Monday, 14 November 2022

Selangor International Travel Photography Festival Meriah Dianjurkan di Paradigm Mall

SELANGOR, 10 November 2022 – Destinasi tumpuan pelancongan di negeri Selangor merupakan salah satu tarikan utama bagi jurugambar dan pencipta kandungan kreatif. Negeri Selangor, melalui agensi promosi pelancongan Tourism Selangor akan menganjurkan Selangor International Travel Photography Festival dari 12 hingga 13 November 2022, bertempat di UG Atrium, Paradigm Mall, Petaling Jaya.

Selangor International Travel Photography Festival oleh Tourism Selangor, Selangor Travel,
Travelution dan Publication.

Sebagai salah satu usaha bagi mempromosikan destinasi pelancongan domestik di negeri Selangor, Selangor International Travel Photography Festival pada tahun ini akan menampilkan pelbagai aktiviti seperti pertandingan dan pameran fotografi, perbincangan dan pembentangan, persembahan kebudayaan, seminar dan banyak lagi. 

Wakil dari setiap penganjur bergambar di hadapan booth
#PusingSelangorDulu

Negeri Selangor telah berjaya menarik lebih 10.2 juta pelancong domestik ke negeri Selangor pada tahun 2021 dan menjadikan negeri Selangor sebagai negeri yang paling ramai dikunjungi di Malaysia. Melalui kerjasama dengan pemain industri pelancongan utama, seperti Jumpstreet Asia, Selangor Fruit Valley, Hotel Eastin, Muzium Coklat, Jungle School Gombak dan Gamuda Land, Selangor International Travel photography Festival mampu meningkatkan lagi usaha mempromosikan pelancongan domestik negeri Selangor dengan lebih baik lagi.

Kemuncak festival yang diadakan di Paradigm Mall pada 13hb November menyaksikan pertandingan Splendid Selangor Photo Hunt yang disertai lebih 30 pasukan, persembahan kebudayaan, upacara penyampaian sijil kepada pempamer dan penyampaian hadiah pemenang Photo Hunt.  

Persembahan tarian burung merak..

Pihak media yang terlibat dengan photo hunt.

Persembahan kebudayaan dari Jungle Group.

Anyaman.

Untuk melihat beberapa gambar photo hunt kumpulan saya boleh rujuk di pautan ini Facebook Photo Album

Orang ramai adalah dijemput hadir dan memeriahkan Selangor International Travel photography Festival.

Untuk butiran lanjut dan pelbagai informasi terkini, sila lawati laman media sosial rasmi Tourism Selangor:

Thursday, 10 November 2022

Puteri Sarah dan Adira Suhaimi Sah Duta Baru Body Flasshh Ganti Bella Astillah.

Kuala Lumpur, 9hb November – Body Flasshh yang terkenal dengan produk perlangsingan badan secara rasmi memperkenalkan duta baru mereka iaitu Puteri Sarah Liyana dan Adira Suhaimi dalam majlis sambutan ulang tahun ke-2 yang berlangsung di JW Marriot, Kuala Lumpur.

Pelancaran perlantikan duta Body Flasshh.
Dari kiri Adira, Azlin dan Puteri Sarah Liyana.

Perlantikan Puteri Sarah selaku duta Body Flasshh Queen dan Adira selalu duta Body Flasshh Drink ini sejurusnya menggantikan Bell Astilah sebagai duta sejak dua tahun lepas. Sambutan ini meriah dengan kehadiran pengasas jenama ini iaitu Puan Azlin, Datin Alyah, Cakra Khan, Nadia Anuar, media dan tetamu jemputan.

Puan Azlin Hilda Abdul Latif, pengasas
Body Flasshh


Pemilihan kedua-dua duta ini tidak lain tidak bukan kerana Puteri Sarah dan Adira Suhaimi merupakan seorang ibu. Lazimnya wanita selepas melahirkan anak akan mengalami peningkatan berat badan dan mereka akan berhadapan dengan kesusahan dalam menurunkan berat badan. Oleh itu Puteri Sarah selaku ibu kepada dua orang anak dan Adira selaku ibu anak empat adalah duta baru yang sesuai.

Adira turut berucap, “Saya mula minum produk Body Flasshh selepas pantang pada hari itu. Kira-kira 22kg telah berjaya turun. Selain itu, produk ini bukan sahaja fokus kepada perlangsingan badan. Produk ini juga untuk menambah tenaga. Oleh itu saya mengambilnya untuk mengembalikan tenaga ketika dalam pantang”.

