang diracik sedap je lembut ada rasa salai dan bawang yang digoreng. Rasa manis bawang ni terserlah di sini. Bun pula boleh tahan serasi dengan inti.
7. Apple Crumble Ala Mode RM13.90
Pai Apple Crumble bersama sesenduk aiskrim vanilla. Rasa pai ni tak manis sangat. Bagus! Rasa epal tu sebati dengan serbuk kayu manis. Serbuk kayu manis terasa betul-betul ya disini. Aiskrim vanila pun rasa boleh layan.
8.. Smoke BBQ Platters – The Heisenberg RM250
The Heisenberg ni terdiri daripada 200gm Smoked Brisket, 200gm Pulled Lamb (Kambing yang diracik), separuh ayam, 450gm tulang tusuk lembu, 3 batang sosej ayam dan 4 hidangan sampingan.
Semuanya lembut je. Sosej pun sedap. Ayam 'juicy'. Kambing yang diracik ialah paling sedap dalam banyak-banyak ni. Daging sedap cicah dengan sos barbeque!
Hidangan sampingan pun sedap je sama macam ulasan atas-atas sedap aje. Kentang putar sini lebih lembut, kuah untuk kentang putar ialah sos salai, sedap ya! Roti saya kurang gemar sebab keras sikit. Cecah dengan kacang panggang baru ada rasa.
200gm Smoked Brisket, 200gm Pulled Lamb (Kambing yang diracik),
separuh ayam, 450gm tulang tusuk lembu dan3 batang sosej ayam
4 hidangan sampingan: kentang putar, kacang panggang,
coleslaw dan roti.
Minuman:
1. Susu Kocak (Milkshake) Biscoff Biscuit RM12.00
Tak manis, tak muak, jelas terasa biscoff. Tekak saya boleh minum tanpa rasa pekat sangat. Ni kalau minum habis agak mengenyangkan. Lagi layan ni berbanding Oreo. Haha.
2. Susu Kocak (Milkshake) Oreo Biscuit RM12.00
Sama macam susu kocak biscoff iaitu tak manis, tak muak, jelas terasa oreo. Tekak saya boleh minum tanpa rasa pekat sangat.
Extra - Sos:
Sos disini ada dua iaitu sos cili dan sos barbeque. Sos sini tak manis sangat macam sos diluar.
Dibawah pula merupakan promosi makan tengahari:
Promosi Makan Tengahari ini adalah pada setiap hari pada pukul 12pm-3pm sahaja. Harga juga adalah cukup berbaloi untuk dinikmati.
Bagi saya, Meat Cartel adalah tempat menikmati makanan BBQ
Amerika yang paling tak lokek dalam menyediakan makanan. Semuanya cukup tak
kedekut beri bahan perasa. Makananan tak masin dan tak ada manis-manis. Minuman dan pencuci mulut pun tak terlalu manis masih boleh diminum tanpa loya. Kiranya Meat Cartel ni ikut tekak saya.
Harga yang diberi juga sangat berpatutan dan mampu
milik bagi kebanyakkan orang. Boleh lah merasa makan daging yang
disalai lembut berjam-jam lamanya tanpa mengeluarkan ratusan ringgit. Paling penting, Meat Cartel
ini sememangnya halal.
Meat Cartel BBQ Subang Bestari ni ada tempat duduk luar dan dalam. Luas, selesa, kemas dan sejuk. Tempat letak kenderaan juga senang. Nak makan seorang, berdua, kumpulan kecil dan besar pun masih cukup selesa. Lokasi kedai juga mudah dicari menggunakan waze atau google maps. MRT terdekat pula ialah MRT Kwasa Sentral. Makan di sini sangat tenang!
Pengenalan ringkas, Meat Cartel BBQ ini bermula pada tahun
2017 apabila Shafiq dan Nazirul ingin membawa ‘Authetic Texas Style Smoked
Barbeque’ ke Malaysia. Kemudian kedua-dua mereka bergabung bersama dengan empat
rakan lain yang mempunyai minat yang sama untuk mengembangkan lagi Meat Cartel
BBQ. Empat rakan tersebut ialah Andy, AJ, Bob dan Fattah Amin yang juga seorang
pelakon tanah air. Kini cawangan Meat CartelBBQ mencecah sebanyak 14 cawangan
termasuk lah dapur pusat di Subang Bestari. Mereka sehingga kini masih
mengekalkan cara salai yang menggunakan kayu tempatan dan penyalai industi yang
dibuat khas.
