Thursday, 31 August 2023

Baru Berusia 34 Tahun, Amin Aznizan Tekad Bawa Makanan Sarawak Mendunia

Kuala Lumpur, 31 Ogos - Amin Aznizan merupakan jejaka bujang yang berasal dari Miri, Sarawak merupakan pemilik kepada restoran makanan Sarawak yang diberi nama Kedey Kamek. Amin yang baru berusia 34 tahun juga menerajui empat syarikat besar yang berasaskan perkhidmatan makanan dan minuman iaitu SOCC Holdings Berhad, SOCC Offshore Sdn. Bhd., SOCC Catering Sdn. Bhd. dan AnakMiri Kitchen Sdn. Bhd.

Anak Miri, Amin bangga dengan asal usulnya.

Amin yang juga graduan daripada Grenoble Graduate School of Business di Perancis turut berkongsi bagaimana dia memulakan Kedey Kamek, "Saya anak Miri, jadi saya membesar dengan makanan Sarawak. Ketika saya belajar di luar negara, saya sering memasak masakkan Sarawak memandangkan itu saja pilihan yang ada."

"Waktu itu, saya turut menjamu kawan-kawan saya yang berbangsa asing untuk mencuba masakkan Sarawak. Saya menjamu mereka dengan ungkapan 'Ini lah makanan Sarawak'."

"Kawan saya ketika itu merasa takjub dengan keunikkan masakan Sarawak lebih-lebih lagi tidak ramai yang kenal apa itu Malaysia apa tah lagi Sarawak. Ketika itu saya terdetik untuk memperkenalkan makanan Sarawak kepada orang ramai."

Tambah Amin lagi, nenek dan mak ciknya juga antara yang memberi semangat untuk membuka kedai makanan Sarawak untuk diperkenalkan hingga ke peringkat dunia. Oleh itu lahirlah Kedey Kamek dengan makanan asli Sarawak daripada resepi turun-temurun ahli keluarganya sendiri.

Amin suka memasak sendiri.

Kedey Kamek ini sebenarnya dikendalikan oleh Amin di bawah AnakMiri Kitchen Sdn. Bhd. di mana terdapat tiga lagi label dan kedai lain di bawahnya. Label dan kedai tersebut ialah Nang Haus, GoGoreng & Seahorse Seafood. Minuman jenama Nang Haus memperkenalkan minuman asal dari Sarawak seperti minuman '3 layer tea' dalam tin yang boleh didapati di kedai runcit seperti 7-Eleven.

Untuk makluman, SOCC Holdings Berhad merupakan salah satu syarikat korporat bumiputera terbesar di Sarawak. Amin yang menerajui syarikat ini sebagai Pengarah Urusan Kumpulan sejak ogos 2022 membuktikan kelayakkannya dalam bidang perniagaan servis makanan dan minuman ini bukan setakat di bidang restoran sahaja tapi juga di tahap yang lebih tinggi.

SOCC Holdings Berhad di bawah SOCC Offshore Sdn. Bhd. merupakan syarikat pembekal servis makanan dan minuman kepada pelantar di laut yang dimiliki oleh syarikat minyak dan gas. Bermula dengan syarikat minyak dan gas tanah air, kini SOCC Offshore turut membekalkan perkhidmatan kepada syarikat minyak dan gas di luar negara seperti Singapura dan Arab Saudi.

Amin Azninzan selaku Pengarah Urusan Kimpulan SOCC Holdings.

Amin yang merupakan generasi ketiga mewarisi SOCC Holdings Berhad daripada datuk dan mak ciknya turut tidak terlepas daripada tohmahan orang ramai apabila kejayaannya dikotak-katik kerana latar belakang keluarganya yang kaya.

Amin menjawab, "Tuduhan latar belakang saya dari dulu sampai sekarang pun masih ada. Dulu saya pun 'koyak' apabila mendengarnya tapi kini saya sudah 'move on'. Saya mengaku keluarga saya berduit tapi itu tidak bermaksud apa yang saya ada sekarang dapat dengan mudah."

