Friday, 17 November 2023

Raikan Swacinta (Celebrate Self Love), Inisiatif Kesedaran Tentang Menghargai Diri Anjuran I Embody Me

Kuala Lumpur, 16 November 2023 – Inisiatif I Embody Me kembali lagi pada 15-17 November dengan acara Raikan Swacinta (Celebrate Self Love) dengan slogan ‘Bersatu ke Arah Tubuh Positif’. Inisiatif ini adalah bertujuan membentuk masyarakat agar lebih positif tentang penerimaan rupa paras, bentuk tubuh, saiz badan dan warna kulit. Inisiatif ini diperkasakan oleh Creative Seven Legacy. Bersama rakan strategik semestinya World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL) yang menyokong I Embody Me dari awal lagi. 

Raikan Swacinta #SayangiDiri

Acara I EMBODY ME diadakan pada setiap bulan bermula Januari sehingga November tahun ini. Ini juga bermaksud Raikan Swacinta merupakan acara terakhir yang dianjurkan pada tahun ini, Acara I EMBODY ME secara am bertujuan untuk memberi kesedaran dan sekaligus mendidik masyarakat tentang keburukan cemuhan fizikal atau ‘body shaming’. Mangsa cemuhan fizikal pula akan mengalami tekanan perasaan yang membawa kepada penyakit mental, sehingga ada segelintir mangsa yang terdorong untuk membunuh diri. Sesi bual bicara I EMBODY ME adalah salah satu cara kami menenangkan perasaan mereka yang terkesan daripada cemuhan fizikal ini. 

Statistik menunjukkan 29% daripada jumlah populasi negara mengalami masalah gangguan mental. Sakit mental juga menjadi penyakit kedua terbesar di Malaysia selepas sakit jantung. Nisbah satu per tiga rakyat Malaysia mengalaminya. Lebih membimbangkan remaja berusia 16 hingga 19 tahun dari kalangan keluarga berpendapatan rendah yang banyak mengalami masalah ini. Dipercayai kejadian cemuhan fizikal semakin berleluasa dikalangan masyarakat. 

Acara RAIKAN SWACINTA yang berlangsung di Dewan Johor dan Kedah, World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL) ini turut dihadiri oleh Yang Berhomat Tuan Mohd Najwan Bin Halimi, Pengerusi Jawatatankuasa Tetap Pembangunan Belia & Kemajuan Sukan, Pemberdayaan Usahawan & Ekonomi Kreatif, Pengurusan Bencana Merangkap, Pengerusi PEMADAM Negeri Selangor. PEMADAM Negeri Selangor amat komited dalam menyokong usaha dalam memperkasakan minda sihat serta menjauhi diri daripada penyalahgunaan DARVIH (Dadah, Arak, Rokok,Inhalan dan HIV/Aids). 

Pengerusi PEMADAM Negeri Selangor, YB Tuan
Mohd Najwan yang juga EXCO Selangor.

“Pihak PEMADAM juga mensasarkan program-Pembangunan modal insan khususnya belia di Selangor agar inspirasi YAB. Dato’ Seri Amirudin Shari, Penaung PEMADAM Negeri Selangor iaitu ‘Selangor Sejahtera Tanpa Dadah’ dapat dicapai,” ujar YB Tuan Mohd Najwan. 

Kami berharap agar banyak pihak dapat bekerjasama bersama pihak PEMADAM Negeri Selangor dalam Pendidikan pencegahan DARVIH ini. Justeru itu, menjadi rakan strategic dan menyokong sesi bual bicara I EMBODY ME adalah salah satu cara kami menenangkan perasaan mereka yang terkesan daripada cemuhan fizikal dan memberi motivasi untuk mereka lebih SWACINTA atau sayangi diri atau self-love. Semestinya tetamu undangan kami terdiri daripada pakar-pakar yang mahir memberi motivasi dan berkongsi tip merawat jiwa. 

“Individu yang menggunakan barang terlarang juga berasal dari mereka yang mengalami tekanan perasaan. Bersama-samalah kita perangi permasalah dari akar umbi untuk menghasilkan masyarakat lebih berkualiti,” ujar YB Tuan Mohd Najwan mengakhiri ucapan.

Salah satu ceramah Raikan Swacinta yang disampaikan
oleh PEMADAM mengenai Penyalahgunaan Dadah.

Jemputan kali ini juga tidak lekang dengan kehadiran para tetamu khas dan selebriti tanah air yang terdiri daripada pelakon Angeline Tan, Zizan Nin, Iman zulkarnain, Syazani Zikry dan Shah Radhi, pereka fesyen Dato Sri Anas Abdullah, Encik Encik Mohd Fauzy Abdul Wahab, Chief Operation Officer, World Trade Centre Kuala Lumpur, ZIN Azroz (Zumba), Dave Tan (Personal Coach), Syed Safwan Syed Rahmatullah, pemilik Flora Terrace, Joshua Benedict, Mr World Malaysia, Aida Ramli, Ketua Strategik (Risiko), Syarikat Pautan Kerajaan, Malaysia dan Persatuan Seni & Budaya Redholah yang akan membawakan pementasan lakonan Sketsa Dang Anum. 

Turut serta adalah penulis-penulis buku Antologi Cerpen & Skrip yang terdiri daripada Marini Mat Zain, Faizal Yunus, Arif Samad, Syahmi Ridzuan, Noreena Fhareed Lee, Raja Dania, Dhia Amjad Ramadhan dan Qistina Amirah. Buku ini didedikasikan sempena acara Raikan Swacinta kerana kisah-kisah di dalam buku ini bertemakan penyakit mental. 

Penulis-penulis Antologi Cerpen dan Skrip yang bertemakan Penyakit Mental.

Perkongsian I.EMBODY.ME melalui anjuran acara setiap bulan ini diharap mampu mengubah minda masyarakat yang tanpa sedar atau secara tidak langsung telah mengguris hati orang terdekat meraka. Ejekan Fizikal atau Body Shaming ini perlu diambil serius oleh semua untuk melahirkan masyarakat lebih berkualiti.

Untuk maklumat lanjut mengenai progam Raikan Swacinta atau program-program di I Embody Me boleh layari www.ministryofmarketing.asia/i-embody-me atau lawati sosial media rasmi mereka di Facebook.com/iembody.me dan Instagram.com/iembody.me .

1 comment: