Thursday, 3 February 2022

Sobella sasar ramai lagi wanita jadi jutawan jual 'lipmatte'

KUALA LUMPUR:  Syarikat kosmetik Sobella meraikan tulang belakang empayar perniagaannya menerusi majlis Victory & Glory Appreciation Day berlangsung pada 31 Januari lalu di GlassHouse, Seputeh.

Dari kiri, Sue Zarra, Dada Hunyai, 
Golly Sandra, Syu (pengasas Sobella) 
dan Naniey Farra.

Selepas hampir enam tahun meneroka pasaran kosmetik, tekstil dan produk kecantikan khusus untuk wanita, jenama yang ditunjangi Wan Nur Syuhada Wan Norzie, 31, ini  turut berjaya menarik ramai kaum hawa menjana pendapatan.

Pada acara berkenaan, sekumpulan top leader jenama itu yang merangkul gelaran Top Sales tahun lalu diraikan dengan menerima 'umpan' hadiah lumayan seperti kereta, rumah dan wang tunai.

Wan Nur Syuhada atau lebih mesra dengan nama Syu berkata usaha memperkasakan golongan wanita tidak akan  pernah berakhir menerusi rangkaian perniagaanya.

"Hingga kini, sudah lebih 30,000 agen direkrut di bawah Sobella Squad. Melihat angka itu bertambah saban hari, buat saya terus bersemangat untuk merancakkan cabang perniagaan.

"Bayangkan daripada awalan angka itu hanya 20 orang , meningkat ke ratusan hingga puluh ribuan. Saya juga mahu terus melahirkan jutawan dengan menjual produk 'lipmatte' dan mensasarkan jualan lebih tinggi tahun ini.

"Khususnya menerusi produk terbaru keluaran  dipanggil Soul Matte Edition yang menggunakan konsep duo 'lipmatte' yang akan dipasarkan 9 Februari ini,"

Pada acara itu, paling mencuri tumpuan ialah Top Leader Sobella, Nurul Huda Johar atau Dada Hunyai yang pernah menyandang gelaran itu lima tahun berturut turut sejak 2017.

Top Leader Sobella (kiri), Dada Hunyai
bersama Syu dan suami.

"Dia (Dada Hunyai) mencatat jualan sebanyak 5 juta pada musim pandemik tahun lalu. Sobella telah merealisasikan rumah impian yang berjaya dibinanya dengan hasil ganjaran tunai dan keuntungan jualan produk Sobella.

"Setakat ini di bawah pasukannya saja ada 1000 orang yang terus menjadikan perniagaan saya sebagai punca rezeki dan pendapatan. Paling mengagumkan saya, dia asalnya hanyalah seorang tukang jahit dulu. 

"Bagaimana kerja kuat dan iltizamnya membuahkan hasil. Malah mampu mengubah taraf ekonomi dan kehidupan," katanya.

Tak ketinggalan, empat lagi leader Sobella berjaya mendapatkan kereta idaman masing masing juga daripada hasil ganjaran tunai dan keuntungan jualan produk jenama itu.

"Antara kereta yang diserahkan kepada pemiliknya termasuk Mercedez AMG45, Mustang, Range Rover dan Ford Ranger," katanya.

Kata Syu lagi, jenamanya menjadi produk lokal pertama yang mengamalkan konsep edisi terhad dalam pengeluaran lipmatte.

"Konsep terhad atau 'limited' ini belum diamalkan jenama lain. Jadi secara tak langsung konsep ini buatkan pelanggan rasa istimewa dan eksklusif.

"Setiap kuantiti produk dikeluarkan juga dijaga dengan mengamalkan 'exclusivity brand'. Pendek kata, siapa lambat mendapatkan produk, maka akan gigit jarilah.

Produk terbaharu 'Soul Matte Edition'

Sedutan ketika majlis pelancaran Sobella
'Soul Matte Edition'

"Selepas hampir lapan bulan tiada produk 'killer', harapnya produk Soul Matte Edition yang akan dilancarkan beberapa hari lagi dengan formula dan wajah baru akan terus menjadi rebutan. Boleh tekan pautan https://linktr.ee/WNSyuhada untuk maklumat lanjut," katanya.

