Thursday 31 August 2023

Baru Berusia 34 Tahun, Amin Aznizan Tekad Bawa Makanan Sarawak Mendunia

Kuala Lumpur, 31 Ogos - Amin Aznizan merupakan jejaka bujang yang berasal dari Miri, Sarawak merupakan pemilik kepada restoran makanan Sarawak yang diberi nama Kedey Kamek. Amin yang baru berusia 34 tahun juga menerajui empat syarikat besar yang berasaskan perkhidmatan makanan dan minuman iaitu SOCC Holdings Berhad, SOCC Offshore Sdn. Bhd., SOCC Catering Sdn. Bhd. dan AnakMiri Kitchen Sdn. Bhd.

Anak Miri, Amin bangga dengan asal usulnya.

Amin yang juga graduan daripada Grenoble Graduate School of Business di Perancis turut berkongsi bagaimana dia memulakan Kedey Kamek, "Saya anak Miri, jadi saya membesar dengan makanan Sarawak. Ketika saya belajar di luar negara, saya sering memasak masakkan Sarawak memandangkan itu saja pilihan yang ada."

"Waktu itu, saya turut menjamu kawan-kawan saya yang berbangsa asing untuk mencuba masakkan Sarawak. Saya menjamu mereka dengan ungkapan 'Ini lah makanan Sarawak'."

"Kawan saya ketika itu merasa takjub dengan keunikkan masakan Sarawak lebih-lebih lagi tidak ramai yang kenal apa itu Malaysia apa tah lagi Sarawak. Ketika itu saya terdetik untuk memperkenalkan makanan Sarawak kepada orang ramai."

Tambah Amin lagi, nenek dan mak ciknya juga antara yang memberi semangat untuk membuka kedai makanan Sarawak untuk diperkenalkan hingga ke peringkat dunia. Oleh itu lahirlah Kedey Kamek dengan makanan asli Sarawak daripada resepi turun-temurun ahli keluarganya sendiri.

Amin suka memasak sendiri.

Kedey Kamek ini sebenarnya dikendalikan oleh Amin di bawah AnakMiri Kitchen Sdn. Bhd. di mana terdapat tiga lagi label dan kedai lain di bawahnya. Label dan kedai tersebut ialah Nang Haus, GoGoreng & Seahorse Seafood. Minuman jenama Nang Haus memperkenalkan minuman asal dari Sarawak seperti minuman '3 layer tea' dalam tin yang boleh didapati di kedai runcit seperti 7-Eleven.

Untuk makluman, SOCC Holdings Berhad merupakan salah satu syarikat korporat bumiputera terbesar di Sarawak. Amin yang menerajui syarikat ini sebagai Pengarah Urusan Kumpulan sejak ogos 2022 membuktikan kelayakkannya dalam bidang perniagaan servis makanan dan minuman ini bukan setakat di bidang restoran sahaja tapi juga di tahap yang lebih tinggi.

SOCC Holdings Berhad di bawah SOCC Offshore Sdn. Bhd. merupakan syarikat pembekal servis makanan dan minuman kepada pelantar di laut yang dimiliki oleh syarikat minyak dan gas. Bermula dengan syarikat minyak dan gas tanah air, kini SOCC Offshore turut membekalkan perkhidmatan kepada syarikat minyak dan gas di luar negara seperti Singapura dan Arab Saudi.

Amin Azninzan selaku Pengarah Urusan Kimpulan SOCC Holdings.

Amin yang merupakan generasi ketiga mewarisi SOCC Holdings Berhad daripada datuk dan mak ciknya turut tidak terlepas daripada tohmahan orang ramai apabila kejayaannya dikotak-katik kerana latar belakang keluarganya yang kaya.

Amin menjawab, "Tuduhan latar belakang saya dari dulu sampai sekarang pun masih ada. Dulu saya pun 'koyak' apabila mendengarnya tapi kini saya sudah 'move on'. Saya mengaku keluarga saya berduit tapi itu tidak bermaksud apa yang saya ada sekarang dapat dengan mudah."

"Sebelum menerajui SOCC, saya memulakan perniagaan saya sendiri dengan restoran Kedey Kamek. Saya sendiri turun padang dengan memasak mengemas dan sebagainya. Lagi-lagi berhadapan dengan pandemik yang lepas, cabaran untuk mengekalkan kedai dapat beroperasi mencari pekerja dan pelanggan adalah tidak mudah. Saya sendiri buat kerja daripada pagi sampai ke malam agar kedai dapat 'survive'.”

"Daripada situ, perniagaan saya semakin berkembang dan pelbagai perniagaan lain turut saya ceburi. Hingga lah mak cik saya yang ketika itu peneraju SOCC Holdings Berhad sendiri menawarkan kepada saya untuk mengambil alih syarikat."

"Kalau ada banyak duit, tanpa ilmu dan usaha, seseorang itu pun tidak dapat ke mana. Apa lagi menguruskan syarikat yang sudah besar. Adalah lebih senang menubuhkan syarikat baharu berbanding menguruskan syarikat yang sudah bertapak lama dengan pengurusan yang jauh lebih senior.”

Amin mewakili SOCC Holdings Berhad dalam urusan perniagaan.

"Maka tohmahan orang lain itu adalah tidak benar jika saya mendapatkan segalanya dengan mudah hanya kerana keluarga saya yang kaya".

Harapannya agar Kedey Kamek terus dapat diterima ramai dan SOCC lebih berkembang. Amin dalam mengakhiri sesi temubual turut menyatakan hasratnya agar boleh membawa budaya Sarawak melalui masakkan Sarawak hinggalah kedunia.

Kedey Kamek yang bermaksud ‘kedai saya’ dalam basaha Malaysia menggunakan bahan yang diterbangkan daripada Sarawak kini mempunyai enam buah cawangan seluruh Malaysia iaitu dua di Sarawak dan lima di semenanjung. Anda boleh mendapatkan sajian asli Sarawak seperti Laksa Sarawak, Mi Kolok, Ayam Pansoh, Linut, Teh Tiga Lapis dan beberapa makanan dan minuman asal Sarawak.


Atas dari kiri: Laksa Sarawak Udang Galah, Linut Terubok Masin, Mi Jawa Kambing, Mi Kolok 
Bawah dari kiri: Nasi Ayam Pansoh, Satay Ayam, Mi Pok, Mi Kari Kerang

Jom makan di Kedey Kamek, ‘Belum Laksa, Belum Tahu!”

Kedey Kamek cawangan Sunway Putra Mall tingkat 1.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai SOCC Holdings Berhad dan Kedey Kamek boleh klik pautan di bawah.


SOCC Holdings Berhad: https://socc.com.my/


No comments:

Post a Comment