Tuesday, 13 June 2023

Surirumah Dari Sabah Menang Trip Ke Jepun Bernilai RM14 Ribu Sempena Kempen Sushi King Sejuta Ahli!



KUALA LUMPUR, 13 JUN 2023 - Sushi King, selaku rangkaian restoran susyi Jepun Halal terbesar di Malaysia pada hari ini telah mengadakan acara meraikan pemenang kempen 1 MillionHappy Members yang berlangsung sepanjang bulan Mei lepas di Sushi King cawangan Sunway Pyramid.

Pemenang utama kempen 1 Million Happy Members

Pada acara yang sama, Sushi King mengumukan pemenang utama dan menyampaikan hadiah kepada pemenang dengan lawatan ke Jepun untuk dua orang yang bernilai lebih RM14,000 selaku hadiah utama.

Kempen 1 Million Happy Members yang berlangsung sepanjang bulan Mei lepas itu telah berjaya menerima lebih daripada 50,000 penyertaan. Selain daripada hadiah utama ke Jepun, pemenang lain juga diberi ganjaran dengan hadiah-hadiah menarik yang bernilai lebih daripada RM1,000,000. Ini membuktikan bahawa ahli program kesetiaan Sushi King yang menyertai kempen ini berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah eksklusif termasuk gajet terkini, Smile Points dan juga pakej percutian yang menyeronokkan hanya dengan makan sambil mengumpul mata ganjaran Smile Points sahaja!

Encik Hiroki Mori apabila bercerita kisah remajanya yang
kerap memakan ramen di kampung halamannya Kyoto.

Encik Hiroki Mori, Pengarah Urusan Sushi King Sdn. Bhd. berkata, "Kami amat bersyukur atas sokongan dan kesetiaan pelanggan kami yang tidak berbelah bahagi. Mereka telah mendorong kami untuk mencapai kejayaan luar biasa 1 juta Happy Members. Kami terharu dengan penghargaan mereka terhadap Sushi King dan budaya makanan Jepun. Melalui kempen ini, kami dapat mencipta pengalaman yang bermakna buat ahli-ahli kami dimana mereka akan mendapat ganjaran sambil menikmati hidangan Sushi King kegemaran mereka.”

Ia tidak dapat dinafikan bahawa kempen 1 Million Happy Members telah memberi keseronokan dan kegembiraan kepadasemua ahli Sushi King yang telah memenangi hadiah-hadiah hebat seperti Peranti Oppo, jam tangan Apple, kad hadiah Uniqlo, tawaran makan dan 600,000 Smile Points.

Lebih menarik lagi, ahli ke sejuta iaitu Mohd Shahrin Samian sangat bertuah apabila dirinya telah diberikan ganjaran makan percuma di Sushi King selama setahun!

Berbalik pula kepala ahli Happy Members yang paling bertuah pada kali ini jatuh kepada suri rumah Sabah iaitu Vyvian Elvy Jefry. Vagina merupakan seorang suri rumah dari Sabah telah memenangi hadiah utama percutian ke Jepun yang bernilai lebih RM14,000 ketika menjamu selera di Sushi King ITCC Penampang. Ini hadiah bermakna buat dirinya kerana trip ke Jepun merupakan lawatan pertama beliau ke negara tersebut.

"Kami bertekad untuk menjadikan Sushi King sebagai Your Happy Sushi Place di mana pelanggan kami dapat merasaikenikmatan dan keistimewaan budaya makanan Jepun melalui hidangan yang menyelerakan," tambah Encik Mori lagi yang berasal dari Kyoto, Jepun.

Sushi King bakal memperkenalkan pelbagai inisiatif yang inovatif untuk menarik lebih ramai pelanggan seperti promosi dan penawaran menu baru termasuk Japonica Unagi gred premium iaitu belut yang dipanggang dan Ramen Jepun yang akan dilancarkan kira-kira bulan julai nanti. Penambahan baru ini adalah bukti komitmen Sushi King untuk memastikan pengalaman menjamu selera yang baik kepada semua pelanggan mereka.