Sunday, 30 January 2022

Chez Professional cari agen, lancar #duitdijari


KUALA LUMPUR: Usahawan terkenal dalam bidang dandanan dan produk rambut, Chez Hamdan, 36, juga seperti kebanyakan orang yang terkesan saat pandemik COVID-19 menyapa dunia.

Malah bapa kepada dua cahaya mata ini juga hampir terduduk ketika itu hingga membuat keputusan nekad menutup operasi salun rambutnya di Setapak  yang sudah lebih sedekad berdiri megah sejak dua tahun lalu.

Bahkan lelaki dengan nama penuh, Halimi Hamdan ini juga berdepan naik turun emosi memikirkan masa depan, tanggungan dan apa saja kemungkinan akan berlaku waktu mendatang.

Chez Hamdan

Mujur beberapa tahun sebelum pandemik menjelma dan salun ditutup, Chez tergerak hati menjual produk rangkaian rambut termasuk jenamanya sendiri, Chez Professional. Maka terhasilah produk yang dipasarkan di bawah syarikat Chez Professional Sdn Bhd yang ditubuhkan pada 21 November 2020 dan berpengkalan di Taman Melawati.

Usaha Chez ternyata telah membuahkan hasil sehingga produk yang ada telah ditambah baik menerusi pelancaran Chez Upgraded 22 pada 19hb Januari semalam.

Pelancaran majlis Chez Upgraded 22 yang berlangsung di Ampang itu telah menampilkan 7 rangkaian produk yang dijamin berkualiti tinggi serta dirumuskan untuk kegunaan pelbagai jenis pengguna tanpa mengira jantina, umur dan jenis rambut.


Majlis pelancaran dirasmikan Chez bersama isteri yang 
turut dihadiri oleh selebitri terkenal
seperti Norman Hakim dan Josiah Hogan. 

Pada pelancaran tersebut, Chez turut berkongsi serba sedikit perjalanan perniagaannya bersama isteri tercinta. Chez berkata, "Pada awal pandemik ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama dikuatkuasa, saya guna ruang itu kononnya untuk berehat.  Namun otak penat berfikir apa yang mahu dibuat demi survival.

"PKP berlanjutan. Saya sampai satu tahap jadi sesak nafas. Seperti dilanda serangan panik dan kebimbangan. Nak tidur pun fikir aliran duit keluar masuk.

"Mampukah duit simpanan bertahan dalam satu jangka waktu tertentu. Salun ditutup pun ada yang cakap saya jatuh bankrup. Sampai rumah penuh ditimbuni dengan kotak barangan penjagaan rambut," kata Pengarah Urusan Chez Professional itu.

Kata suami kepada Sharifah Haziah Akmar ini, keputusan menghentikan operasi salun di era pandemik juga menghamparkan hikmah tersendiri.


Chez bersama isteri Sharifah
Haziah Akmar.

"Sedih pastinya bersarang ketika salun ditutup. Situasi ini bukan seperti hubungan dengan kekasih sampai jadi bolak balik nak menyelamatkannya. Saya tanya kawan termasuk di kalangan orang Cina, mereka cakap jika sudah terlalu lama berniaga, mungkin sebaiknya cari angin baru.

"Pandemik yang datang juga jadi klimaks untuk saya buat keputusan besar. Lepaskan sesuatu yang disayangi (salun) dan pertaruh diri ke bidang perniagaan barangan rambut yang belum pasti hujung pangkalnya bukan perkara mudah.

"Tahun 2020 umpama satu 'turning point' dalam hidup dan perniagaan. Mula tukar modul bisnes, gaya hidup, kerja dari rumah dengan membiasakan serba serbi aplikasi dalam talian," katanya.

Norma baharu jelas sekali mengubah sikap dan cerminan diri Chez yang pemalu kepada berani mengambil risiko dan cabaran.

"Bayangkan dulu ibarat hanya kepakaran dari tangan saja yang berjalan membentuk dan menggayakan rambut diingini. Tapi apabila kena jual produk sendiri, saya kena buat lintas langsung dengan cakap tergagap gagap.

