Salam semua,
Saya nak terus ke topik utama iaitu review makan di Blue Cafe yang terletak di Batu 9, Mahkota Cheras. Saya kongsi dulu serba sedikit lokasi Blue Cafe ini.
Blue Cafe
Lokasi: Blue Cafe, 7, Jalan Temenggung 25/9, Bandar Mahkota Cheras, 43200 Batu 9 Cheras, Selangor (Senang nak cari di Google maps)
Masa operasi: 12 tengahari - 12 malam
Jom tonton video potret yang saya buat ini:
Hehe waktu ni punya excited sebab makanan sampai semua gedebak saiz dia. Mula-mula saya rasa Rose Latte, kemudian Mango Tango dan barulah keempat-empat makanan berat seperti gambar mula-mula tadi.
Ini review saya:
Salad : Salad yang saya makan kat atas sedap ngat ngat! Dan sayur salad Bluecafe pilih semua segar-segar. Masih crunchy bila digigit. Sos thousand island dia pun sedap. Portion gedebak. Ada grill ayam dalam tu pun sedap. Yang paling saya suka, bila ada jagung dalam salad ni. Dia bagi rasa salad ni menonjol. Saya sangat suka yang ini! Sangat dicadangkan!
Ayam grill : Yang ni sumpah sedap. Ayam dia tak kering masih ada kelembapan. Di hidang bersama dengan kentang grill. Bapak punya sedap. Rasanya resepi perapan ni mantop. Dia perap ayam dan kentang sekali tuuuuu! Ayam pun lembut je. Kentang tekstur medium. Letop. Cuma sos dia saya kata medium tapi tak lah teruk pun.
Seafood lala pasta : Kawan kita tak makan ni. Sebab dia tak pandai makan lala. Ewah ewah. Jangan risau ye, sepanjang saya makan, lala tu kuis je pakai sudu garfu. Mudah tanggal. Saya bukan penggemar pasta seafood secara jujur, tapi yang ni boleh lah saya makan. Dia rasa masin sikit ke lidah dan kuah dia macam tekstur sup. Kalau suka seafood pasta boleh cuba yang ni. Lala dia banyak tau. Lala kat sini memang bertindak seperti lauk dan bukan hiasan~ Hehehe.
Set tomyam: Set tomyam ni ialah nasi dan tomyam ayam yang gedebak banyak dengan ada garnish sayuran kat nasi dia. Dalam tomyam ada ayam, kubis, cendawan dan beberapa bahan lain. Kuah dia pekat ye. Tak cair. Bagi saya makanan ni sedap tapiiiiiiii saya tak rasa set ni tomyam, dia rasa macam kimci eh? Dia punya masam-masam pedas sikit tu ada (tak pedas sangat jangan risau). Tapi dia tak rasa macam tomyam biasa, mungkin tomyam fusion cuma entah kenapa saya boleh terbayang kimci. Hehehe banyak jugak saya makan. Boleh cuba bagi yang nak rasa kenyang dan lain sikit.
"Jom pegi ke review minuman dan pencuci mulut utama pulak~"
Rose latte: Nama dan rupa dia macam marketing hipster semata tapi bila saya cuba, rasa dia sebenarnya boleh tahan sedap. Sirap mawar ni dorang import daripada luar dan dapat rasa bukan sirap mawar yang kita selalu beli kat luar. Dia rasa macam pudina sejuk-sejuk sikit. Campur dengan kopi latte, dia jadikan minuman tu tak rasa berat untuk ditelan. Saya sangat cadangkan ambik ini.
Mango Tango: Korang ada tengok kan dalam video tadi? Saiz dia agak besar. Banyak jugaklah nak makan sorang. Blue Cafe ambik cawan penyukat tu gedebuk gedebuk masuk satu-satu bahan. Dia masukkan ice shave mango (macam snowflakes), sirap lime hijau, buang mangga, ada sweet sour pop condiments dan lain-lain lagi. Sedap gilossssssssssssssssssssss. Ni pun saya sangat sangat sangat cadangkan. Macam tak puas makan bendalah meletup tu. Hehe. Tak terlalu manis. Sangat sesuai untuk yang tak ada 'sweet tooth'
Galeri gambar:
Review singkat:
Parking: Tidak terlalu sesak, boleh lagi lah nak cari parking
Harga: Medium
Saiz makanan: Medium ke besar. Agak banyak untuk satu orang
Menu: Banyak gila, ada pilihan vegetarian, pencuci mulut, makanan berat, kudapan, refillable drinks menu dan sebagainya!
Instagram worthy: Ya! Dan banyak sudut menarik
Kenderaan awam: MRT terdekat ialah MRT Bandar Tun Hussien On , boleh request e-hailing lepas tu. Senang nak cari di sistem e-hailing~
Suasana: Chill vibe
Dah pun ke penghujungnya, kena tengok video kalau nak tengok makanan tau. Bagi sesiapa bernafsu besar boleh makan kat sini. Saya pun akan pergi lagi dalam masa yang terdekat, muahahahahahaha nak makan banyak banyak! Perempuan yang tak kuat makan, satu portion boleh kongsi dua tau, berbaloi baloi!
Nak tahu lebih lanjut boleh layari media sosial mereka di:
Facebook : https://www.facebook.com/pg/bluecafemy/
Instagram: https://www.instagram.com/bluecafemy/
Selamat menjamu selera!
P/s: Saya pergi dalam masa terdekat ni, saya ambik gambar okeh! Versi gambar pulak~
Tata~
Saya nak terus ke topik utama iaitu review makan di Blue Cafe yang terletak di Batu 9, Mahkota Cheras. Saya kongsi dulu serba sedikit lokasi Blue Cafe ini.