Meat Cartel Subang Bestari
Bagi yang ingin menikmati hidangan Meat Cartel boleh lah
pergi ke salah satu cawangan daripada 14 cawangan yang ada. Sebelas cawangan
tersebut terletak di Selangor dan Kuala Lumpur iaitu Bangi, Klang, Putrajaya,
Subang Bestari, SS15 – Subang Jaya, TTDI, Wangsa Maju, Jalan Ipoh - Kuala Lumpur, Seksyen 13 Shah Alam dan SACC
Mall – Shah Alam. Manakala selebihnya di Johor Bahru, Senawang – Negeri Sembilan
dan Duyong – Melaka.
Di bawah merupakan
operasi Meat Cartel Subang Bestari:
Hari Operasi: Isnin – Ahad
Masa Operasi: Isnin-Khamis 12pm-10pm & Jumaat – Ahad 12pm-11pm
Pesanan, tempahan dan menu: https://beacons.ai/meatcartelsubangbestari/
Saya hanya berkongsi maklumat operasi Meat Cartel di Subang
Bestari sahaja, untuk cawangan lain boleh rujuk di pautan Meat Cartel BBQ HQ
ataupun pautan cawangan lain untuk kemaskini terkini. Ini adalah kerana setiap
cawangan mempunyai masa operasi berbeza.
Peringatan, anda boleh datang secara terus tapi adalah sangat digalakkan membuat tempahan dahulu sebelum
datang ke Meat Cartel. Sila hubungi cawangan yang anda ingin pergi untuk
bertanyakan masa yang tersedia.
Untuk maklumat
lanjut boleh rujuk pautan di bawah:
Laman web rasmi: https://meatcartelbbq.com/
(*Sebahagian maklumat belum dikemaskini, sila rujuk Instagram Meat Cartel HQ
dan setiap cawangan untuk mendapatkan maklumat lebih terkini seperti lokasi, masa
operasi dan lain-lain).
Instagram rasmi: https://www.instagram.com/meatcartelbbq
Facebook rasmi: https://www.facebook.com/meatcartelhq/
Twitter rasmi: https://twitter.com/meatcartelbbqhq
Pautan Instagram setiap cawangan:
1) Meat Cartel Dato Onn, JB: https://www.instagram.com/meatcartel.jb_datoonn/
2) Meat Cartel Sek 13, Shah Alam & Senawang, Negeri Sembilan: https://www.instagram.com/meatcartel_shahalam_seremban/
3) Meat Cartel Putrajaya: https://www.instagram.com/meatcartel.putrajaya
4) Meat Cartel SS15, Subang Jaya: https://www.instagram.com/meatcartel.subangjaya
5) Meat Cartel Bangi: https://www.instagram.com/meatcartel.bangi
6) Meat Cartel Duyong, Melaka: https://www.instagram.com/meatcartel.melaka_duyong
7) Meat Cartel Subang Bestari: https://www.instagram.com/meatcartel.subangbestari
8) Meat Cartel Eco Ardence, Setia Alam: https://www.instagram.com/meatcartelecoardence/
9) Meat Cartel Wanga Maju: https://www.instagram.com/meatcartel.wangsamaju/
10) Meat Cartel Meru, Ipoh, Perak: https://www.instagram.com/meatcartel.ipoh_meru/
11) Meat Cartel Klang: https://www.instagram.com/meatcartel.klang
12) Meat Cartel TTDI: https://www.instagram.com/meatcartel.ttdi
13) Meat Cartel SACC Mall, Shah Alam: https://www.instagram.com/meatcartel_saccmallshahalam
Bergambar bersama rakan-rakan dan Encik
Elwin Pratikno, Pengurus Besar Kanan Meat Cartel
Selamat menjamu selera dan nikmati hari anda!