"Saya cabar dan lawan segala kelemahan diri yang tebal dengan sikap malu dan berat mulut. Tak ada ilmu... tak ada apa apa, saya cuba ke depan. Saya redah... belasah. Tapi perlahan demi perlahan, saya mula terbiasa. Sambutan produk dijual cukup membanggakan dan luar biasa.

"Ketika itu, saya ambil tempahan hinggalah ke proses akhir penghantaran. Hujung bulan pertama pandemik, jualan produk dicapai membuat saya menarik nafas lega. Kalau lagi fokus, mungkin lagi besar impaknya," katanya.

Tahun lalu menjadi kemuncak untuk memastikan produk jenamanya terus mencipta fenomena. Malah tahun ini pula atas permintaan, Chez Hamdan dijangka membuka semula salun rambut di lokasi baru di Shah Alam.

"Setiap hayunan langkah saya, doa dan restu ibu bapa yang tiada hijabnya sentiasa mengiringi perjalanan ini. Mujur saya tak ada banyak sangat komitmen. Duit kereta pun sudah habis bayar. Bayaran rumah pun masih terkawal dan boleh dibayar.

"Isteri juga memainkan peranan penting kerana campur tangannya menggunakan ilmu dan pengetahuan hal pengurusan amat berbaloi. Dulu duit berniaga dan gaji sendiri macam tak ada beza. Sekarang ia lebih sistematik," katanya.

Rangkaian produknya dengan tagline 'Your Home Your Saloon' terdiri daripada tujuh produk yang merangkumi syampu, krim masker dan item penggayaan rambut  dengan kualiti seperti di salun, bebas silikon, diperakui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan harga berpatutan.

Rangkaian yang telah ditambah baik

"Sekarang kami nak terus ajak lagi ramai orang yang bergelut dan terkesan waktu pandemik untuk menjadi agen memulakan perniagaan bagi menjana pendapatan. Kami sasar mahu lebih 1,000 agen pada tahun ini," katanya.

Serentak dengan itu, kempen #duitdijari turut dilancarkan tanpa modal, tanpa bebanan dan tanpa risiko untuk 'dropship'. Malah usaha merekrut ahli agen elite juga berterusan. Boleh tekan pautan https://linktr.ee/chezprofessionalhq untuk penyertaan dan pertanyaan lebih lanjut.

Wednesday, 1 September 2021

KULIM Sasar Menjadi Peneraju Agribisnes Menjelang 2025


Kulim (Malaysia) Berhad atau ringkasnya Kulim baru-baru ini telah meraikan ulang tahun ke-88. Oleh itu taklimat media secara virtual sempena ulang tahun ini telah berlangsung pada 1hb September 2021 yang turut dihadiri oleh Pengarah Urusan Kulim, Encik Mohd Faris Adli Shukery. Rangka utama sidang taklimat ini berfokuskan kepada pelancaran pelan transformasi lima tahun untuk menjadi peneraju agribisnes.

Pengarah Urusan Kulim, Encik Mohd Faris Adli Shukery

Sebahagian daripada rancangan pelancaran ini, Kulim mensasarkan beberapa langkah seperti memperkukuhkan perniagaan teras, mewujudkan pertumbuhan baru, meningkatkan kecemerlangan operasi di seluruh Kumpulannya dan membuat persediaan untuk Tawaran Awam Awal (IPO) pada tahun 2024.

Mohd Faris Adli Shukery memulakan taklimat dengan kenyataan bahawa antara tugas pertamanya di Kulim sejak menyandang jawatan tersebut pada Oktober tahun lalu adalah untuk menyelaraskan haluan strategik syarikat.

Ujarnya lagi, "Tujuan saya adalah untuk memperkukuhkan kedudukan Kulim sebagai peneraju agribisnes dan mewujudkan legasi yang mampan juga organisasi yang menguntungkan yang dibina berdasarkan kepercayaan dan asas yang tepat untuk generasi akan datang," 

Mohd Faris turut menyatakan pengemasan struktur perniagaan merangkumi pelupusan perniagaan dan aset bukan teras, syarikat yang dorman atau tidak aktif, dan penambahbaikan kepada struktur organisasi, yang dijangka selesai pada hujung tahun.

