Monday 4 November 2013

Maal Hijrah 1435

Assalamualaikum dan haiiiiiii~

Saya ingin mengucapkan kepada seluruh umat Islam yang berada di serata dunia "Selamat menyambut Maal Hijrah yang ke 1435".

Jadi bagi yang dapat menunaikan solat,  jangan lupa untuk melakukan solat sunat tahun baru hijrah.. moga Allah lebih memberkati tahun ini dengan lebih rahmat, nikmat dan keberkatan. Amin..

Saya secara peribadi mengajak anda untuk menginsafi diri dan tawakal menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah Ta'ala. Jangan terlampau mengejar dunia dan lupa akan benda akhirat. Minta pengampunan dan petujuk agar sentiasa dapat menyelesaikan masalah yang sering kali kita terlupa akan Allah.

Minta agar kita dapat menanggung segala bebanan dan sentiasa di jalan yang diberkati dan lurus.

Jangan lupa untuk tetapkan azam yang baru.. Anda boleh melakukannya.. ;)

Baiklah itu sahaja, Insha Allah tahun ini lebih diberkati. Amin.

Tata~ :)

No comments:

Post a Comment