Sunday, 13 October 2024

guardian Sambut Ulang Tahun Ke-57, Pink October, Pelancaran Jenama Eksklusif Baharu dan Promosi Menarik Diskaun 57%

Petaling Jaya, 10 Oktober 2024: guardian Malaysia meraikan ulang tahun ke-57 operasinya dengan pelbagai aktiviti yang memantapkan komitmennya terhadap kecantikan dan kesejahteraan rakyat Malaysia. Antara aktiviti yang dilaksanakan termasuk:


  • Kempen Pink October dijayakan secara kolaborasi bersama Kundal dan Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) untuk meningkatkan kesedaran, memperluaskan akses, di samping menggalakkan penglibatan masyarakat dalam perjuangan menentang kanser payudara.
  • Pelancaran jenama kecantikan dan kesejahteraan eksklusif baharu di stor-stor guardian Malaysia di seluruh negara dan dalam talian, yang bakal disusuli dengan acara kemuncak rasmi akhir bulan ini di guardian The Exchange TRX bagi meraikan tawaran baharu yang menarik ini.
  • Promosi eksklusif diskaun 57% untuk pembelian item kedua untuk lebih 3,000 produk, ditawarkan di stor fizikal dan dalam talian sepanjang bulan ini.
Melalui inisiatif ini, guardian Malaysia menyasarkan untuk mengingatkan dan menggalakkan orang ramai untuk mengutamakan kesejahteraan dan kecantikan diri mereka.

Anna Ng, Pengarah Pemasaran guardian Malaysia, menegaskan:

“Kecantikan luaran dan kesejahteraan dalaman menuntut penjagaan secara harian. Ini termasuk pengetahuan tentang apa yang baik untuk anda dan kemampuan untuk mengakses ‘pilihan produk kecantikan dan kesejahteraan yang tepat’.”

Pink October: guardian Malaysia Pertingkat Perjuangan Menentang Kanser Payudara

Kanser payudara kekal sebagai kanser #1 yang menjejaskan kaum wanita di Malaysia, dengan 1 dalam 19 wanita yang didiagnosis. Disebabkan faktor kurangnya kesedaran dan kadar pengesanan awal yang rendah - terutamanya di kalangan isi rumah berpendapatan rendah - hampir separuh daripada kes hanya disahkan pada peringkat akhir (Peringkat 3 dan 4).

Ini mengakibatkan kadar survival 5 tahun yang rendah iaitu 66.8%, di mana ia lebih rendah berbanding negara-negara Asia lain seperti Singapura (79%), Korea Selatan (92.6%), dan Jepun (96.2%).

Pengesanan awal adalah penting dalam memerangi kanser payudara. Dengan kerjasama bersama Kundal dan Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM), guardian Malaysia akan memperkenalkan kit pemeriksaan payudara Pink Glove eksklusif.


Kit ini mengandungi sarung tangan gosok dengan langkah-langkah pemeriksaan sendiri, dua botol mandian badan, dan satu skrub badan, dijual pada harga RM23.88.

Untuk setiap kit Pink Glove yang terjual, sebahagian daripada hasil jualan akan disumbangkan kepada NCSM bagi menyokong usaha-usaha pendidikan, kesedaran, dan program pengesanan awal kanser payudara.

Selain itu, 10,000 kit Pink Glove akan diedarkan oleh NCSM kepada wanita yang kurang berkemampuan di seluruh Malaysia.

Dr. Murallitharan Munisamy, Pengarah Urusan NCSM, berkata:

“Kami berterima kasih kepada guardian Malaysia di atas usaha untuk menambahbaik akses kepada pemeriksaan sendiri kanser payudara. Kit Pink Glove, yang digabungkan dengan kempen kesedaran, sumbangan, dan agihan kepada wanita kurang berkemampuan, menawarkan pendekatan yang holistik dalam menangani kanser payudara merentasi semua demografi.”