Ramen Jepun, rasa Kyoto.

Japonica Unagi gred premium

Review ringkas:

Ramen Jepun rasa Kyoto - Sedap pekat dan padat. Rasa ramen betul. Ikut tekak orang Jepun. Waktu cuba makan memang dah terasa habis. Cuma biasa makan ramen ada togarashi (penambah rasa macam cili rempah 7 rasa Jepun). Bila makan begitu sahaja, rasa macam nak tambah sesuatu, tapi tak ada dapat tambah. Harap masa pelancaran bulan Julai nanti, Sushi King boleh tambah lah.

Japonica Unagi - Belut kali ni lebih ‘upgrade’. Rasa lebih lemak, tebal dan puas digigit makan. Makan begitu sahaja memang rasa manis masin sos terlebih. TAPI bila makan dengan nasi, rasa nak bertambah-tambah. Dapat rasa panggang arang tau! Tak sabar tunggu nak makan lagi!

Berbalik kepada ahli Happy Members, Sushi King mengalu-alukan semua rakyat Malaysia untuk menyertai program kesetiaan mereka yang semakin berkembang dan mengambil bahagian dalam pelbagai kempen-kempen mereka yang menarik di masa akan datang.

Anda boleh memuat turun aplikasi Sushi King di Google Play Store, Apple App Store atau Huawei App Gallery untuk menjadi ahli Happy Members Sushi King hari ini.

Untuk maklumat lanjut mengenai promosi-promosi Sushi King dan banyak lagi, boleh layari pautan di bawah:

Laman web rasmi: www.sushi-king.com.

Facebook: www.facebook.com/sushikingasia

Instagram: www.instagram.com/sushikingmalaysia

Friday, 9 June 2023

Maggi Lancar Mi Goreng Laksa Warisan, Ikon Masakan Malaysia Dengan Rupa Baharu

7 Jun 2023, Kuala Lumpur – Maggi Malaysia dengan bangganya memperkenalkan variasi terbaharu Maggi Mi Goreng dengan sentuhan laksa yang juga merupakan salah satu ikon masakan Malaysia di The Agam iaitu kediaman vintaj yang memaparkan seni warisan terdahulu. Produk terbaharu iaitu Maggi Mi Goreng Laksa Warisan memperkenalkan laksa dalam bentuk mi goreng mudah disediakan yang masih mengekalkan rasa asli dan aroma yang memikat.

Pelancaran MAGGI® Mi Goreng Laksa Warisan dari kiri: Prof. Dr. Shahrim Ab Karim, Chef Muluk, 
Juan Aranols, Ivy Tan,Chew Soi Ping, dan Anis Nabilah.

Pada pelancaran juga, Ketua Pegawai Eksekutif NestlĂ© (Malaysia) Berhad, Encik Juan Aranols turut memberikan beberapa ucapan, “Selaku jenama yang mempunyai lebih 50 tahun sejarah dan ruang di hati rakyat Malaysia, MAGGI® berbangga menyambut keindahan budaya dalam produk kami. Pada hari ini, kami gembira menjadi sebahagian dalam sambutan Laksa Malaysia yang kini lahir melalui inovasi terkini produk kami. Produk yang memberikan penghormatan kepada kepelbagaian warisan kulinari iaitu MAGGI® Mi Goreng Laksa Warisan.”

Majlis pelancaran turut dihadiri oleh dua personaliti terkenal dalam bidang makanan iaitu Chef Selebriti Anis Nabilah dan Professor Dr. Shahrim Karim yang juga merupakan seorang Profesor Makanan Warisan dan Budaya Malaysia, Jabatan Pengurusan dan Khidmat Makanan, Fakulti Sains & Teknologi Makanan, Universiti Putra Malaysia (UPM). Kedua-dua jemputan istimewa turut memaparkan seni dan kepakaran mereka dalam menyediakan hidangan laksa sambil berkongsi beberapa sejarah dan perkembangan hidangan laksa itu sendiri.

Professor Dr. Shahrim Karim dan Chef Anis Nabilah dalam menunjukkan cara hidangan laksa.