"Sebelum menerajui SOCC, saya memulakan perniagaan saya sendiri dengan restoran Kedey Kamek. Saya sendiri turun padang dengan memasak mengemas dan sebagainya. Lagi-lagi berhadapan dengan pandemik yang lepas, cabaran untuk mengekalkan kedai dapat beroperasi mencari pekerja dan pelanggan adalah tidak mudah. Saya sendiri buat kerja daripada pagi sampai ke malam agar kedai dapat 'survive'.”

"Daripada situ, perniagaan saya semakin berkembang dan pelbagai perniagaan lain turut saya ceburi. Hingga lah mak cik saya yang ketika itu peneraju SOCC Holdings Berhad sendiri menawarkan kepada saya untuk mengambil alih syarikat."

"Kalau ada banyak duit, tanpa ilmu dan usaha, seseorang itu pun tidak dapat ke mana. Apa lagi menguruskan syarikat yang sudah besar. Adalah lebih senang menubuhkan syarikat baharu berbanding menguruskan syarikat yang sudah bertapak lama dengan pengurusan yang jauh lebih senior.”

Amin mewakili SOCC Holdings Berhad dalam urusan perniagaan.

"Maka tohmahan orang lain itu adalah tidak benar jika saya mendapatkan segalanya dengan mudah hanya kerana keluarga saya yang kaya".

Harapannya agar Kedey Kamek terus dapat diterima ramai dan SOCC lebih berkembang. Amin dalam mengakhiri sesi temubual turut menyatakan hasratnya agar boleh membawa budaya Sarawak melalui masakkan Sarawak hinggalah kedunia.

Kedey Kamek yang bermaksud ‘kedai saya’ dalam basaha Malaysia menggunakan bahan yang diterbangkan daripada Sarawak kini mempunyai enam buah cawangan seluruh Malaysia iaitu dua di Sarawak dan lima di semenanjung. Anda boleh mendapatkan sajian asli Sarawak seperti Laksa Sarawak, Mi Kolok, Ayam Pansoh, Linut, Teh Tiga Lapis dan beberapa makanan dan minuman asal Sarawak.


Atas dari kiri: Laksa Sarawak Udang Galah, Linut Terubok Masin, Mi Jawa Kambing, Mi Kolok 
Bawah dari kiri: Nasi Ayam Pansoh, Satay Ayam, Mi Pok, Mi Kari Kerang

Jom makan di Kedey Kamek, ‘Belum Laksa, Belum Tahu!”

Kedey Kamek cawangan Sunway Putra Mall tingkat 1.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai SOCC Holdings Berhad dan Kedey Kamek boleh klik pautan di bawah.


SOCC Holdings Berhad: https://socc.com.my/


Friday, 18 August 2023

Shuib Rasmi Duta Kopi SUPER™️ Klasik Baharu

Kuala Lumpur, 17 Ogos 2023 - SUPER™️, jenama yang terkenal dengan kopi, teh dan minuman bijirin berkualiti tinggi bercita rasa rakyat Malaysia, kini memperluaskan penawarannya dengan SUPER™️ Klasik iaitu kopi hitam tulen segera yang diperbuat daripada 100% biji kopi Robusta untuk menghasilkan kelazatan kopi yang pekat namun halus dan beraroma.

Pelancaran SUPER™️ Klasik Baharu

SUPER™️ Klasik merupakan produk tambahan terkini kepada rangkaian SUPER™️ yang sedia ada. Hal ini untuk memenuhi permintaan daripada peminat tegar kopi serta peminum teh dan bijirin berkualiti di pasaran.

Fiona Tan, Pengurus Besar Jacobs Douwe Egberts Malaysia, pemilik jenama Kopi SUPER™️ berkata, “Di Malaysia, biasanya peminum kopi akan menambah krimer ke kopi, sama ada dalam bentuk susu pekat atau susu sejat. Oleh itu, rakyat Malaysia sentiasa mencari kopi segera yang berperisa kuat dan beraroma supaya kepekatan kopi masih dapat terasa walaupun dengan penambahan krimer.”