Sepanjang bulan Pink October, guardian akan menjalankan kempen digital bagi meningkatkan kesedaran orang ramai tentang pengesanan awal, termasuk video oleh Dr. Tan Gie Hooi, Pakar Bedah Payudara & Onkoplastik, mengenai kepentingan pengesanan awal.

Selain itu, NCSM akan menganjurkan sesi informatif mengenai kesedaran kanser payudara di guardian The Exchange TRX dari 21 hingga 27 Oktober 2024, diikuti dengan kempen pendidikan dan saringan yang menyasarkan komuniti kurang berkemampuan di Program Perumahan Rakyat (PPR) Hiliran Ampang.

Istimewa Oktober: Pelancaran Jenama Eksklusif Baharu di guardian Malaysia

“guardian Malaysia terus memilih susun jenama kecantikan dan kesejahteraan terbaik untuk pelanggan kami. Sebagai sebahagian daripada sambutan ulang tahun ke-57, kami akan melancarkan lebih daripada 20 jenama baharu dan eksklusif bulan ini,” tambah Anna.

Jenama-jenama baharu ini akan tersedia di stor fizikal dan dalam talian mulai minggu pertama bulan Oktober 2024.

Parti Ulang Tahun Oktober: Diskaun 57% - Untuk Bulan Ini Sahaja!

Bagi meraikan ulang tahun ke-57, guardian menawarkan diskaun 57% untuk item kedua untuk lebih 3,000 produk terpilih sepanjang bulan Oktober 2024.

Maklumat mengenai produk yang ditawarkan boleh didapati secara dalam talian di e-katalog guardian baharu atau melalui aplikasi dan eStore guardian di www.guardian.com.my.

Sebagai reaksi terhadap permintaan yang semakin meningkat untuk pembelian dalam talian, guardian Malaysia juga dengan bangganya mengumumkan pelancaran e-katalog baharunya - cara yang lebih mudah dan menarik untuk pelanggan meneroka pelbagai rangkaian produk kesihatan dan kecantikan kami.

E-Katalog interaktif ini direka untuk meningkatkan pengalaman melayari, menjadikannya lancar dan mesra mudah alih. Dengan penampilan yang segar dan moden, e-katalog ini menampilkan elemen interaktif di samping menghubungkan pengguna secara langsung ke platform e-dagang Guardian untuk pembelian yang mudah dan tanpa masalah.


“Ini merupakan bulan yang mengujakan buat pelanggan kami! Kami mengajak semua orang untuk meraikan ulang tahun kami dengan menikmati produk hebat pada nilai yang tiada tandingan, di samping menyokong kempen kesedaran kanser payudara kami bersama NCSM. Kami berharap kejayaan dalam memupuk kecantikan dan kesejahteraan rakyat Malaysia ini kekal untuk 57 tahun lagi,” jelas Anna mengakhiri.

Tuesday, 1 October 2024

CHILDREN’S DAY FESTIVAL 2024 DI ROYALE CHULAN SEREMBAN

1 Oktober 2024 – Hari Kanak-Kanak disambut pada bulan November setiap tahun. Seiring dengan itu, Hotel Royale Chulan Seremban akan menganjurkan acara menarik selama 2 hari pada 9 & 10 November (Sabtu dan Ahad). Pihak Hotel Royale Chulan Seremban akan menyediakan aktiviti dan pertandingan yang menyeronokkan untuk kanak-kanak dan juga ibu bapa penjaga pada hari tersebut iaitu Children’s Day Festival 2024.


Children’s Day Festival 2024


Acara tahunan yang dianjurkan Hotel Royale Chulan akan bermula dari hari Sabtu, 9 November dan berakhir pada hari Ahad, 10 November 2024. Acara ini bertujuan untuk memberi kanak-kanak aktiviti penuh keseronokan dan pertandingan yang mengasyikkan sepanjang dua hari ini.

Pada acara ini juga, jenama Bzu Bzu, yang terkenal dengan produk penjagaan rumah dan peribadi semulajadi akan mengagihkan 2,000 buah tangan kepada semua kanak-kanak yang hadir acara tersebut.