“Produk Body Flassh yang saya suka minum ialah Body Flasshh Coffee Latte”, sambungnya ringkas.

Puteri Sarah pula dengan ringkas berkata, “Saya bersyukur kepada Body Flasshh dan Puan Azlin kerana melantik saya sebagai duta. Ini ada lah rezeki buat saya. Body Flasshh ni saya dah minum dan saya sendiri Nampak hasilnya.” Puteri Sarah Liyana khususnya telah dilantik menjadi duta kepada produk Body Flasshh Queen.

Sumber Instagram Adira

Pada majlis yang sama juga, Datin Seri Alyah dan Cakra Khan turut membuat persembahan istimewa sempena sambutan ulang tahun ini. Tidak lupa juga persembahan istimewa daripada duta baru Adira Suhaimi yang turut berduet dengan Cakra Khan untuk sebuah lagu.

Produk Body Flasshh turut dipaparkan pada majlis tersebut dengan pengenalan produk baharu iaitu Body Flasshh Drink Coffee Latte yang juga merupakan kegemaran Adira. Produk yang dipaparkan adalah siri minuman Body Flasshh Drink, Body Flasshh Queen, Body Flasshh Krim Sonata dan Body Flasshh DX.

Produk Body Flasshh

Buat pengetahuan semua, Puan Azlin selaku pengasas produk Body Flasshh juga merupakan penganjur konsert Cakra Khan yang akan berlangsung pada tahun depan di Kuala Lumpur.

Monday, 7 November 2022

GUARDIAN BAWA TREND KECANTIKAN TERKINI DAN PRODUK DARI SELURUH DUNIA DENGAN EKSTRAVAGANZA ‘BEAUTY AROUND THE WORLD’ KE MALAYSIA

Kuala Lumpur, 7 November 2022- Mulai sekarang hingga 28 November 2022, dapatkan pelbagai tawaran menakjubkan daripada ratusan jenama dan produk baru yang menampilkan trend kesihatan dan kecantikan terkini dari seluruh dunia termasuk Jepun, Korea Selatan, Amerika Syarikat, Perancis, Jerman, Sepanyol, Singapura, Malaysia, Thailand dan banyak lagi di ekstravaganza ‘Beauty Around The World’ (BATW) Guardian 2022.


Nikmati potongan harga sehingga 50% untuk produk dan banyak lagi tawaran lain daripada jenama popular termasuk peraduan menarik, hadiah percuma dengan belian, kupon penjagaan kulit percuma dan kalendar 2023 percuma dengan kupon bernilai lebih RM140.

Angela Teo, Ketua Pemasaran, Guardian Health and Beauty Sdn Bhd berkata, “Guardian telah meraih reputasi yang mantap dalam membawa masuk jenama-jenama yang mewakili kecemerlangan teknologi terkini dan trend kecantikan pengguna untuk para pelanggan kami. Reputasi ini diperolehi menerusi kajian dan penyelidikan yang kami lakukan untuk memastikan kami dapat membawa jenama dan produk global terbaik kepada mereka pada nilai yang hebat. Ini adalah apa yang diharapkan oleh pelanggan kami dan telah menjadikan Guardian destinasi pilihan untuk produk Kesihatan dan Kecantikan mereka. BATW 2022 membawakan trend kecantikan dunia kepada pelanggan kami.”

Dengan tumpuan khusus pada kecantikan dan penjagaan kulit, ekstravaganza BATW tahun ini telah membawa masuk celak mata dan penjagaan rambut kalis air terkini dari Jepun, produk rambut dan kecantikan terkini Korea Selatan, produk penjagaan kulit dan solekan dari Sepanyol, Amerika Syarikat, Jerman, Perancis, United Kingdom, Indonesia, Singapura dan Malaysia.

“Sebagai hadiah istimewa tahun ini, kami akan mengadakan acara ruang legar Beauty Around the World Guardian yang bakal dianjurkan pada 9 November hingga 13 November 2022 di Blue Atrium, LG2, Pusat Membeli-Belah Sunway Pyramid di Subang Jaya supaya pelanggan dapat menyaksikan SEMUA jenama dan produk baru itu dan menikmati pelbagai aktiviti menyeronokkan serta menerima hadiah percuma.