Di samping itu, rancangan lain ialah seperti mengembangkan perniagaan Huluan, menanam tanaman bernilai tinggi dan meneroka kawasan pertumbuhan baharu - khususnya pertanian pintar atau bersepadu dan pengurusan ternakan, Kulim juga akan meneroka hiliran yang akan menyumbang kepada margin keseluruhan rantai nilai.

Tanaman Sawit

Penternakan

Tanaman bernilai tinggi

Pemprosesan bahan mentah

"Walaupun menghadapi cabaran pandemik COVID-19, Kulim berjaya mencatat peningkatan hasil sebanyak 17% dari RM1.21 bilion pada 2019 menjadi RM1.41 bilion pada 2020," kata Mohd Faris, sambil menambah bahawa peningkatan ini adalah hasil tenaga kerja Kulim yang kental, dibantu oleh program digitalisasi di bawah rancangan transformasi.

Kami menerapkan sistem baharu untuk meningkatkan sistem pengurusan, operasi, tadbir urus dan perakaunan, serta meningkatkan lagi penjenteraan dan automasi dengan melabur lebih banyak untuk jentera," katanya lagi.

Beliau berkata kunci kejayaan transformasi adalah dengan menghargai usaha pekerja-pekerjanya, dibantu oleh digitalisasi dan mekanisasi untuk meningkatkan produktiviti. Dalam pada itu, Kulim tetap komited terhadap prinsip Alam Sekitar, Sosial & Tadbir Urus (ESG) dan menyedari kepentingan ESG di seluruh organisasinya.

Antara sedutan taklimat

Dalam taklimat ini juga, Encik Mohd Faris turut meluahkan prinsip Kulim, “Kami tetap komited terhadap pensijilan RSPO dan MSPO, melabur dalam inisiatif Tenaga Diperbaharui dan bekerjasama dengan kumpulan biodiversiti untuk meningkatkan kesedaran tentang isu-isu alam sekitar. Kulim juga melaksanakan inisiatif pembangunan masyarakat melalui institusi dan program untuk masyarakat, kanak-kanak dan pendidikan, kebajikan masyarakat, infrastruktur, budaya dan agama. 

Syarikat juga komited terhadap integriti, apabila Kulim telah berjaya mendapat pengiktirafan dengan Sistem Pengurusan Pencegahan Rasuah ISO 37001: 2016 (ABMS) oleh SIRIM pada 4 Jun 2021".

Dengan itu taklimat sidang media berakhir dengan penjelasan yang mampat dengan misi dan visi syarikat. Pengakhiran majlis dimulakan dengan perasmian  logo dan video korporat baru Kulim sebagai tanda usaha penjenamaan semula untuk menggambarkan Kulim yang lebih kukuh dan menonjol selaku salah satu ahli Korporat Malaysia.


Logo Kulim (Malaysia) Berhad yang baharu.

Maklumat tambahan, Kulim telah melancarkan kempen #kulim88 dan #kulimpeduli bagi membantu mereka yang terkesan dengan pandemik Covid-19. Kempen #kulim88 ini telah pun berakhir pada 29 hb Ogos manakala kempen #kulimpeduli bermula bulan ini sehingga akhir Disember. Kedua-dua kempen ini telah dijayakan dengan kolabarasi pelbagai pertubuhan seperti Yayasan Jcorp, MyFundAction dan agensi stratergik lokal Johor yang lain.

Akhir sekali, sempena bulan kebangsaan Malaysia, marilah kita sokong syarikat dari Malaysia.

Laman rasmi Kulim (Malaysia) Berhad : http://www.kulim.com.my/            

[BACA - Kempen #kulim88 Kulim (Malaysia) Berhad ]                                                                                                                                                                                                                                                                                         

Tuesday, 10 August 2021

Saya buka kedai di Shopee - Zandra Personal Shop

Hai semua,

Pada bulan julai lepas, saya telah membuat keputusan untuk menjual sebahagian daripada barangan yang saya perolehi secara percuma atas tiket sebagai seorang blogger di media sosial. Kebanyakkan barang ini saya dapat dalam bilangan lebih di mana barangan yang dipersetujui untuk ulasan daripada klien sudah pun saya pakai dan dibuat review.

