Majlis perasmian AEON X DAEBAK di AEON Lounge. |
Pelancaran telah dilangsungkan secara rasmi di AEON Lounge Mid Valley, Kuala Lumpur dengan dihadiri oleh Azidah Alimuddin, Ketua Bahagian Makanan AEON dan Jennifer Chee, Pengarah MAMEE FOOD SERVICE. Tidak lupa juga, majlis turut diserikan dengan kehadiran mascot rasmi Mamee iaitu Mamee Monster yang cukup menceriakan suasana.
Menurut Azidah, “Kami berbesar hati kerana dapat menjalinkan
kerjasama dengan MAMEE, iaitu jenama snek tempatan terkemuka yang dikenali
dengan pelbagai rangkaian produk. Melaluinya, AEON dapat menawarkan lebih
banyak pilihan makanan yang mudah dan cepat kepada pelanggan, di samping
mengekalkan citarasa Korea dalam rangkaian produk ini”.
Azidah Alimuddin, Ketua Bahagian Makanan AEON |
“Demografi pelanggan kini semakin dinamik dan ini
mempengaruhi permintaan mereka. Oleh yang demikian, AEON mengambil inisiatif
untuk memperkayakan lagi pilihan dengan kolaborasi bersama MAMEE agar pelanggan
AEON boleh menikmati aneka makanan ala Korea,” katanya lagi.
Kolaborasi antara AEON dan DAEBAK (atau MAMEE) ini bertujuan
menggiatkan lagi pertukaran budaya makanan Korea di AEON Delicatessen. Tambahan
pula, permintaan terhadap makanan Korea di Malaysia juga semakin meningkat.
Oleh itu, AEON tidak melepaskan peluang untuk memberi kepuasan kepada pelanggan
mereka.
Dalam kolaborasi khas ini AEON dan MAMEE telah bekerjasama
bersama Chef mereka untuk menghasilkan sos Korea yang sesuai dengan tekak orang
Malaysia. Bahkan AEON juga memastikan makanan dari rangkaian ini mengikut piawaian
halal JAKIM iaitu halal untuk di makan serta bersih dalam penyediaannya.
Sebanyak lapan jenis makanan telah dihasilkan melalui AEON X
DAEBAK yang boleh di dapati di AEON Delicatessen dan La Boheme. Lapan jenis
makanan tersebut ialah:
Pita Ayam Bulgogi Spice + Pita Ayam Kimchi (1set)
Harga: RM8.90 untuk satu set
Sosej Jagung Mini
Harga: RM 18.90 untuk satu set
Satu set ada 3 jenis sosej jagung. Sosej jagung original, sosej jagung berkeju
dan sosej jagung kentang goreng. Sosej jagung mini adalah paling sedap dan
kegemaran saya dalam rangkaian makanan AEON X DAEBAK. Walaupun nama sosej ni mini,
tapi saiznya tak mini pun. Kenyang jugak makan satu sosej tu. Tak panas pun
masih boleh rasa sedap garing tak keras. Harga pun lebih berbaloi daripada yang
lain!
Peha Ayam Suku BBQ Kogi
Harga: RM8.90
Tak sempat nak rasa tapi tengok depan-depan boleh tahan besar saiz peha ayam ni. Harga yang dipaparkan tu memang sepotong peha ayam tu ya!
Set Ayam Korea
Harga: RM18.90 untuk satu set
Satu set ada soy sauce tak pedas dan sos gochujang pedas. Nak kata pedas sangat tak tapi kalau tak tahan pedas tu memang boleh rasa sos gochujang tu pedas. Ayam ni memang rangup. Kedua paling saya gemar dalam rangkaian ni.
K-Spiced Sup Oden
Harga: Harga ikut setiap bahan/cucuk
Ikutkan dekat AEON Delicatessen memang dah ada oden cuma kuahnya kuah tomyam. Kalau perasan ada satu bahagian kita boleh ambil cucuk-cucuk sendiri ambil kuah sendiri dalam mangkuk baru bayar. Kali ni tambah satu jenis sup je iaitu K-Spiced. Sup ni sup kimchi pedas-pedas ada masam sikit.
Ban Ayam Kimchi
Harga: RM4.50
Ban ayam kimchi ni intinya ayam dan kimci. Luarnya pula sos gochujang. Bagi bebudak, ban ni agak pedas buat mereka lah bahagian luar. Bagi saya lah kan, intinya ada lah rasa sikit ayam dan kimchi. Tapi kimchi dia tak rasa masam sangat. Saya pun ambil masa jugak baru ada rasa nak makan ban ni. Haha.
Ban Ayam Bulgogi
Harga: RM4.50
Ban ni ini isi ayam cincang bulgogi. Inti boleh tahan banyak. Sedap tak pedas. Boleh dinikmati pelbagai peringkat umur. Yang penting, tak suka makanan Korea boleh cuba ini sebab kena dengan tekak orang Malaysia.
Piza Ayam DAEBAK
Harga: RM4.24 per slice (1/6)
Tak makan makanan Korea? Boleh cuba piza Daebak. Satu potongan pun boleh tahan mengenyangkan tau. 'Topping' nya ialah ayam, sos korea dengan lada capasicum hijau. Tak pedas dan rasanya boleh tahan. Makan panas-panas lagi sedap. Boleh cuba panaskan guna 'microwave' ataupun 'airfryer'. Lagi sedap!
Semua makanan ini sudah boleh didapati di semua outlet AEON
Delicatessen dan La Boheme di AEON mulai 3 Oktober 2022. Manakala makanan ini
juga boleh didapati di AEON BiG bermula 17 Oktober 2022. Menakjubkan lagi
apabila makanan ini mendapat sambutan diluar jangka pada beberapa hari lepas
sebelum pelancaran rasmi. Beberapa jenis makanan cepat terjual hingga membuatkan
AEON dan MAMEE telah meningkatkan produksi pemprosesan makanan. Ini bermaksud
makanan yang dihasilkan sedap dan mampu dinikmati oleh orang ramai.
Jennifer Chee selaku wakil MAMEE turut berkata, “MAMEE FOOD
SERVICE berbangga kerana dapat bekerjasama dengan peruncit gergasi seperti AEON
untuk memperkenalkan lebih banyak pilihan makanan berasaskan Korea kepada
peminat Mamee serta pelanggan AEON. Yang lebih menarik, konsep produk yang
ditawarkan oleh kedua-dua pihak adalah makanan yang ringkas dan boleh terus
dimakan. Maka, kolaborasi ini menjadi lebih menarik dan seterusnya mampu
menggamit peminat Mamee untuk menikmati tawaran di AEON Delicatessen ini.”
Jennifer Chee, Pengarah MAMEE FOOD SERVICE. |
Untuk informasi tambahan, lapan rangkaian makanan yang sedia ada merupakan fasa pertama dalam kolaborasi AEON X DAEBAK dalam menyediakan makanan sedia dimakan. Ada beberapa makanan lain yang masih lagi dalam proses penyelidikan dalam memberikan lebih banyak pilihan makanan Korea kepada pengunjung.
Makanan kat sini memang halal sebab La Boheme dan AEON Delicatessen memang ada sijil halal dan setiap proses makanan mereka diselia. Jadi tak perlu ragu dah kalau nak cuba makanan Korea di AEON. Yang penting, akan ada lagi rangkaian makanan tambahan kolaborasi AEON X DAEBAK ni, mungkin mi? mungkin kimbap? Ha kena tunggu sama-sama.
Apa-apa boleh ke AEON dan AEON BiG cari makanan Korea siap dimakan!