Friday, 18 August 2023

Shuib Rasmi Duta Kopi SUPER™️ Klasik Baharu

Kuala Lumpur, 17 Ogos 2023 - SUPER™️, jenama yang terkenal dengan kopi, teh dan minuman bijirin berkualiti tinggi bercita rasa rakyat Malaysia, kini memperluaskan penawarannya dengan SUPER™️ Klasik iaitu kopi hitam tulen segera yang diperbuat daripada 100% biji kopi Robusta untuk menghasilkan kelazatan kopi yang pekat namun halus dan beraroma.

Pelancaran SUPER™️ Klasik Baharu

SUPER™️ Klasik merupakan produk tambahan terkini kepada rangkaian SUPER™️ yang sedia ada. Hal ini untuk memenuhi permintaan daripada peminat tegar kopi serta peminum teh dan bijirin berkualiti di pasaran.

Fiona Tan, Pengurus Besar Jacobs Douwe Egberts Malaysia, pemilik jenama Kopi SUPER™️ berkata, “Di Malaysia, biasanya peminum kopi akan menambah krimer ke kopi, sama ada dalam bentuk susu pekat atau susu sejat. Oleh itu, rakyat Malaysia sentiasa mencari kopi segera yang berperisa kuat dan beraroma supaya kepekatan kopi masih dapat terasa walaupun dengan penambahan krimer.”

Fiona Tan, Pengurus Besar Jacobs Douwe Egberts Malaysia

Pelancaran SUPER™️ Klasik baru-baru ini menggambarkan komitmen SUPER™️ untuk menaikkan semangat rakyat Malaysia dengan menyediakan minuman yang mudah dan menyegarkan tanpa kompromi terhadap rasa asli. “Kopi segera di Malaysia bukan sahaja digemari sebab fungsi kemudahannya. Dengan jadual harian yang sibuk, kita perlukan kopi yang kuat dan berperisa untuk membangkitkan semangat untuk mengharungi cabaran harian. Secawan kopi yang sempurna adalah apa yang diperlukan untuk menyemarakkan perbualan sambil mengekalkan kesegaran sepanjang hari.”

Terdahulu, SUPER™️ telah melantik Shuib sebagai duta rasmi jenama mereka. Shuib merupakan seorang individu yang bekerja keras dan berkongsi cabaran yang sama seperti setiap rakyat Malaysia. Shuib menguruskan tanggungjawab sebagai bapa kepada empat anak kecil sambil bekerja sebagai pengacara radio dan usahawan menjadikannya duta yang sesuai dengan imej SUPER™️.

Shuib, Duta Baharu

“Sejak hari pertama, kami tahu Shuib adalah duta yang sempurna untuk kami kerana beliau mencerminkan pengalaman seorang rakyat Malaysia biasa. Dalam masa baik dan mencabar, kita rakyat Malaysia sentiasa gigih, bekerja dengan sangat tekun, memberikan yang terbaik untuk memperbaiki kehidupan orang di sekeliling kita. Kami sangat bersemangat untuk berkolaborasi dengan Shuib kerana kami berkongsi nilai-nilai ini dan memiliki semangat bersama untuk secawan 'kopi padu' yang hebat untuk membantu kita melepasi aktiviti harian,” tambah Fiona.

Iklan SUPER™️ Kopi Klasik bersama Shuib juga sudah ditayangkan di beberapa saluran televisyen tempatan dan media sosial.

Sempena Hari Malaysia ini, SUPER™️ sangat teruja untuk mengumumkan peraduan ‘Semarakkan Hari Malaysia’ yang sudah bermula pada 16hb Ogos hingga 30hb September 2023. Peraduan ini menawarkan peluang kepada peserta untuk memenangi hadiah menarik seperti:
  • Modenas Dominar D250 x 2 pemenang
  • Sesi makan-makan eksklusif bersama duta SUPER™️iaitu Shuib x 50 pemenang
  • Baucar beli-belah RM100 x 210 pemenang
Hadiah Utama Motosikal Modenas Dominar D250

Untuk menyertai peraduan ini, pengguna hanya perlu membeli mana-mana satu produk SUPER™️ dan hantar resit pembelian ke sini https://tinyurl.com/2va5ttxv  (tertakluk pada terma dan syarat).

SUPER™️ Klasik yang terbaharu ini kini boleh didapati di peruncit utama di seluruh Malaysia.

Maklumat lanjut mengenai Kopi SUPER™️ dan barisan produk lain serta info dan promosi terkini boleh layari halaman Facebook rasmi di https://www.facebook.com/supermalaysia.

No comments:

Post a Comment