Jadi tiada wujudnya istilah 'review untuk buat duit je, tak jujur sebab tak pakai pun'. Sebagai seorang blogger, saya cuba sebaik mungkin membuat artikel agar bermanfaat kepada pembaca. Tidak berkat kalau saya cuma memikirkan keuntungan semata-mata.

Selain daripada barangan yang masih baru dan tidak dipakai, saya juga turut menjual barangan preloved lain yang bakal dimuat naik secara berkala seperti baju-baju, beg dan topi. Oleh itu saya menjemput anda untuk singgah ke Zandra Personal Shop di Shopee.

Ini ialah pautan kepada kedai saya -->  Zandra Personal Shop (Shopee)

Zandra Personal Shop


Antara barang yang dijual

Bagi Zandra Personal Shop di Shopee, saya hanya membuat penghantaran belian barang pada hari ahad saja kerana hanya pada hari tersebut sahaja. Harap semua bersabar dalam keadaan yang tidak mengizinkan.

Mungkin ada yang tertanya kenapa tak buat 'give away' ataupun bagi kepada orang lain? Jawapan saya seperti berikut:

1. Saya tidak berapa aktif di media sosial semenjak COVID-19 melanda atas sebab peribadi. Jadi tiada masa untuk membuat 'giveaway'.

2. 'Giveaway' agak sulit dibuat untuk saya kerana terpaksa memilih hanya beberapa pemenang daripada ramai-ramai orang. Setelah itu, agak rumit untuk menghubungi pemenang yang kurang bekerjasama.
 
3. Saya memang akan bagi kepada orang terdekat dahulu baru lah saya akan memutuskan pilihan yang lain. Barangan yang saya terima juga adalah dalam kuaniti yang banyak.

Oleh sebab alasan di atas, saya memutuskan untuk menjual barangan yang ada dalam harga lebih rendah daripada pasaran. Biarlah orang yang betul-betul memerlukan membuat pembelian. Tidak lah ada pembaziran dilakukan.

Tak elok jual pemberian orang kepada kita. Balasan saya seperti berikut:

1. Barangan yang dijual adalah dalam kategori barang hadiah yang lebih, tidak direview, sudah direview dan semestinya akan jadi pembaziran jika disimpan tanpa digunakan. Ada juga daripada cabutan bertuah dan 'door gift'.

2. Barangan yang dijual bukan dihadiahkan oleh orang persendirian tapi daripada klien.

3. Agak kontroversi sedikit jawapan saya tapi apabila kita bagi barang kepada seseorang, barang itu sudah menjadi milik orang tersebut. Atas hak orang tersebut hendak melakukan apa saja yang diniatkan. Tidak elok mengungkit. 

Walaupun demikian, tidak lah wajar untuk merosakkan barang atau menjual atas niat yang tidak elok. Contohnya klien bagi barang untuk review tapi barang dijual tanpa direview. Itu adalah biadap. Saya sendiri pun niatkan jual lebihan barang kepada orang yang lebih memerlukan. 

Kenapa jual di Shopee? Jawapan saya seperti berikut:

1. Memudahkan dari segi muatnaik barang di mana pembeli boleh lihat semua barang yang dijual secara tersusun. Proses pembungkusan dan pencetakkan pesanan juga lebih profesional.

2. Memudahkan saya daripada membalas mesej daripada pembeli. Pembeli yang berminat boleh terus membuat pembelian di Shopee dengan cara yang teratur. 

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Demikian saja perkongsian saya. Saya akan memuatnaik barangan secara berkala, jadi jemput 'follow' untuk melihat barangan terkini. Akhir sekali, saya menjemput anda buat sekalian kali untuk singgah ke Zandra Personal Shop di Shopee. 

Anda boleh klik pautan ini untuk ke kedai --> Zandra Personal Shop (Shopee)

Terima kasih.