Saturday 24 November 2018

Co-Labs Coworking di The Starling Mall - Ruang pejabat sewaan tercantik di Malaysia ?

Assalammualaikum semua,

Pada 15 November yang lepas, saya berpeluang untuk menghadiri pelancaran pembukaan Co-labs Coworking di The Starling Mall PJ. Sebelum tu siapa Colabs Co-Working ni?

co-labs-coworking-sewa-pejabat-di-selangor-kl-damansara-starling-sewa-ruang-acara-rental-office-event-where-to-find-ofis-to-let-tempat-kerja
Swafoto bersama tag. Haih kabur pulak. Sebenarnya nama saya pada hari itu
ialah Assitant Profesor Freezing Proton. Hahahaha.

Co-labs ni merupakan satu institusi yang mengambil konsep sewaan ruang pejabat/kerja/mesyuarat/acara dengan menitikberatkan keseimbangan antara kerja dan kehidupan.

Senang cerita, mereka sewakan ruang mereka kepada mana-mana individu, kumpulan ataupun syarikat yang berminat. Penyewa pula boleh menikmati kemudahan yang ada seperti mesin fototstat, 'pantry', tempat tidur sepicing, bilik permainan interaktif, ruang terbuka dan banyak lagi. Paling menarik perhatian ialah dekorasi dalaman Co-Labs Coworking ini yang sangat cantik dan berunsur alam semulajadi. Tak rasa seperti dalam ofis pun!

Siapa yang jadi penyewa kat Co-labs Coworking di The Starling Mall ni bertuah sangat-sangat lah, nama pun kat The Starling Mall kan. Memang seketul tu lah dalam Mall. Serius! Dia kat level 4 tersisih kat atas. Benda ni bagus lah sebab tak akan diganggu oleh orang awam yang berbelanja sakan. Lagi seronok bila Co-Labs Coworking ada ekses terus ke parking! Tak perlu masuk lalu ikut Mall pun. Masuk je pintu dorang pun boleh. Seronok gilossssss!

[Nak pi wayang pun dekat, naik je eskalator depan pintu masuk. Terus boleh pergi taman kat atas sekali.]

Sekian dengan pengenalan, mari saya menjemput anda merasai pengalaman saya secara ringkas ketika hari pelancaran melalui gambar dan video (pendek-pendek 15 saat je) ya. Oh, hari tu ada banyak aktiviti dan ada 'workshop' yang bagi saya sangat 'happening'.

Jom kita ke galeri untuk tinjau sikit apa yang ada:


co-labs-coworking-sewa-pejabat-di-selangor-kl-damansara-starling-sewa-ruang-acara-rental-office-event-where-to-find-ofis-to-let-tempat-kerja
Sementara menunggu majlis bermula pada waktu malam.


co-labs-coworking-sewa-pejabat-di-selangor-kl-damansara-starling-sewa-ruang-acara-rental-office-event-where-to-find-ofis-to-let-tempat-kerja
Saya berpeluang bertemu dengan pelajar universiti yang mengikuti program mentor-mentee oleh Co-Labs. Ya, kat sini
ada program mentor mentee. Siap ada tutor pelatih untuk mengasah dan mencari kecenderungan bakat kita tau! Terbuka kepada yang dah bekerja jugak! Jangan risau! Nak tahu apa IG mereka? Skodeng IG saya tengok saya tag siapa. Hahaha.

Dari kiri: Thinesh, saya, Nadiyah, Edmond dan Ryan~

co-labs-coworking-sewa-pejabat-di-selangor-kl-damansara-starling-sewa-ruang-acara-rental-office-event-where-to-find-ofis-to-let-tempat-kerja
Sebelum acara pembukaan rasmi, kitaorang dibenarkan bersuka ria
secara berhemah. Yang ni ialah aktiviti membuat terarrium. Ala pokok
kecik sukulen (betui ka melayu dia gini?) masuk dalam tanah tak yah
nak siram sangat tu. 

co-labs-coworking-sewa-pejabat-di-selangor-kl-damansara-starling-sewa-ruang-acara-rental-office-event-where-to-find-ofis-to-let-tempat-kerja
Tadadadadadada, ini lah hasilnyaaaaaaaaaaa! Lawa gilos.
Siap ada logo esklusif Co-Labs lagi. Aummmmm. Bikar ni
bikar ori kaca tu tau. Kelassss kau Co-Labs!


Lepas tu jenjalan pusing nak cuba eskrem ni. Nama dia bukan main!

Khas dibuat diadun direka untuk pelancaran hari tu.
Pun's Ice Cream X Co-Labs
(Nanti saya letak ya istagram mereka!)

Nama dia lupa pulak. Tapi sedappppppp! Dia konon macam
meteroit batu angkasa kat galaksi. Bila makan, eh?
Cukelatttttttt dan karamel. Ulalala~

Buat nama~ Saya gedik sikit hari tu sebab nak dua warna.
Yang lain pilih satu warna aje. Hehehehehe

Ada persembahan daripada Kapten Buehbossa~ Terpegun tengok
orang dewasa main buih~ Siap dengan api api tau!

