Kuala Lumpur, 2hb April – Smart Bio Golden Remedy telah berkerjasama dengan Koperasi Karyawan untuk memasarkan produk mereka yang berasaskan daripada mengkudu dan cendawan merah. Kerjasama ini berlangsung dengan kehadiran pihak Smart Bio Golden Remedy (SBGR), ahli jawatankuasa Koperasi Karyawan, para artis veteran dan para media.
Produk Cenkudu ini sebenarnya dihasilkan daripada dua bahan utama iaitu buah mengkudu dan cendawan merah. Malahan perkataan cengkudu ini sangat popular di dunia perubatan serta makanan minuman tambahan orang melayu.
Berkenaan dengan majlis yang diadakan secara tertutup ini,
keputusan yang dibuat oleh SBGR bersama Koperasi Karyawan amat mengejutkan
banyak pihak. Ini adalah kerana Koperasi Karyawan baru sahaja ditubuhkan
seminggu yang lalu. Usaha sama ini tidak lain tidak bukan direalisasikan oleh Helmi
Gimmick yang juga seorang artis veteren, ahli karyawan dan peniaga SBGR
sendiri.
Kerjasama ini terbentuk apabila Helmi merasakan bahawa ramai
artis veteren karyawan mempunyai masalah kesihatan sehinggakan ada yang
terpaksa meminta sumbangan daripada orang ramai untuk menampung kos rawatan
mereka. Dia merasa ingin membuat sesuatu untuk membantu mereka yang terkesan
dengan menjadikan SBGR sebagai produk yang membantu kesihatan mereka dan
mendapat pendapatan.
Helmi berkata, “Melalui kerjasama ini, setiap pembelian produk
SBGR daripada Koperasi Karyawan, sebanyak rebat 20% diberikan kepada tabung
koperasi. Melalui tabung ini, lebih ramai ahli karyawan yang boleh dibantu.
Pada masa yang sama juga, sebanyak 7 orang artis diberi tajaan produk dan
pengawasan selama 3 bulan untuk mengatasi masalah kesihatan pada diri mereka.”
Tambahnya lagi, “Kami juga ingin memberi peluang kepada
artis karyawan untuk menjadi peniaga melalui produk ini untuk memperolehi
pendapatan lebih. Kita tahu berapa lama kita boleh bertahan dalam industri.
Jika tiada tawaran maka tiada lah pendapatan. Oleh itu sebaiknya kita berniaga
untuk diri kita agar tidak mengalami masalah kewangan.”
Pada majlis sama, Pegawai esekutif operasi SBG, Muhammad
Shukri Amin turut memberi ucapan, “kerjasama ini dijalankan atas sebab
kedua-dua SBGR dan Karyawan saling bergantung sama lain. Kami ingin membantu
lebih ramai di luar sana untuk mendapatkan kesihatan yang lebih baik dengan
rangkaian produk kami yang boleh digunakan dari bangun pagi hinggalah bila nak tidur.”
Katanya lagi, “Kami bukanlah produk OEM. Kami menghasilkan
produk kami sendiri dari ladang kami sendiri. Kami juga menambah baik produk
lama melalui hasil kajian yang berterusan agar produk kami masih releven dalam
membantu pengguna.”
SBGR mempunyai 15 produk yang dijual bawah seperti jus
cenkudu, jus enzime, madu, ubat sapu cenkudu, ubat gigi cenkudu dan lain-lain
lagi. Harga produk mereka juga tidak lah terlalu mahal dan bermula daripada RM
10 sahaja. Produk-produk ini mendapat pengiktirafan organic Malaysia, halal
JAKIM, dan bahan mengkudu yang digredkan oleh Universiti Putra Malaysia (UPM).
Lebih membanggakan produk ini merupakan 100% buatan Malaysia daripada hasil
bumi, pembuatan, hasil bumi sehinggalah pekerja yang diambil.
Sedikit pengenalan mengenai SBGR, SBGR diuruskan oleh Smart
Bio Group (SBG) yang bertindak sebagai
ejen pemasaran dan pengedaran tunggal bagi produk dari Sureco Sure
Return (SURECO). Kedua-dua SBGR dan SBG baru ditubuhkan pada dua tahun lepas
ketika pandemik hampir bermula.
Ketika itu SBG telah mengambil alih SURECO sepenuhnya
bermula daripada ladang, pengurusan, kilang, pemasaran hingga ke produk. Mereka
memutuskan untuk masih mengekalkan nama SURECO sebagai nama produk dan kilang
kerana masih ramai yang mengenali SURECO sebagai produk pengeluar pertama
berasaskan cengkudu. Ini adalah kerana sudah lebih dua dekad produk tersebut
berada di Malaysia sebelum bertukar pemilik.
Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai
SBGR dan ingin membeli produk anda boleh lah melawat laman web www.sureco.my dan www.smartbiogr.com