Antara aktiviti menarik yang dijadualkan berlangsung termasuk ceramah masterclass oleh pakar-pakar mengenai pelbagai topik menarik seperti;

· Kepentingan rutin penjagaan kulit yang baik oleh pakar penjagaan kulit Guardian
· Kesihatan rambut untuk mereka yang berhijab
· Mata yang mempesona untuk dirimu yang cantik
· Mencari wangian terbaik untuk anda
· Kepentingan hidrasi untuk kulit anda
· Penjagaan kulit untuk rakyat Malaysia
· Menjaga kulit yang cenderung kepada ekzema
· Solekan Jepun lawan solekan Korea
· Menangani Diabetes oleh Dr Nur Ishani (13 November dari 3.00ptg hingga 3.30ptg)

“Pelanggan juga boleh mendapatkan makeover dan dandanan rambut PERCUMA dengan pembelian tiket bernilai RM30 yang boleh dibeli secara dalam talian di saluran E-dagang Guardian dan App Store.

Setiap tiket akan melayakkan pelanggan mendapat satu makeover dan dandanan rambut percuma, video 360° percuma dan beg berisi hadiah bernilai lebih RM80. Tempah sesi solekan anda dalam talian sebelum 10 November 2022. Selain itu, kami juga menawarkan diskaun 20% untuk setiap pembelian 2 tiket dan 30% untuk setiap pembelian 3 tiket. Jadi, kumpulkan rakan-rakan anda untuk temasya hujung minggu, berseronok dan kelihatan cantik bersama-sama. 

Untuk lebih harga berbaloi guna promo code GDNMK573 untuk diskaun RM5 ketika pembelian!

“Makeover itu, walau bagaimanapun, hanya akan berlangsung pada 11 November hingga 13 November 2022 dari 10 pagi hingga 8 malam. Bagi peminat Francisca Lubong, Miss Malaysia 2020 dan Jestinna Kuan, Pencipta Kandungan popular, temui mereka secara langsung pada 12 November untuk sesi temu mesra eksklusif,” jelas Teo.

Untuk menambahkan lagi kemeriahan, sebuah Apple iPhone 14 ditawarkan sebagai Hadiah Utama dalam Peraduan Cabaran Video Tarian dengan hadiah bernilai RM15,000 untuk dimenangi. Anda boleh menyertai Cabaran Video Tarian ini bermula 4 November hingga 28 November 2022. Apa yang perlu anda lakukan adalah mencari dan memilih efek skrin hijau pada telefon pintar anda, pilih negara kegemaran sebagai latar belakang dan rakam tarian anda, seterusnya siarkan video anda di IG Reels atau TikTok dan tag @guardianmy beserta tanda pagar #BeautyAroundTheWorld dan #GuardianMY.

“Inilah masa terbaik untuk membeli dan mendapatkan barangan keperluan kesihatan dan kecantikan anda di Guardian kerana kami percaya kami menawarkan produk berkualiti terbaik pada harga terbaik untuk nilai terbaik,” tambah Teo.

Untuk maklumat lanjut tentang produk kegemaran anda dengan diskaun hebat sepanjang Jualan Beauty Around The World ini, sila layari www.guardian.com.my, www.guardiancatalogue.com.my, #guardianMY atau layari https://bit.ly/3AfhGhm

Sunday, 6 November 2022

Review Sabun Popinjay @ Parrot Natural – Sabun Buku dan Krim Mandian, Wangi tak sakit kepala!

Hari saya nak kongsi review mengenai sabun yang kira ‘legend’ dan terkenal sejak zaman dulu iaitu sabun Parrot Natural atau orang dulu-dulu suka sebut Popinjay. Ada 5 jenis sabun buku Parrot Botanicals iaitu Thai Botanical & Herbs, Thai White Jasmine, White Sakura, Thanaka & Sweet Pink Roses dan 3 krim mandian Parrot Botanicals iaitu Unique botanical, White Thanaka & White Sakura yang saya akan kongsikan kali ni.

Harum dengan wangian segar. Terima bungkusan pun dah boleh hidu!

Mula-mula dapat bungkusan pun dah harum sangat-sangat walaupun tak buka bungkusan lagi. Sampai-sampai je saya letak dalam bilik ofis lepas tu biarkan dulu sebab tak ada masa nak buka kan. Lepas tu malam tu balik dari kerja, buka je bilik ofis..punya semerbak harum ya satu bilik!

Berhari-hari bilik bau harum walaupun tak buka lagi bungkusan. Haha. Nasib baik bau ni saya suka, sebab saya jenis tak suka harum sangat yang bagi pening kepala. Ni saya ‘approve’ sebab bau harum jenis nyaman dan segar bukan bau ‘artificial’.

