Assalammualaikum dan Salam Maulidur Rasul.
Selamat menyambut hari kelahiran Nabi Muhammad SAW. Selawat atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. (Selawat ke atas baginda)
Hari ini ialah 12 Rabiulawal 1435 iaitu hari kelahiran Baginda. Jadi lebih afdal jika kita mengimarahkan majlis beramai-ramai kan~ jadi saya dan Khadijah telah meluangkan sedikit masa untuk mengunjungi Masjid Al Azim Melaka pada malam semalam untuk mengetahui acara yang disediakan.
|
Artis dan Penceramah Jemputan |
|
Aturcara karnival |
Menyesal sangat sebab tak pergi awal.. sebab karnival ni mula sejak 10 Feb sampai 14 Feb~ (T^T). Nasib baik lah tak terlepas yang majlis kemuncak.. Hee~ Malam semalam 13 Feb tu konon pergi majlis nak tengok ada ceramah apa-apa ke atau pengumuman apa-apa ke pasal Maulidur Rasul. Nasib Khadijah sempat ambil lampiran seperti di atas. Jadi malam tu kami sempat jugak pergi tengok satu acara serta jalan-jalan dekat khemah-khemah kedai~ Suka sangat.. <3 <3 <3
Banyak sangat orang datang. Meriah gitu. Alhamdullilah orang-orang kat Melaka memberi sokongan padu. Bangga woooo TV al- Hijrah datang menyinggah. Hee.. apa kaitannya dengan saya kan. Hahaha.. saja je kegembiraan tu nak terserlah.
|
Ini habit, kalau ambik gambar tertiba memang terkembang hidung sikit. HAHAHAHA.. tak terkawal disitu |
|
Heh heh heh~ |
Yang paling seronok bila kami pergi turunkan tandatangan untuk menentang COMANGO!!! Yeahhh.. TENTANG COMANGO bersungguh-sungguh. Kita kena tolak COMANGO tau. Ambik peluang kalau ada masa nak tolak COMANGO dan sebarkan dengan rakan-rakan kita. Kita kena jaga agama, bangsa dan negara.
Sebelum balik tu kami dua singgah makan di gerai yang tersedia khas untuk karnival tu jugak. Banyak sangat.. serius rambang mata.. Y($^$)Y Nak ambik gambar pun tak fokus sebab banyak sangat nak tengok. Gerai buku-bukuan, baju-bajuan jangan cerita lah, memang banyak. Tapi ada zakat, CIMB dan semua badan yang membantu.
|
Saya nak pergi~~ |
Kami dah rancang siap-siap nak pergi perarakkan pagi tu. Tapi... sayanggggggg saya tak boleh tidur sampai pagi-pagi sebab mata ni sakit~ Dan Khadijah pula mata dia kembang.. Hahaha.. jadi kami dua tak jadi pergi. Tapi kami pergi lah acara karnival petang esok tu. Konon nak tengok Syam Kamikaze~ Hahaha.. ni Kak Shaifah lah cadangkan, Kak Shaifah minat sangat eh~
Esok harinya~~
|
Saya dan Khadijah~~ Pagi Maulud~ |
|
Ada orang kat belakang dan hilang.. Hahaha |
Ada dua sesi gambar tolak COMANGO. Hee~ Tapi tu bukan yang pertama sebab apa yang penting ialah junjungan Nabi Muhammad SAW. Yang semua kat atas tu terpesong sikit. Normal lah sebab saya dan Khadijah ni dok stress kat rumah jugak jadi kami ambil kesempatan ini untuk mengimarahkan Maulud Nabi serta menghayati apa yang Allah bagi kepada kami yang kami asyik lupa.
Yelah, asyik sibuk dengan pelajaran tapi hubungan dengan Allah, manusia dan lainnya boleh terlupa kan. Jadi Salam Maulud Rasulullah SAW.
p/s: Saya tak suka sangat bila orang kata perlakuan perarakkan ni merupakan satu bida'ah. Eh bahagian mana bida'ah tu eh, kalau diikutkan naik kenderaan pun bida'ah. Aiyoooo.. boleh tak fikir tu dari segi logik dan agama sedikit~ Kita berarak tu sebab nak mengimarahkan Maulud Nabi dan memahami jerit payah Nabi bukan suka-suka. Lagipula, Nabi Muhammad SAW ni Nabi kita, Nabi kita tau.. kita kena hargai Nabi kita dan bagitau masyarakat bukan Islam bahawa kita amat sayang akan Nabi kita, cinta akan Nabi kita serta menghargai Nabi kita. ~~~ Jadi berpada-pada apabila meluahkan pendapat. Tak elok lah memecahkan hubungan sesaudara Islam.
Insha Allah hubungan sama saudara Islam makin utuh ye. :)
Tata~