Monday 23 September 2024

Sate dan Gril Abang J Dari Sabah Kini Di AEON Malaysia

KUALA LUMPUR, 21 September – Abang J, jenama sate dan grik halal premium dari Sabah terkenal dengan rasa autentik Sabah telah melancarkan rangkaian produk sedia untuk dimasak di AEON Mall Cheras Selatan dengan majlis yang sangat intim.

Majlis pelancaran turut dihadiri oleh Yang Mulia Paduka Puteri Tunku Mariamz bte Al-Marhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj sebagai tetamu kehormat untuk menyokong Dato Koh Chung Jade selaku Pengarah Urusan Jetsin Sdn Bhd serta pengasas visi Abang J. Baginda dan Datuk Koh, sebelum ini juga sering berkongsi komitmen terhadap tanggungjawab sosial korporat (CSR), bekerjasama dalam inisiatif yang memartabatkan komuniti tempatan.

Buat julung kali, produk Abang J memasuki pasaran Semenanjung Malaysia. Ini merupakan satu pencapaian penting bagi jenama ini setelah mengukuhkan kedudukan sebagai pelopor produk sedia untuk dimasak Halal di Sabah. Adalah impian Abang J juga untuk memasarkan produk-produk yang ada melalui AEON Malaysia. Ini membolehkan jenama ini mencapai pelanggan yang lebih luas serta memenuhi visi untuk membawa rasa autentik Sabah ke rumah-rumah di seluruh negara.

Semasa pelancaran, Abang J mempamerkan pelbagai produk sedia untuk dimasak, termasuk Satay Series (ayam, daging lembu, dan kambing), Sayap Ayam Madu, dan Chop Kambing Premium. Dihasilkan daripada bahan terbaik, produk ini menawarkan cara yang mudah dan sedap untuk merasai rasa kaya dan autentik Sabah di dapur sendiri.

“Kami teruja untuk membawa produk sedia untuk dimasak kami ke AEON, ini dapat memudahkan keluarga menikmati rasa unik Sabah,” kata Datuk Koh Chung Jade.

“Mempunyai Yang Mulia Paduka Puteri Tunku Mariamz bersama kami untuk pelancaran hari ini adalah satu penghormatan yang luar biasa, dan sokongannya, bersama nilai-nilai CSR yang kami kongsi, telah memainkan peranan penting dalam perjalanan kami,” tambahnya lagi.


Majlis pelancaran yang disertakan dengan pameran bergerak di AEON Mall Cheras Selatan mendapat satu sambutan meriah dengan pemberian sampel produk dan promosi eksklusif untuk pelanggan yang berkunjung.

Produk Abang J

Produk Abang J ni merangkumi sate ayam, sate daging, sate kambing, kambing bakar, ayam madu bakar, bakso, oden asli, oden pedas dan tomyam pedas. Namun buat pasaran semenanjung Malaysia, Abang J memperkenalkan sate sebagai produk utama dengan didampingi oleh kambing bakar dan ayam madu bakar.

Produk adalah seperti berikut:

Produk Abang J yang boleh didapati di AEON Malaysia

Review

Bagi siapa yang pernah merasai sate Sabah, sate Sabah ni antara sate paling 'juicy'. Bukan jenis sate yang jual isi semata-mata. Isi sate ni jenis lembut je. Jadi orang tak ada gigi sangat pun boleh nikmati sate Sabah. Ikutkan saya, saya sendiri akan letak sate Sabah nombor satu dari segi kelembutan sate itu.

Rasa sate Sabah dan kuah kacang Sabah ni lebih ke arah manis sebenarnya. Bagi yang kurang gemar rasa manis seperti saya, rasa sate Abang J ni masih boleh diterima cuma kuah yang sedia ada tu memang nak tak nak, saya akan campur cili dan garam bagi pedas masin sikit sebab terlalu manis bagi saya. Nasib baik kuah kacang Abang J ni jenis pekat, sedap bila cicah dengan sate.

Sate ni kalau boleh, bakar atas arang. Lagi baru boleh rasa autentik sate Sabah tu. Masak lama-lama sikit pun tak akan kering tau. Rahsianya? Abang J guna peha ayam lah. Sebab tu kekal 'juicy' walaupun panggang lama sikit.

Antara ketiga-tiga sate ayam, sate kambing dan sate daging, saya lebih gemar sate daging. Sate daging lembut tak liat langsung dan tak semanis sate jenis lain!

Sampel percuma produk Abang J di AEON Cheras Selatan

Oh sebelum tu, saya juga sempat merasa kambing bakar Abang J. Kambing bakar Abang J ni pun boleh tahan sebab perapan lada hitam tak cair dan tak terlalu kuat sampai hidung berangin. Cukup seimbang. Namun masih ada manis-manis juga lah.

Secara keseluruhan, produk Abang J ni sedap-sedap. Harga pula saya rasakan agak berpatutan memandangkan penggunaan bahan yang premium serta isi pula berat. Berbaloi untuk dicuba!

Dapatkan di AEON Malaysia

Sate dan gril Abang J kini tersedia di kedai AEON Malaysia di seluruh negara kecuali AEON Kuching. Dapatkan juga promosi pengenalan sehingga 30hb September ini di semua AEON Malaysia kecuali Ipoh Falim, United Point, Danga (JB) dan Kuching Sentral serendah RM15.90 sepaket.

Promosi pengenalan sehingga 30hb September

Lihat juga video Tiktok sekitar pelancaran Abang J di AEON Mall Cheras Selatan baru-baru ini di bawah:
@zandra.zane Sate dan gril autentik rasa Sabah Abang J ada di AEON Malaysia. Ada promosi pengenalan sehingga 30hb September ni tau!😘 Review penuh di https://thirteenpersona.blogspot.com/2024/09/review-sate-dan-gril-abang-j-sabah-di-aeon-malaysia.html 🙌🏻 @AEON Malaysia @dboystudio #aeonretailmalaysia #AbangJ #SatayAbangJ #Sate #KambingPerap #AyamMadu #MakananSabah ♬ as production Upbeat Funk Music - asproductionmusic


Jom dapatkan sate dan gril halal dan autentik Sabah Abang J di AEON Malaysia sekarang!

No comments:

Post a Comment