Pengenalan

Jenama ni dah lama bertapak di Thailand sejak lebih 70 tahun sampai kira level lagenda amat. Orang kat sana panggil sabun Parrot je. Kat Malaysia panggil Popinjay. Mesti generasi mak atau nenek kita kenal sabun ni lagi, sabun 'legend' jugak ni kat Malaysia!

Menariknya lagi jenama ni menjadi kebanggaan warga Thailand apabila Kementerian Industri mereka menganugerahkan  ‘Premium product of Thailand Award in Beauty and Personal Care Category’. Bukan calang-calang ya sabun Parrot Botanicals ni.

Sabun Parrot Botanicals ni memang berfokuskan kepada wangian unik botanical Thai dan minyak herba tradisi sebagai kunci utama dalam pembuatan sabun mereka. Bahkan sabun Parrot nombor satu dalam kesegaran botanical Thai autentik! Untuk formula krim mandian pula, wangian lebih tahan lama di kulit sehingga lapan jam.

Sabun Buku

Bagi sabun buku jenama Parrot Botanicals terdapat sembilan jenis kesemuanya namun hanya lima je yang masuk dalam pasaran Malaysia. Sabun buku yang masuk ke pasaran adalah Thai Botanical & Herbs, Thai White Jasmine, White Sakura, Thanaka & Sweet Pink Roses.

Sabun buku Parrot Botanicals.

Sabun buku ini didatangkan dengan tiga jenis saiz iaitu 55g, 70g dan 105g. Harga pula sekitar RM3.35-RM6.50 untuk sebuku sabun Parrot Botanicals.

Sabun saiz 55g ni comel je sesuai untuk bawa pergi mana-mana.

Thai Botanical & Herbs

Bau dia macam ada bau daun wangi dengan sedikit sentuhan bau minyak cengkih. Bau cengkih tu tak melampau memang sikit je baunya bila padan dengan bau daun lebih kepada segar. Sejenis bau yang saya suka sebab langsung tak menyakitkan hidung pun!

· No.1 ‘Best Selling’
· Mengandungi keunikkan haruman botanical
thai unik dengan minyak cengkih dan
 minyak serai wangi (citronella oil).

Thai White Jasmine

Bau dia ada sedikit masam macam ada bau-bau sitrus lemon sikit walaupun tak ada lemon. Ni lembut je bau secara keseluruhannya. Rasanya bau bunga Thai Jasmine kot masam-masam segar manis gitu.

• Dengan sentuhan bau bunga Thai Jasmine
• Mengandungi ekstrak asam jawa.

White Sakura

Bau ni manis lembut je dengan bau bunga sakura. Macam ada bau susu sikit tapi bau hujung-hujung je lah. Ni bau macam minyak wangian tapi jenis tak terlampau sangat.

• Kesegaran lembut dengan white Sakura
• Diselitkan dengan kesan cerah dan warna
merah jambu pada kulit yang natural

Thanaka

Thanaka ni sebenarnya serbuk daripada kulit luaran kayu. Selalunya bahan ini digunakan secara tradisi untuk melembutkan kulit wajah, menghalang sinaran UV dan mengurangkan kedutan. Bahan ni juga digunakan untuk menghalau nyamuk. Jadinya thanaka ni memang digunakan dari kanak-kanak sampai ke orang tua terutamanya di kampung-kampung.

Bau sabun buku ni pula macam bau bunga dengan sedikit sentuhan bau kayu manis. Ye lah kayu manis pun diperbuat daripada kulit kayu juga. Agak wangi juga seperti minyak wangi yang selalu dijual di pasaran tapi versi lebih segar dan lembut.

 Mengandungi kesegaran “White Thanaka”
• Untuk kulit lebih cerah dan tahan wangian

Sweet Pink Roses

Bau bunga mawar yang manis tu ketara pada sabun buku ni namun masih lembut tidak menyakitkan hidung atau kepala. Selalunya apa-apa sabun badan, sabun pencuci atau minyak wangi yang mengandungi bunga mawar memang akan menyakitkan kepala sampai pening. Tapi bagi sabun buku ni, baunya lembut tak terlalu kuat.

• Haruman romantic dan manis bunga mawar
• Memperbaiki kulit dengan bunga mawar dan
lidah buaya

Krim Mandian

Seperti sabun buku Parrot Botanicals, rangkaian krim mandian mereka mempunyai sebanyak tujuh jenis dan hanya tiga jenis je yang masuk pasaran di Malaysia. Krim mandian tersebut adalah Unique  botanical, White Thanaka & White Sakura. Kesemua krim mandian ini datang dengan botol 500ml dengan harga sekitar RM17.90 sebotol.

Krim mandian Parrot Botanicals.

Unique botanical

Nak bau macam kat taman botanical? Ha krim mandian Unique botanical macam setaman baunya. Bau daun ada, bau bunga pun ada. Lepas tu ada bau-bau manis sama ada bau cengkih atau bau kayu manis, antara dua tu tapi tak melampau lah baunya. Memang wangi ya bau Unique botanical, semerbak tapi masih ada kesegaran pada baunya.

Bau indah Parrot’s Signature daripada gabungan
botanical Thai membuatkan kulit lebih
terasa segar dan wangi berpanjangan.

• Wangian tahan sehingga 8 jam.

White Thanaka

Bagi saya krim mandian Thanaka dan sabun buku Thanaka berbeza. Bau krim mandian Thanka lebih kepada bauan bunga dengan sedikit bau manis kayu tapi tak ketara sangat. Baunya juga ada sedikit sentuhan sitrus tapi pun sama juga tak ketara sangat. Pun sama juga seperti fokus utama produk Parrot Botanicals, bau kesegaran tu tetap ada!

• Segarkan kulit dengan “White Thanaka” untuk
 kulit licin dan wangi berpanjangan.

• Wangian tahan sehingga 8 jam.

White Sakura

Bau White Sakura jenis krim mandian berbeza dengan yang sabun buku. Bau pada krim mandian ni lebih manis, lebih bau bunga sakura dengan sedikit sentuhan bau sitrus. Seperti bau minuman sakura pun ada! Manis jeeee tapi tetap bau menyegarkan!

 Wangian Sakura putih menyegarkan diselit dengan
bahan khasiat yang memberikan kulit lebih cerah
dengan rona merah jambu natural.

• Wangian tahan sehingga 8 jam.

Review

Selalunya kalau salah pakai sabun, mesti kulit jadi mengelupas. Kalau tak teruk pun, lepas mandi rasa kulit kering je. Lepas tu bila hidu bau masa beli macam okay tak kuat, tapi bila mandi dah kena air tiba-tiba wangi semerbak sampai sakit kepala. Sebab tu saya suka beli sabun sesuai dengan diri sendiri tak perlu terikut-ikut sangat beli sabun mahal-mahal tapi tak sesuai. Haha.

Sabun Parrot Botanicals ni dari dulu dah orang pakai terutama kat kampung. Orang dulu panggil sabun popinjay atau sabun burung nuri lah gitu. Cumanya dulu hanya ada sabun buku, sekarang dah ada krim mandian termasuk pelbagai variasi.

Sabun ni jenis bukan pekat melikat, senang je sapu bila badan dah basah. Sabun ni bila saya pakai dia lembut je licin nak sapu ke badan. Lepas tu sabun buku dan krim mandian jenis tak terlampau berbuih, sabun yang tak banyak buih ni lah bagus sebenarnya sebab tiada atau kurang bahan penambah buih yang buatkan kulit kering atau merengsa.

Sebab tu bila lepas bilas, kulit rasa lembut lembap je. Tak lah rasa kering macam kulit kena tarik. Haha faham kan rasa bila kita pakai sabun yang terlalu kuat buatkan kulit jadi tegang terlebih. Ha, sabun ni tak. Bau pun melekat kat pun sedap je.

Gambar kiri (atas & bawah): Krim mandian.
Gambar kanan (atas & bawah): Sabun buku.

Jadinya siapa ada kulit sensitif dan tak suka haruman yang kuat macam saya boleh lah cuba Parrot Botanicals. Harga tak semahal mana, bau pun boleh tahan dan pakai pun ada bagi kesan bagus pada kulit. Paling penting sabun ni lembut amat bila digunakan pada kulit.

Anda boleh membuat pembelian di hypermarket, supermarket, kedai runcit, kedai serbaneka dan mini market seluruh Malaysia berdekatan dengan anda. Atau pun anda juga boleh buat pembelian secara atas talian di Shopee melalui pautan di bawah:

Sabun buku: https://shope.ee/89vrK1tUjK
Krim mandian: https://shope.ee/99oOVw9j7Y

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk boleh rujuk melalui pautan di bawah:

Instagram: https://www.instagram.com/parrot.natural/
Facebook: https://www.facebook.com/ParrotNaturalMY

#ParrotNatural #ParrotNaturalMalaysia #ShowerCream #Soap #Imported #Thailand #VITAMDEDIA