Menyelusuri asal usul laksa, Laksa berasal daripada komuniti Peranakan dengan inspirasi budaya Cina, Malaysia dan Indonesia di Asia Tenggara. Professor Dr. Shahrim Karim dalam berkongsi sejarah memberitahu bahawa laksa ini merupakan hidangan ikonik yang sangat mencerminkan Malaysia melangkaui budaya dan kawasan hingga berkembang kepada pelbagai hidangan laksa yang kita nikmati sehingga hari ini. Contohnya ialah laksa kari yang biasa dijumpa hingga ke laksa yang lebih inovatif seperti Asam Laksa, Laksa Sarawak, Laksa Nyonya dan Laksa Johor. Terdapat lebih 10 jenis laksa yang ada di Malaysia ini sahaja.

Tambah beliau lagi, “Jiwa kepada laksa terletak pada bahan yang kuat dan rasa aromatik. Laksa yang bagus ialah laksa yang seimbang dari segi pelbagai bahan yang pecah minyak, ini penting untuk mendapatkan laksa yang mempunyai rasa sempurna agar keindahan kulinari itu dicapai”.

Menyentuh mengenai kecenderungan beberapa tahun ini, pengguna sekarang banyak mencari pelbagai cari untuk menikmati makanannya terkenal bersama keluarga dan rakan. Dengan kebangkitan gaya masakan laksa yang digoreng, MAGGI® mengambil inspirasi ini untuk melahirkan produk baharu MAGGI® Mi Goreng Laksa Warisan yang penuh dengan kreativiti olahan laksa tradisi rakyat Malaysia.

Pegawai Eksekutif Perniagaan MAGGI®, NestlĂ© (Malaysia) Berhad Cik Ivy Tan menjelaskan, “Sebagai jenama yang dipercayai, MAGGI® bercita-cita untuk menyediakan produk yang mewakili rasa Malaysia. Terima kasih kepada Chef kami di MAGGI®yang terus menyalurkan dedikasi dan kepakaran kulinari, kami dapat menghasilkan olahan moden kepada laksa dengan produk inovasi terbaharu kami iaitu MAGGI® Mi Goreng Laksa Warisan.

Sesungguhnya, rahsia menyediakan laksa yang sedap terletak pada asasnya. Oleh itu, produk terbaharu ini dibuat penuh dengan bahan aromatik seperti bunga kantan, daun kesum, lengkuas bersama dengan beberapa bahan segar seperti bawang, daun limau purut, serai, bawang putih dan halia yang dimasak secara perlahan hinggan menjadi pes pecah minyak agar boleh menyampaikan rasa ikonik laksa yang autentik. Kami menghargai hidangan tradisi ini dengan menjadikannya laksa goreng yang sedap di nikmati bila-bila masa dan di mana jua”.

Antara intipati dalam produk inovatif terbaharu.

Sejajar dengan janji mereka untuk membantu rakyat Malaysia Cook the Difference atau dalam bahasa melayu Menyajikan Kelainan, MAGGI® terus menawarkan pilihan makanan berkualiti tinggi untuk pengguna yang inginkan masakan yang sedap namun senang disediakan. Oleh itu, MAGGI® Mi Goreng Laksa Warisan diperbuat daripada 100% gandum Australia yang penuh dengan sumber protein dan karbohidrat. Daripada sumber berkualiti tinggi hingga ke kawalan kualiti ketat, MAGGI®komited menyediakan yang terbaik daripada dapur ke pengguna.

Untuk maklumat lanjut mengenai MAGGI® Mi Goreng Laksa Warisan, anda boleh layari https://www.maggi.my/en/maggi-happenings/maggi-mi-goreng-laksa-warisan/ . Atau anda boleh lihat sosial media rasmi 
MAGGI® untuk pelbagai info terkini:

Wednesday, 31 May 2023

Guardian Fun Run 2023 Kembali Dengan Lebih Besar dan Meriah! Pendaftaran Kini Dibuka.

Kuala Lumpur, 30 Mei 2023 - Acara menarik kegemaran ramai Guardian Malaysia yang berorientasikan keluarga, Guardian Fun Run kini kembali untuk edisi keduanya dan dijangka bakal menerima sambutan yang menggalakkan. Perasmian telah berlangsung di MyTown, Cheras dengan pembukaan khemah para penaja.

Perasmian Guardian Fun Run 2023.


Angela Teo, Ketua Pemasaran, Guardian Health and Beauty Sdn Bhd berkata ketika perasmian, “Fun Run tahun ini menjanjikan kemeriahan yang lebih besar dan lebih hebat berbanding Larian tahun lalu. Larian tahun lalu merupakan pembuka mata kepada kami apabila MAEPS bertukar menjadi LAUTAN JINGGA baju-T GUARDIAN dengan peserta dari pelbagai lapisan masyarakat. 

Ketua Pemasaran Guardian, Angela Teo.


Kami belajar bagaimana bersenam, dan berlari terutamanya sangat popular, bukan hanya di kalangan pelari tegar tetapi juga di kalangan golongan berkeluarga yang ingin kekal sihat dan populariti aktiviti ini merentasi semua generasi.

Guardian Fun Run tahun lalu istimewa kerana ia memberi semangat kepada keluarga untuk turut serta dan berlari, termasuk ramai kanak-kanak, ibu, bapa malah datuk dan nenek. Menyaksikan mereka berlari bersama-sama untuk kekal sihat, menjadikan kami lebih berbangga dan teruja untuk menganjurkan acara ini dan inilah sebabnya kami mengadakannya lagi tahun ini.

Pastinya, kempen Live Smart & Healthy kami pada bulan Mei dan Guardian Fun Run menunjukkan komitmen kami dalam membantu pelanggan untuk hidup bijak dan sihat.

Untuk kempen Live Smart & Healthy, kami telah memperkenalkan pelbagai produk kesihatan baharu di stor kami berdasarkan keperluan pelanggan kami, trend terkini disamping produk kesihatan terbaik dari seluruh dunia yang ada di pasaran”.

“Guardian Fun Run terbuka kepada pelari dari segenap peringkat kecergasan, jadi sama ada anda seorang pelari tegar, atau baru berjinak-jinak dengan aktiviti ini, ini adalah peluang yang baik untuk bersenam dalam persekitaran yang menyeronokkan dan bersemangat.

Seperti namanya, Guardian Fun Run akan dimeriahkan dengan acara menyeronokkan untuk seisi keluarga, termasuk kanak-kanak kerana ia menjanjikan laluan yang indah, suasana seperti karnival, permainan, persembahan hiburan, pensampelan produk kesihatan dan kecantikan disamping pelbagai trak makanan.

Selain itu, terdapat Hadiah Cabutan Bertuah bernilai RM10,000 untuk dimenangi oleh para peserta, berupa baucar membeli-belah bernilai RM2,500 untuk setahun sebagai Hadiah Utama dan hadiah untuk Peraduan Kostum Terbaik. Hadiri acara ini dengan pakaian paling kreatif anda berserta baju-T Fun Run bagi merebut peluang untuk memenangi baucar Guardian dan hamper.

Untuk membantu pelari membuat persediaan untuk Fun Run kali ini, kami juga akan mengadakan bengkel Masterclass Fitness yang dikendalikan oleh Jurulatih Antarabangsa, Gillian Benjamin pada bulan August, yang mana butirannya akan diumumkan kemudian.

Dan untuk menghangatkan lagi acara, para peserta akan dijemput untuk menyertai Rutin Senaman DanceON istimewa kami, sebagai acara memanaskan badan sebelum memulakan larian pada hari itu nanti. Senam tari ini merupakan sejenis senaman menggunakan teknik tarian untuk meningkatkan kecergasan, menjadikan senaman lebih menyeronokkan untuk semua,” Tambah Teo.

Info Guardian Fun Run 2023 adalah seperti berikut:

Tarikh: 23 September 2023 
Hari: Sabtu
Masa: 4pm ke atas
Lokasi: MAEPS Serdang. 
Kategori Larian:
  • Kategori 1 3KM Family Run
Kanak-Kanak (5 - 12 Tahun sahaja)
Harga tiket RM30
  • Kategori 2 3KM Family Run
Terbuka (13 Tahun & ke atas)
Harga tiket RM50
Harga diskaun pendaftaran awal RM40
  • Kategori 3 5KM Fun Run
Terbuka (13 Tahun & ke atas)
Harga tiket RM55
Harga diskaun pendaftaran awal RM40

  • Kategori 4 5KM Larian Maya 
Harga tiket RM40
Harga diskaun pendaftaran awal RM35

Larian Maya 5km akan membolehkan peserta yang berada di luar Lembah Klang untuk turut serta.Pendaftaran kini dibuka dan diskaun awal diberikan kepada mereka yang mendaftar awal sebelum 11 Jun 2023.

Peserta yang mendaftar akan memperolehi Fun Run Pack yang mengandungi Bib, E-Bib (peserta virtual run sahaja), Tshirt larian, Medal Penamat, Goodies dan Sijil-E.

Poster rasmi

Sebagai alternatif, anda juga boleh mendaftar dengan mengimbas kod QR Guardian Fun Run di semua platform media sosial Guardian, lama web, dan stor dalam talian, atau muat turun aplikasi digital ‘HEYJOM’ pada Apple App atau Google Play untuk mendaftar.

Untuk butiran lanjut tentang Fun Run boleh didapati di https://www.heyjom.com/events/359.

“Sebagai menepati misi Guardian untuk membantu pelanggan untuk hidup sihat dan indah, setiap hari, kami telah menetapkan yuran pendaftaran yang sangat berpatutan untuk para peserta, pada harga maksimum RM60 untuk pelari dewasa, yang akan turut menerima beg hadiah berisi produk bernilai RM150 pada hari Larian. Kami berharap ramai rakyat Malaysia dan keluarga mereka yang prihatin dengan kesihatan akan mengambil bahagian dalam Guardian Fun Run kami. Bawa seisi keluarga anda dan ciptalah pengalaman menggembirakan dan penuh bermakna di acara ini. Pendaftaran ditutup pada 31 Julai 2023 jadi jangan buang masa, daftar sekarang. Jumpa anda di sana September ini,” kata Teo mengakhiri.

Sedikit review Guardian Fun Run 2022 yang lepas, acara lepas meriah dengan penganjuran banyak khemah penaja. Ada jualan murah, permainan dan hadiah percuma buat pelanggan di setiap khemah. Hari tu sahaja siap berbeg-beg dapat hadiah percuma. Jangan risau, ada khemah berjaga percuma untuk meletakkan barang-barang kita agar kita tak perlu nak angkat barang banyak-banyak ketika larian.

Selain itu, makanan percuma ada, minuman percuma dengan kehadiran trak minimum Milo, Nescafé dan sebagainya turut disediakan. Ditambah lagi dengan trak jualan makanan dan minuman tambahan. Jadi tak perlu risau tentang lapar dan dahaga. Semuanya pun halal.

Tandas mencukupi. Tengah-tengah laluan pun ada tandas. Istimewanya, akan ada beberapa prop bergambar yang diletakkan di laluan larian. Jadi, boleh ambil gambar untuk kenangan. Seperti biasa juga, akan ada stesen air, stesen kecemasan, rondaan dan sebagainya. Tak perlu risau kerana acara dilakukan penuh profesional.

Waktu habis larian, peserta diberi makanan dan minuman serta medal penamat. Lebih menarik lagi siap ada persembahan DJ! Meriah sungguh! Lepas tu, ada cabutan bertuah yang sangat banyak. Ada yang menang produk penaja, e-skuter, basikal, penapis udara dan macam-macam lagi lah. Jadi jangan balik awal ya! 

Kalau anda risau mengenai tempat letak kereta dan surau, ada disediakan. Tempat letak kereta pun tak jauh. Banyak lagi. Lagi pun Guardian janjikan Guardian Fun Run 2023 lebih besar dan meriah, apa lagi, jom ikut serta!

Facebook: @Guardianmy
Instagram: @Guardianmy
YouTube: @Guardian MY
Telegram: @GuardianMY

#GuardianMYApp
#guardianMy

Saturday, 6 May 2023

Kempen 1 Million Happy Members Sushi King Tawar Hadiah Sehingga RM1 Juta!

KUALA LUMPUR, 5 Mei 2023 – Sushi King merupakan rangkaian kedai makan sushi Jepun terbesar di Malaysia! Kini Sushi King mempunyai sejuta ahli dalam program kesetiaan melalui aplikasi Sushi King mereka setakat Mac 2023. Untuk menunjukkan penghargaan kepada pelanggan setia mereka terutama ahli program kesetiaan yang digelar Happy Members, Sushi King melancarkan kempen 1 Million Happy Members. Kempen ini merupakan kempen putar dan menang dengan hadiah menarik sehingga berjumlah RM 1,000,000 dari 1 hingga 31 Mei 2023.

Poster kempen

Program kesetiaan Sushi King ini dilancarkan pada Januari 2019 yang membolehkan Happy Members mengumpul dan menebus mata ganjaran yang diberi nama Smile Points. Selain itu, Happy Members juga boleh mendapatkan ganjaran hari jadi, kejutan ganjaran, setem Smile, penghebahan promosi terkini dan banyak lagi melalui program ini melalui aplikasi Sushi King.

Paparan aplikasi Sushi King

Dengan pencapaian sejuta ahli, ini membuktikan penerimaan terhadap Sushi King dan budaya makanan Jepun semakin besar. Oleh itu kempen ini juga merupakan salah satu cara Sushi King menunjukkan rasa berterima kasih kepada semua ahli yang menjadikan Sushki King sebagai ‘Happy Sushi Place’. Sebagai tambahan, Sushi King komited dalam menyediakan makanan Jepun berkualiti dan pengalaman terbaik kepada semua.

Encik Hiroki Mori, Pengarah Urusan Sushi King Sdn.Bhd berkata, “Pencapaian sejuta Happy Members ini adalah mustahil tanpa sokongan berterusan daripada pelanggan, kami berasa rendah diri dan berterima kasih sekali. Melalui kempen ini, kami berharap agar dapat memberi balik pengalaman lebih istimewa kepada mereka.”

“Di Sushi King, kami berasa bangga menjadi sebahagian daripada kehidupan pelanggan yang berkongsi semangat yang sama terhadap makanan Jepun bersama sejuta Happy Members. Matlamat kami ialah untuk memberi khan kegembiraan dan senyuman kepada ahli kami dengan pelbagai inisiatif dalam program kesetiaan kami. Sempena menyambut pencapaian ini, kami memandang kehadapan untuk menjamu pelanggan kami dengan pelbagai promosi menarik, menu baharu dan pengalaman makan yang seronok di Sushi King selayaknya bagi mereka”, sambungnya lagi.

Penyertaan dan hadiah kempen putar dan menang 1 Million Happy Members adalah seperti di bawah:

Hadiah kempen 1 Million Happy Members:

1) Trip ke Jepun
2) Telefon Oppo N2 Flip
3) Apple Watch SE
4) 600,000 jumlah Smile Points
5) Dan banyak lagi!

Cara penyertaan putar dan menang 1 Million Happy Members:

1) Muat naik aplikasi Sushi King
2) Daftar menjadi ahli Happy Members
3) Belanja minimum RM 50 dalam satu resit
4) Ahli dapat peluang putar dan menang
5) Buat putar dan menang di aplikasi!

Anda boleh memuat naik aplikasi Sushi King di Google Play Store, Apple App Store dan Huawei App Gallery. Kempen ini sudah pun berlangsung 1 Mei lepas dan akan berlanjutan hingga hujung bulan Mei ni. Jadi, kena pergi segera!

Maklumat lanjut:

Laman web rasmi: www.sushi-king.com

Facebook: www.facebook.com/sushikingasia

Instagram: www.instagram.com/sushikingmalaysia