Majlis perlancaran Co-Labs Coworking di The Starling Mall~
Dekorasi menuju ke tandas. hehehe. Tutup sebab seksi,
tak perasan bila keluar pakai baju ni.
Ni ruang meja terbuka. Bagi yang tak suka rasa terkurung
ini ialah pilihan tepat dan bijak.

Skodeng sat.
[Fakta menarik tertarik kau memang the bomb : Siapa sewa sini dapat diskaun makan kat restoren terpilih dalam Starling. Restoren restoren ye. Syiok wehhh]

Berebut mak ai nak tengok tempat tidur sepicing ni. Nama dia Nap
pod dalam bahasa ingeris. Oh, yang menerangkan kami tu ialah
Pengarah Co-labs Coworking tau, Encik Benjamin.

Ye ye, kami semua hilang fokus bila dapat tahu ini
bilik permainan interaktif. Ada PS4. Ada neon. Aduhh
lawa sangat nak masuk IG!

Ni! Ni! Bilik fotografi! Yaaaa tuan tuan dan puan-puan. Bilik fotografi
ada lampu ya tuan-tuan puan-puan. 

Nah, sedutan sikit apa ada. Bila masuk rasa macam "wahh aku
pun nak keje sini lah"

Lawa kannnnn, ada pokok-pokok ni saya suka. 

Salah satu ruang terbuka untuk berbincang ke~ ye lah semak semak
kat dalam boleh pegi luar. Banyak ruang terbuka tau! 

Nah salah satu ruang terbuka yang macam "Holiday mood bar gittew"
Nak tengok lebih lanjut boleh tengok kat laman sesawang. Boleh tengok entri sampai bawah kat situ ada maklumat lanjut.

Selepas sesi bergumbira dan pelancaran, kami dibawa untuk melihat ruang ruang di Co-Labs Coworking (video-video pendek di atas). Akhir sekali saya mengikuti salah satu workshop yang ada iaitu "Business Panel Discussion on "Sustainable Diversity - How To Create economic and Social Development  For Future Generations"". Salah seorang panel ialah merupakan Pengarah Co-Labs Coworking sendiri iaitu Encik Benjamin Teo.

Akhir sekali....

Sesi "Business Panel Discussion on "Sustainable Diversity - How To Create economic and Social Development  For Future Generations" Waktu ni secara jujur, banyak kali I sebak sangat-sangat disamping mengantuk sebab banyak makan, saya
terkesan sangat tentang generasi kita ni macam mana dan apa cabaran yang kita hadapi. Kita selalu fikir kita lemah yang lain bertuah, tapi mereka pun ada cabaran mereka. Jujur, kalau saya bukan seorang blogger/model, dan ingin meneruskan karier saya, saya pasti ikut program yang ada kat Co-Labs walaupun saya tak menyewa kat dalam tu. Mereka bukan sewakan ruang sahaja tapi mereka membolehkan anda mencari cikgu untuk anda!
Nampak agak biasa kan gambar di atas? Tahu tak apa dia? Selepas panel, kami bermain sedikit permainan dimana apabila moderator mebuat satu penyata yang berkaitan dengan diri anda, anda harus tampil ke hadapan. Ketika ini, moderator berkata (dalam melayunya ialah), "Saya merupakan sumber periuk nasi keluarga saya." Ketika ini kita nampak ada yang ke depan kan?

Masa ni terkesan, bila moderator kata, tahniah sebab anda masih kuat bertahan sehingga hari ini untuk menjadi seorang yang bertanggungjawab. Kami bertepuk tangan. Anda boleh lihat di wajah mereka, suatu tangisan yang tak mampu diertikan. 

Marilah beralih kepada yang lain pula ya :) Sebak pulak nak cerita sampai habis.

Antara oleh-oleh yang ada. Ada Free Pass dan 1 Class Pass. Yeayyyyyyyyyyy! Rasa nak pegi tahun depan lah
masa hari jadi. Kira hadiah hari jadi saya!

Jom ke maklumat lanjut Co-labs Coworking. Ini merupakan laman sesawang dan media sosial bagi Co-Labs Coworking:

Laman sesawang:https://co-labs.asia/
Facebook:https://www.facebook.com/colabs.asia/
Instagram: https://www.instagram.com/colabs.coworking/

Co-Labs Coworking The Starling ialah merupakan cawangan kedua yang dibuka manakala yang pertama pula terletak di Glenmarie. Berita baiknya, Co-Labs Coworking yang dalam proses pembinaan berada di Seksyen 26 Shah Alam. Yeeeehaaaaa dekat dengan rumah!

Sebenarnya memang nampak logo Co-Labs Coworking kat Seksyen 26 bila nak pegi ke One City tu. Hehe. Boleh lah orang Shah Alam pulak ambik kesempatan nak menapak di Co-Labs Coworking ni.

Sebelum menutup bicara ini ialah sedutan sosial media tambahan:

Pun's Ice Cream
https://www.instagram.com/puns_icecreamkl/

Kapten Buehbossa
https://www.instagram.com/kaptenbuehbossa/
https://www.facebook.com/kaptenbuehbossa/

Sekian saja untuk kali ni, jangan lupa pergi ke laman sesawang atau sosial media di atas untuk cuci cuci mata ya!

Tata~



No comments:

Post a Comment