Saturday, 30 November 2013

Review: Uztaz, Mu Tunggu Aku Datang

Assalammualaikum.. :)

Kali ni saya nak buat review pasal cerita yang agak menarik minat seperti pisang goreng panas iaitu Uztaz, Mu Tunggu Aku Datang.


Cerita ini merupakan cerita berunsurkan Islamik dan komedi. Dan sudah ditayangkan dipawagam sejak 28hb November yang lalu. Saya baru je tengok semalam.. 
Kenapa cerita ni ditunggu-tunggu ramai? Hmm, tak lain tak bukan sebab U.A.I leeerrrrr.. U.A.I atau nama panjangnya ialah Uztaz Azhar Idrus, turut tampil dalam cerita ni. Dah nama kat poster muka U.A.I nak Uztaz mana pulak kan.. Heee~

Baiklah, Pelakon yang turut menjayakan cerita ini ialah Shahrul Shiro, Ajak Shiro, Mikael Andre, Eyzendy Along dan lain-lain lagi. 

Cerita ini berkisarkan tentang dua orang sahabat iaitu Dadu(Shahrul Shiro) dan Muiz (Ajak Shiro) yang berkelana untuk menghadiri ucapan ceramah secara langsung Uztaz Azhar Idrus (UAI). Dadu ni seorang perempit dan kaki judi manakala Muiz ni penganggur. Kisah bermula apabila mereka hampir dihalau dari rumah sewa. Pada malam sebelum dihalau tu, Hamzah (Along Eyzendy) iaitu sepupu Dadu datang untuk melawat Dadu. 
Dadu yang dulu agak liar kini sudah menjadi alim dan mengajak Dadu dan Muiz untuk melihat CD Ceramah UAI. Sejak itulah kedua-dua Muiz dan Dadu tertarik dengan UAI dan Islam. Ketika dihalau keesokan harinya, mereka memutuskan untuk ke ceramah UAI. Rentetan cerita berlangsung dengan penuh dugaan sehingga akhirnya mereka berjaya menjumpai UAI.
Nak tahu lebih  tu memang sah-sah nak kena pergi tengok cerita tu lah ye. Cerita ni memang kisah Dadu dan Muiz je pun~~

Muiz dan Dadu dalam perjalanan ke tempat ceramah..
Jadi setelah sinopsis, saya ingin memberi  sedikit ulasan lah jugak walaupun tak profesional tapi tetap saya seorang penonton tau~

Saya terus terang amat kececwa sebab apa yang saya nak tengok tu tak mencapai tahap pandangan saya. Saya fikir memang UAI berlakon bebetul dalam cerita ni tapi rupanya hanya futej rakaman ceramah beliau dan hanya sedikit babak UAI je.. Haiiihhh.. rasa tertipu gak lah. Yang tak elok gak, saya tau lah UAI ni kadang-kadang jawab soalan lawak sikit tapi skrip dalam cerita ni buatkan UAI macam jawab tak kena tempat sebab UAI cakap kat pantai ni bukan tempat nak tanya soalan (ala macam ni sikit lah). Realitinya kat mana-mana pun boleh. Siapa lah yang buat skrip ni??  Haihh.. lagi satu cubalah letak cerita ini mempunyai 'penampilan khas' berbanding 'dibintangi oleh' UAI. Rasa nak ambik balik duit tiket kan. Hue hue hue..

Yelah memang lah tak elok saya cakap macam ni, nak buat macam mana, panggung penuh pun sebab nak tengok UAI [jangan nak tipu ye.. :P] Walauapapun cerita ni tetap menarik dengan sedikit terpesong dari cerita asal. Dan promosi cerita ini patut nya lebih jelas untuk memberitahu penonton yang cerita ni pasal dua orang pemuda yang 'sesat di dunia' mencari petunjuk melalui seorang uztaz terkenal. Kan senang macam tu. Kalau tak letak UAI pun cerita ni masih boleh jalan lagi. 

Hee~ memandangkan UAI terkenal, tu lah pasal jalan cerita ni tertutup sikit. Jalan cerita masih baik cuma kadang-kadang tu lawak yang berpanjangan yang buatkan agak memesong  sikit.


Hmmm, cinematrografi baik je lah kot saya rasa cuma sudut penggambaran pada babak Dadu, Muiz dan UAI kat pantai tu. Agak pelik sikit sebab macam seorang jurugambar je yang ambik gambar dan tak ada sudut pandangan luas.

Tu je lah entri review kali ni sebab saya tak lah profesional cuma memberi ulasan berdasarkan mata pandangan orang awam je.

Tata~




No comments:

Post a Comment