Pertandingan Children’s Day Festival 2024

Pelbagai pertandingan akan diadakan di Seri Negeri Ballroom 1 iaitu pertandingan mewarna, pertandingan tarian, pertandingan menyanyi, dan pertunjukan fesyen. 


Pemenang dalam setiap pertandingan ini berpeluang untuk memenangi hadiah menarik seperti:

Tempat Pertama
Hadiah bernilai RM400
Wang tunai sebanyak RM500 dari SSPN PTPN
Trofi
Sijil
4x Tiket Taman Tema Legoland Malaysia bernilai RM800

Tempat Kedua
Hadiah bernilai RM300
Wang tunai sebanyak RM400 
dari SSPN PTPN
Trofi
Sijil
2x Tiket Snowlim Wonderland Malaysia

Tempat Ketiga
Hadiah bernilai RM300
Wang tunai sebanyak RM300 
dari SSPN PTPN
Trofi
Sijil
2x Tiket Snowlim Wonderland Malaysi

Saguhati kepada semua peserta
Tanda pengahargaan
Sijil penyertaan

Yuran penyertaan akan dikenakan untuk pertandingan bermula daripada RM25 untuk setiap kanak-kanak. Yuran tersebut juga termasuk hidangan makanan peserta kanak-kanak.

Aktiviti Menarik, Bengkel dan Pertandingan - Lego, Pusat Catur Negeri Sembilan, Restoren Han Pi Yuen, Royale Chulan Seremban dan Banyak Lagi!

Pertandingan Lego bersama BrickMatrix

BrickMatrix, yang terkenal dengan penganjuran pertandingan Lego utama di seluruh Malaysia akan mengadakan pertandingan Lego pertama di Negeri Sembilan di Seri Negeri Ballroom 2 menjangkakan lebih 500 peserta setiap hari.

Pendaftaran adalah RM5 bagi setiap peserta, dan pertandingan ini terbuka kepada semua kanak-kanak, remaja, ibu bapa dan penjaga. Peserta akan bersaing untuk berpeluang memenangi salah satu daripada 18 hadiah kotak Lego!

Sumber: KidsNews

Kejohanan Catur oleh Pusat Catur Negeri Sembilan

Pusat Catur Negeri Sembilan akan menganjurkan kejohanan catur selama dua hari di Ballroom 3 dan terbahagi kepada dua acara.

Sumber: Irish Chess Union

1. Acara pada 9 November terbuka kepada kanak-kanak hingga 12 tahun
2. Kejohanan pada 10 November mengalu-alukan peserta dari semua peringkat umur, termasuk orang dewasa.

Trofi akan diberikan kepada pemenang pada kedua-dua hari.

Bengkel Pastri dikelola Restoren Han Pi Yuen, Royale Chulan

Bagi bakers muda yang bercita-cita tinggi, kunjungi Han Pi Yuen Restaurant untuk bengkel membuat kek yang menarik yang diketuai oleh chef pastri kami.

Restoren Han Pi Yuen yang terletak di level
Mezzanine Hotel Royale Chulan, Seremban

Bengkel ini terbuka kepada kanak-kanak berumur 6 hingga 12 tahun, dengan harga RM49.90 setiap kanak-kanak dan termasuk peralatan baking, apron, topi chef, buku resipi, dan hidangan yang lazat serta berkhasiat yang disediakan khas oleh pasukan chef kami.

Aktiviti lain yang menarik boleh disertai

Sepanjang dua hari acara, keluarga boleh menikmati pelbagai aktiviti, termasuk istana inflatable oleh Kiddytopia, pertunjukan magic, pencarian harta karun, kemunculan badut dengan seni belon, seni pasir, lukisan wajah, seni henna, pameran replika haiwan oleh PERHILITAN, dan paparan menarik dari bomba Seremban yang memaparkan jentera bomba dan uniform mini untuk kanak-kanak, serta aktiviti melukis batik!

Juga ada cabutan bertuah setiap jam untuk orang ramai termasuk untuk orang dewasa. Maka ibu bapa, penjaga dan anak remaja juga boleh turut serta pada festival kali ini.

Pusat Sehenti – Pelbagai Produk dan perkhidmatan

Vendor daripada pelbagai sektor, termasuk pendidikan, hobi, dan institusi kewangan seperti PTPN, Tabung Haji, dan Prudential, serta kedai buku seperti Popular dan Sinaran juga turut membuka kiosk yang boleh dikunjungi oleh ibu bapa, penjaga dan kanak-kanak.

Menambah nilai kepada Festival ini, KPJ Seremban Specialist Hospital akan mempunyai pasukan profesional perubatan yang berdedikasi di lokasi, menawarkan perkhidmatan percuma untuk kanak-kanak, ibu bapa dan penjaga seperti:

Sumber: FB KPJ Seremban Specialist Hospital Official

* Saringan Kesihatan Percuma (Tekanan Darah, BMI, Glukosa)
* Analisis Lemak Badan oleh Pakar Pemakanan
* Penilaian Kebersihan Tangan yang Menyeronokkan bersama Pasukan Kawalan Jangkitan
* Saringan Pertuturan oleh Ahli Terapi Pertuturan dan Saringan Pendengaran oleh Ahli Audiologi.
* Kehadiran maskot rasmi KPJ, Dr. Kiki.

Kanak-kanak juga akan mendapat pemeriksaan tambahan secara percuma, termasuk pemeriksaan gigi oleh Dr. Smile Dental Seremban 2 dan saringan mata oleh Optimax Eye Specialist Seremban.

Jom kunjungi Festival Kanak-Kanak di Royale Chulan Seremban dan Daftar sekarang

Untuk mendaftar mana-mana pertandingan/pertandingan, bengkel dan kejohanan, ibu bapa dan penjaga boleh mendaftar anak mereka dengan mudah dengan mengimbas kod QR yang disediakan atau boleh tekan pautan ini untuk ke borang pendaftaran google form.

Adalah sangat digalakkan agar ibu bapa dan penjaga untuk mendaftar lebih awal kerana tempat adalah terhad serta pendaftaran secara ‘walk-in’ pada hari pendaftaran tidak diterima. Untuk melihat tatacara penuh program boleh lihat di pautan flipbook ini.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Royale Chulan Seremban melalui WhatsApp di 016 920 9880 atau 06-766 6666, atau emel di enquiry.rcs@royalechulan.com.

Jom raikan kanak-kanak dengan beri pengalaman yang penuh bermakna kepada mereka di Royale Chulan Seremban November ini!

Monday, 23 September 2024

Sate dan Gril Abang J Dari Sabah Kini Di AEON Malaysia

KUALA LUMPUR, 21 September – Abang J, jenama sate dan grik halal premium dari Sabah terkenal dengan rasa autentik Sabah telah melancarkan rangkaian produk sedia untuk dimasak di AEON Mall Cheras Selatan dengan majlis yang sangat intim.

Majlis pelancaran turut dihadiri oleh Yang Mulia Paduka Puteri Tunku Mariamz bte Al-Marhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj sebagai tetamu kehormat untuk menyokong Dato Koh Chung Jade selaku Pengarah Urusan Jetsin Sdn Bhd serta pengasas visi Abang J. Baginda dan Datuk Koh, sebelum ini juga sering berkongsi komitmen terhadap tanggungjawab sosial korporat (CSR), bekerjasama dalam inisiatif yang memartabatkan komuniti tempatan.

Buat julung kali, produk Abang J memasuki pasaran Semenanjung Malaysia. Ini merupakan satu pencapaian penting bagi jenama ini setelah mengukuhkan kedudukan sebagai pelopor produk sedia untuk dimasak Halal di Sabah. Adalah impian Abang J juga untuk memasarkan produk-produk yang ada melalui AEON Malaysia. Ini membolehkan jenama ini mencapai pelanggan yang lebih luas serta memenuhi visi untuk membawa rasa autentik Sabah ke rumah-rumah di seluruh negara.

Semasa pelancaran, Abang J mempamerkan pelbagai produk sedia untuk dimasak, termasuk Satay Series (ayam, daging lembu, dan kambing), Sayap Ayam Madu, dan Chop Kambing Premium. Dihasilkan daripada bahan terbaik, produk ini menawarkan cara yang mudah dan sedap untuk merasai rasa kaya dan autentik Sabah di dapur sendiri.

“Kami teruja untuk membawa produk sedia untuk dimasak kami ke AEON, ini dapat memudahkan keluarga menikmati rasa unik Sabah,” kata Datuk Koh Chung Jade.

“Mempunyai Yang Mulia Paduka Puteri Tunku Mariamz bersama kami untuk pelancaran hari ini adalah satu penghormatan yang luar biasa, dan sokongannya, bersama nilai-nilai CSR yang kami kongsi, telah memainkan peranan penting dalam perjalanan kami,” tambahnya lagi.


Majlis pelancaran yang disertakan dengan pameran bergerak di AEON Mall Cheras Selatan mendapat satu sambutan meriah dengan pemberian sampel produk dan promosi eksklusif untuk pelanggan yang berkunjung.

Produk Abang J

Produk Abang J ni merangkumi sate ayam, sate daging, sate kambing, kambing bakar, ayam madu bakar, bakso, oden asli, oden pedas dan tomyam pedas. Namun buat pasaran semenanjung Malaysia, Abang J memperkenalkan sate sebagai produk utama dengan didampingi oleh kambing bakar dan ayam madu bakar.

Produk adalah seperti berikut:

Produk Abang J yang boleh didapati di AEON Malaysia

Review

Bagi siapa yang pernah merasai sate Sabah, sate Sabah ni antara sate paling 'juicy'. Bukan jenis sate yang jual isi semata-mata. Isi sate ni jenis lembut je. Jadi orang tak ada gigi sangat pun boleh nikmati sate Sabah. Ikutkan saya, saya sendiri akan letak sate Sabah nombor satu dari segi kelembutan sate itu.

Rasa sate Sabah dan kuah kacang Sabah ni lebih ke arah manis sebenarnya. Bagi yang kurang gemar rasa manis seperti saya, rasa sate Abang J ni masih boleh diterima cuma kuah yang sedia ada tu memang nak tak nak, saya akan campur cili dan garam bagi pedas masin sikit sebab terlalu manis bagi saya. Nasib baik kuah kacang Abang J ni jenis pekat, sedap bila cicah dengan sate.

Sate ni kalau boleh, bakar atas arang. Lagi baru boleh rasa autentik sate Sabah tu. Masak lama-lama sikit pun tak akan kering tau. Rahsianya? Abang J guna peha ayam lah. Sebab tu kekal 'juicy' walaupun panggang lama sikit.

Antara ketiga-tiga sate ayam, sate kambing dan sate daging, saya lebih gemar sate daging. Sate daging lembut tak liat langsung dan tak semanis sate jenis lain!

Sampel percuma produk Abang J di AEON Cheras Selatan

Oh sebelum tu, saya juga sempat merasa kambing bakar Abang J. Kambing bakar Abang J ni pun boleh tahan sebab perapan lada hitam tak cair dan tak terlalu kuat sampai hidung berangin. Cukup seimbang. Namun masih ada manis-manis juga lah.

Secara keseluruhan, produk Abang J ni sedap-sedap. Harga pula saya rasakan agak berpatutan memandangkan penggunaan bahan yang premium serta isi pula berat. Berbaloi untuk dicuba!

Dapatkan di AEON Malaysia

Sate dan gril Abang J kini tersedia di kedai AEON Malaysia di seluruh negara kecuali AEON Kuching. Dapatkan juga promosi pengenalan sehingga 30hb September ini di semua AEON Malaysia kecuali Ipoh Falim, United Point, Danga (JB) dan Kuching Sentral serendah RM15.90 sepaket.

Promosi pengenalan sehingga 30hb September

Lihat juga video Tiktok sekitar pelancaran Abang J di AEON Mall Cheras Selatan baru-baru ini di bawah:
@zandra.zane Sate dan gril autentik rasa Sabah Abang J ada di AEON Malaysia. Ada promosi pengenalan sehingga 30hb September ni tau!😘 Review penuh di https://thirteenpersona.blogspot.com/2024/09/review-sate-dan-gril-abang-j-sabah-di-aeon-malaysia.html 🙌🏻 @AEON Malaysia @dboystudio #aeonretailmalaysia #AbangJ #SatayAbangJ #Sate #KambingPerap #AyamMadu #MakananSabah ♬ as production Upbeat Funk Music - asproductionmusic


Jom dapatkan sate dan gril halal dan autentik Sabah Abang J di AEON Malaysia sekarang!

Friday, 13 September 2024

GET.SET.GLOW! Festival kesejahteraan di One Utama yang menyeluruh.

Petaling Jaya, 10 September 2024: 


September 2024 telah dipilih oleh guardian Malaysia sebagai bulan Get.Set.Glow!, bulan khas bagi meraikan dan memupuk segalanya tentang kesejahteraan melalui:

• Tawaran di stor dan perkhidmatan farmasi
• Promosi eStore, pertandingan dan rebat
• Siri YouTube #MYWellbeingMatters dan podcast yang menampilkan pakar kesihatan
• Festival kesejahteraan selama seminggu

Get.Set.Glow! bertujuan untuk membantu rakyat Malaysia memahami kepentingan kesejahteraan dan memupuk budaya penjagaan kesihatan berlandaskan pencegahan serta penjagaan kesejahteraan. Anna Ng, Pengarah Pemasaran guardian Malaysia, berkata: “Kesejahteraan adalah perkara yang ‘penting’ bagi semua orang. Ini termasuklah kemampuan untuk mengakses tawaran produk kesejahteraan terpilih yang ideal disertai panduan daripada pakar yang tepat.”


Dalam kempen ini, guardian telah memilih untuk bekerjasama dengan pakar-pakar berikut, yang merupakan pakar perubatan dalam bidang masing-masing, untuk bercakap tentang topik-topik kesejahteraan utama di YouTube yang boleh diakses oleh rakyat Malaysia di seluruh negara:

• Dr Gayethri Chokalingam, Pakar Perubatan Dalaman
• Dr Kenny Chen, Pakar Bedah Kardiotorasik
• Dr Wong Yee Ming, Pakar Pediatrik
• Dr Arunan Periasamy, Pakar Pediatrik

Selain daripada siri ceramah oleh pakar kesihatan di YouTube, rakyat Malaysia juga boleh berbual dengan ahli farmasi di kawasan kediaman mereka. Ahli farmasi di stor-stor guardian di seluruh negara mempunyai kepakaran yang tepat untuk menjawab kekeliruan pelanggan mengenai gula darah, tekanan darah serta pengurusan berat badan dan membimbing mereka untuk kekal sihat.

“Kami di guardian, menyedari kepentingan kesejahteraan yang semakin meningkat, juetsru memilih hashtag #MYWellbeingMatters,” tambah Anna.

Kepentingan Kesejahteraan yang Meningkat dalam Kalangan Rakyat Malaysia

Berdasarkan Tinjauan Keutamaan Kesihatan Asia-Pasifik 2023, 79% rakyat Malaysia lebih prihatin terhadap kesihatan selepas pandemik. Dalam tinjauan tersebut, 60% mencari penambahbaikan dalam kesihatan keseluruhan. Ini ditunjukkan melalui keinginan untuk tabiat makan yang lebih sihat (52%), kecergasan (50%), kesejahteraan mental (50%) dan imuniti yang lebih baik (49%).

“Keputusan tinjauan dengan jelas menunjukkan bahawa rakyat Malaysia dari pelbagai lapisan masyarakat melihat keperluan untuk kesejahteraan holistik. Kami di guardian Malaysia memahami kehendak anda dan kami percaya kempen Get.Set.Glow! selama sebulan ini adalah pemangkin yang tepat untuk anda memulakan perjalanan ke arah kesejahteraan,” kata Anna.

Apa yang menginspirasikan Get.Set.Glow!?


Kempen ini telah diinspirasikan dan dipandu oleh visi guardian Malaysia ‘Memupuk Kesejahteraan Diriku’. Menjelaskan maksudnya, Anna berkata:

“Sebagai syarikat, kami percaya dengan pendekatan kesihatan dan kesejahteraan holistik yang merangkumi keperluan minda, tubuh dan jiwa supaya rakyat Malaysia dari semua peringkat usia dapat menjadi versi terbaik diri mereka untuk masyarakat di sekeliling mereka.”

Jom ke Festival Kesejahteraan Get.Set.Glow!

Selain daripada promosi kesejahteraan di stor dan tawaran dalam talian, ceramah dan perkhidmatan sepanjang bulan September 2024, Festival Kesejahteraan Get.Set.Glow! juga akan diadakan untuk penduduk di Lembah Klang.

Festival kesejahteraan ini adalah acara awam percuma yang dijadualkan bermula dari 10 hingga 16 September 2024 di Pusat Membeli-Belah 1Utama. Ia menghubungkan jenama kesejahteraan terbaik yang dipilih susun oleh guardian Malaysia dengan orang ramai, merangkumi 5 kategori berikut:

• Gaya Hidup & Kesejahteraan
• Pemangkin Kesihatan
• Kecantikan Dalaman
• Penuaan Secara Sihat
• Kanak-kanak

Selain daripada jenama kesejahteraan terkini, festival selama seminggu ini akan menampilkan penceramah dan pelatih merentasi pelbagai bidang latihan utama, yoga dan kesedaran, nutrisi dan diet, dan lain-lain. Secara keseluruhannya, terdapat 28 sesi kesejahteraan merangkumi senaman, bengkel, kelas dan juga Glow Walk sepanjang 3 km.


Kebanyakan aktiviti akan diadakan di Oval Atrium 1Utama dari 10 hingga 16 September 2024. Program kecergasan dan senaman terpilih akan diadakan di Celebrity Fitness 1Utama manakala Secret Garden bakal menjadi Mindful Studio dan Central Park pula akan menjadi lokasi Glow Walk.

Butiran penuh kempen dan pendaftaran untuk pelbagai jenis program kesejahteraan boleh didapati di: https://www.heyjom.com/event/GuardianGet.Set.Glow!WellbeingFestival2024.

“Tempat adalah terhad untuk sesi senaman, bengkel dan kelas, jadi jom daftar sekarang dan ayuh kita mulakan langkah untuk memupuk kesejahteraan diri dengan Get.Set.Glow!” kata Anna.

Tonton juga video kemeriahan di GET.SET.GLOW! guardian di bawah:
@zandra.zane ✨ GET.SET.GLOW! Guardian Wellbeing Festival – a festival full of activities and health promotions! 🌟 This public festival is very exciting because it features: • Free exciting activities: Music Boxing, Coloring, Shooting, and more • Various free health screenings • Great offers at stores, pharmacies, and fitness gyms • Promotions, competitions, and instant rebates for 5 categories: Lifestyle, Catalyst, Beauty, Aging, and Children • YouTube series #MYWellbeingMatters and podcasts played throughout the festival • 28 wellness sessions including workouts, workshops, classes, and a 3 km Glow Walk I’ve already enjoyed a fun Zumba session and can’t wait for the Glow Walk 3KM on Sunday morning! 🥳 Want to know more about the activities and register? Visit this link: https://www.heyjom.com/event/GuardianGet.Set.Glow!WellbeingFestival2024 Invite your friends, kids, and family during the school holidays. See you there! 🥳 GET.SET.GLOW Guardian Wellbeing 2024 🏬: LG Oval, New Wing, One Utama Mall, Bandar Utama, PJ 🗓️: September 10 - 16 🕐: 10am-10pm @guardian Malaysia #guardianMy #guardianMalaysia #MYWellbeingMatters #guardiangetsetglow #guardianglowsquad ♬ original sound - zandra.zane