Blue Cafe
Lokasi: Blue Cafe, 7, Jalan Temenggung 25/9, Bandar Mahkota Cheras, 43200 Batu 9 Cheras, Selangor (Senang nak cari di Google maps)
Masa operasi: 12 tengahari - 12 malam
Empat jenis makanan utama yang saya cuba, Grill Chicken, Salad, Pasta Seafood and Set Tom Yam. |
Jom tonton video potret yang saya buat ini:
Ini review saya:
Salad : Salad yang saya makan kat atas sedap ngat ngat! Dan sayur salad Bluecafe pilih semua segar-segar. Masih crunchy bila digigit. Sos thousand island dia pun sedap. Portion gedebak. Ada grill ayam dalam tu pun sedap. Yang paling saya suka, bila ada jagung dalam salad ni. Dia bagi rasa salad ni menonjol. Saya sangat suka yang ini! Sangat dicadangkan!
Ayam grill : Yang ni sumpah sedap. Ayam dia tak kering masih ada kelembapan. Di hidang bersama dengan kentang grill. Bapak punya sedap. Rasanya resepi perapan ni mantop. Dia perap ayam dan kentang sekali tuuuuu! Ayam pun lembut je. Kentang tekstur medium. Letop. Cuma sos dia saya kata medium tapi tak lah teruk pun.
Seafood lala pasta : Kawan kita tak makan ni. Sebab dia tak pandai makan lala. Ewah ewah. Jangan risau ye, sepanjang saya makan, lala tu kuis je pakai sudu garfu. Mudah tanggal. Saya bukan penggemar pasta seafood secara jujur, tapi yang ni boleh lah saya makan. Dia rasa masin sikit ke lidah dan kuah dia macam tekstur sup. Kalau suka seafood pasta boleh cuba yang ni. Lala dia banyak tau. Lala kat sini memang bertindak seperti lauk dan bukan hiasan~ Hehehe.
Set tomyam: Set tomyam ni ialah nasi dan tomyam ayam yang gedebak banyak dengan ada garnish sayuran kat nasi dia. Dalam tomyam ada ayam, kubis, cendawan dan beberapa bahan lain. Kuah dia pekat ye. Tak cair. Bagi saya makanan ni sedap tapiiiiiiii saya tak rasa set ni tomyam, dia rasa macam kimci eh? Dia punya masam-masam pedas sikit tu ada (tak pedas sangat jangan risau). Tapi dia tak rasa macam tomyam biasa, mungkin tomyam fusion cuma entah kenapa saya boleh terbayang kimci. Hehehe banyak jugak saya makan. Boleh cuba bagi yang nak rasa kenyang dan lain sikit.
"Jom pegi ke review minuman dan pencuci mulut utama pulak~"
Rose latte: Nama dan rupa dia macam marketing hipster semata tapi bila saya cuba, rasa dia sebenarnya boleh tahan sedap. Sirap mawar ni dorang import daripada luar dan dapat rasa bukan sirap mawar yang kita selalu beli kat luar. Dia rasa macam pudina sejuk-sejuk sikit. Campur dengan kopi latte, dia jadikan minuman tu tak rasa berat untuk ditelan. Saya sangat cadangkan ambik ini.
Mango Tango: Korang ada tengok kan dalam video tadi? Saiz dia agak besar. Banyak jugaklah nak makan sorang. Blue Cafe ambik cawan penyukat tu gedebuk gedebuk masuk satu-satu bahan. Dia masukkan ice shave mango (macam snowflakes), sirap lime hijau, buang mangga, ada sweet sour pop condiments dan lain-lain lagi. Sedap gilossssssssssssssssssssss. Ni pun saya sangat sangat sangat cadangkan. Macam tak puas makan bendalah meletup tu. Hehe. Tak terlalu manis. Sangat sesuai untuk yang tak ada 'sweet tooth'
Galeri gambar:
Rose latte~ |
Menu dia banyak ya ampunnnnn~ |
Tempat ni banyak sudut menarik. Cuma orang ambik gambar ni lahaiiii~Sedih nengok. Hahahaha. |
Salah satu sudut menarik kat sini. Apa yang saya pegang tu ialah set RM 12 dengan refillable drink. Ulalalalalala~ Banyak pilihan tau! |
Review singkat:
Parking: Tidak terlalu sesak, boleh lagi lah nak cari parking
Harga: Medium
Saiz makanan: Medium ke besar. Agak banyak untuk satu orang
Menu: Banyak gila, ada pilihan vegetarian, pencuci mulut, makanan berat, kudapan, refillable drinks menu dan sebagainya!
Instagram worthy: Ya! Dan banyak sudut menarik
Kenderaan awam: MRT terdekat ialah MRT Bandar Tun Hussien On , boleh request e-hailing lepas tu. Senang nak cari di sistem e-hailing~
Suasana: Chill vibe
Dah pun ke penghujungnya, kena tengok video kalau nak tengok makanan tau. Bagi sesiapa bernafsu besar boleh makan kat sini. Saya pun akan pergi lagi dalam masa yang terdekat, muahahahahahaha nak makan banyak banyak! Perempuan yang tak kuat makan, satu portion boleh kongsi dua tau, berbaloi baloi!
Nak tahu lebih lanjut boleh layari media sosial mereka di:
Facebook : https://www.facebook.com/pg/bluecafemy/
Instagram: https://www.instagram.com/bluecafemy/
Selamat menjamu selera!
P/s: Saya pergi dalam masa terdekat ni, saya ambik gambar okeh! Versi gambar pulak~
Tata~
Rasanya mrt BTHO lagi dekat kot ��
ReplyDeleteEh a'ahhhhhh baru perasan awat I tulis MRT TTDI. Jauh benor dari Damansara ke Cheras. Hahaha thank you so much for the comment~
Delete