Monday 25 September 2023

Review Filem Fanna & Tayangan Malam Gala

KUALA LUMPUR, 22 SEPTEMBER 2023 – Malam Gala Tayangan Perdana Filem Fanna telah berlangsung dengan meriah di Dadi Cinema bertempat di ibu negara dengan kehadiran para pelakon, pihak penggambaran, media dan tetamu yang lain.

Pelakon Utama bersama pengarah Filem Fanna.

Filem yang diterbitkan oleh JAGUAR LIM FILMS ini ingin membawa kelainan dengan mempamerkan aksi dunia pemotoran dalam kalangan wanita dan gangsterisme yang berkonsepkan mafia dengan selitan tema romantik aksi.

JAGUAR LIM FILMS & PRODUCTION (M) SDN BHD selaku penerbit dan METROWEALTH selaku pengedar menzahirkan setinggi ucapan terima kasih dan menghargai sokongan penuh yang diberikan oleh KEMENTERIAN KOMUNIKASI DAN DIGITAL ( KKD ) melalui PERBADANAN KEMAJUAN FILEM MALAYSIA ( FINAS ) atas DANA KANDUNGAN DIGITAL ( DKD ) demi memastikan FILEM FANNA dapat menemui penonton di pawagam dengan jayanya.

Pelakon utama yang menerajui filem Fanna ialah Syafie Naswip, Fify Azmi, Colleen Rosanna Augustin, Rashid Salleh, Andy Black Tan dan ramai lagi. Pemilihan pelakon yang pelbagai latar belakang, bangsa dan pengalaman turut memperlihatkan keunikkan filem berdurasi 87 minit ini.

Sinopsis Filem Fanna

Poster Rasmi Filem Fanna

Filem Fanna berkisarkan tentang Fanna, seorang gadis yang menghidap kanser, menemui cinta pertamanya dengan anak ketua kongsi gelap, Shafik. Malangnya cinta mereka mula berputik di penghujung nyawa Fanna apabila kansernya menyerang dengan lebih ganas. Shafik yang menyedari dia telah jatuh cinta kepada Fanna berusaha menyelamatkan diri daripada dibunuh akibat pergaduhan kongsi gelap yang tercetus. Keadaan menjadi lebih parah apabila Black, adik kepada ketua kumpulan saingan itu dibunuh sewaktu Shafik cuba menyelamatkan Fanna daripada diculik oleh Black. Menyedari bahaya yang menanti, Shafik dan Fanna melarikan diri ke tempat persembunyian di luar negara.

Review Filem Fanna (TANPA SPOILER)

Bila saya tonton filem ni, rasa pendek dan cepat habis. Idea cerita ni dah bagus, ada babak romantik gigit jari dan babak lawan yang ganas. Cukup la romantik dan aksi tu. Tak bosan nak tengok sebab ada selit lawak sana sini.

CUMA, bila tengok filem ni banyak zoom ke muka. Lepas tu bak kata pengarah, filem ni banyak kena potong sebab penapisan. Benda ni bagi tak seronok sebab banyak jalan cerita yang tiba-tiba dan buat saya tertanya-tanya. Harapnya dapat la tengok ‘director cut’ supaya lebih ada ‘kick’.

Jujur ya, tak nampak lah sukan pemotoran dalam cerita ni. Lepas tu cerita ni nama perempuan watak utama si Fanna, tapi saya lebih tertumpu pada si Syafik. Bagi saya Syafie Naswip bawa watak macam ni pun elok juga. Watak Fanna awal-awal je kuat lepas tu terus beralih kepada Syafik.

Cerita ni tengok ringan-ringan boleh layan. Banyak isi tak ada. Mesej pun tak tau apa. Sinopsis kurang sangat berkait. NAMUN saya tetap pujuk semua tengok sebab Syafie Naswip dan Collen berlakon dan ada beberapa babak yang seronok di tonton.

Tayangan di Pawagam

Filem Fanna akan menemui penonton di pawagam mulai 28hb SEPTEMBER 2023!

Filem ini tidak sesuai di tonton oleh kanak-kanak dan remaja berusia 16 tahun ke bawah.

Tanyangan Malam Gala.

Sebarang maklumat lanjut, sila layari media sosial rasmi Filem Fanna di Facebook https://facebook.com/fannamovieofficial/ dan Instagram di https://instagram.com/fannamovieofficial?

No comments:

Post a Comment