Fiona Tan, Pengurus Besar Jacobs Douwe Egberts Malaysia

Pelancaran SUPER™️ Klasik baru-baru ini menggambarkan komitmen SUPER™️ untuk menaikkan semangat rakyat Malaysia dengan menyediakan minuman yang mudah dan menyegarkan tanpa kompromi terhadap rasa asli. “Kopi segera di Malaysia bukan sahaja digemari sebab fungsi kemudahannya. Dengan jadual harian yang sibuk, kita perlukan kopi yang kuat dan berperisa untuk membangkitkan semangat untuk mengharungi cabaran harian. Secawan kopi yang sempurna adalah apa yang diperlukan untuk menyemarakkan perbualan sambil mengekalkan kesegaran sepanjang hari.”

Terdahulu, SUPER™️ telah melantik Shuib sebagai duta rasmi jenama mereka. Shuib merupakan seorang individu yang bekerja keras dan berkongsi cabaran yang sama seperti setiap rakyat Malaysia. Shuib menguruskan tanggungjawab sebagai bapa kepada empat anak kecil sambil bekerja sebagai pengacara radio dan usahawan menjadikannya duta yang sesuai dengan imej SUPER™️.

Shuib, Duta Baharu

“Sejak hari pertama, kami tahu Shuib adalah duta yang sempurna untuk kami kerana beliau mencerminkan pengalaman seorang rakyat Malaysia biasa. Dalam masa baik dan mencabar, kita rakyat Malaysia sentiasa gigih, bekerja dengan sangat tekun, memberikan yang terbaik untuk memperbaiki kehidupan orang di sekeliling kita. Kami sangat bersemangat untuk berkolaborasi dengan Shuib kerana kami berkongsi nilai-nilai ini dan memiliki semangat bersama untuk secawan 'kopi padu' yang hebat untuk membantu kita melepasi aktiviti harian,” tambah Fiona.

Iklan SUPER™️ Kopi Klasik bersama Shuib juga sudah ditayangkan di beberapa saluran televisyen tempatan dan media sosial.

Sempena Hari Malaysia ini, SUPER™️ sangat teruja untuk mengumumkan peraduan ‘Semarakkan Hari Malaysia’ yang sudah bermula pada 16hb Ogos hingga 30hb September 2023. Peraduan ini menawarkan peluang kepada peserta untuk memenangi hadiah menarik seperti:
  • Modenas Dominar D250 x 2 pemenang
  • Sesi makan-makan eksklusif bersama duta SUPER™️iaitu Shuib x 50 pemenang
  • Baucar beli-belah RM100 x 210 pemenang
Hadiah Utama Motosikal Modenas Dominar D250

Untuk menyertai peraduan ini, pengguna hanya perlu membeli mana-mana satu produk SUPER™️ dan hantar resit pembelian ke sini https://tinyurl.com/2va5ttxv  (tertakluk pada terma dan syarat).

SUPER™️ Klasik yang terbaharu ini kini boleh didapati di peruncit utama di seluruh Malaysia.

Maklumat lanjut mengenai Kopi SUPER™️ dan barisan produk lain serta info dan promosi terkini boleh layari halaman Facebook rasmi di https://www.facebook.com/supermalaysia.

Thursday, 17 August 2023

MIG Tandatangani Memorandum Perjanjian Bersama Akademi MEATECH untuk latihan industri

WISMA METROWEALTH, PJCC , 16 OGOS 2023- Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MOA) antara MEATECH CREATIVE ACADEMY (MEATECH) dan METROWEALTH INTERNATIONAL GROUP (MIG) telah berlangsung dengan kehadiran para media, pelajar MEATECH, wakil MIG dan artis serta pengarah veteren tanah air. MOA ini dilaksanakan untik menyahut seruan pihak Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) untuk melaksanakan Latihan Industri (LI) kepada para pelajar yang dapat memberi pengalaman sebenar industri serta pembelajaran lebih luas.

MOA bersama MIG dan MEATECH

Umum mengetahui, MIG merupakan antara syarikat produksi yang sentiasa mencipta serta melahirkan bintang terkenal selama 23 tahun MIG ditubuhkan. Antara artis yang bermula di MIG adalah seperti Shahiezy Sam, Nora Danish, Farid Kamil, Lisa Surihani, Intan Ladyana dan Liyana Samsudin.

Ini selaras dengan visi MIG iaitu Bintang Dicipta Bukan Dilahir. Bagi Mr. David Teo, selaku CEO MIG, bukan hanya bintang malah Karyawan Serta Anak Seni juga boleh dicipta menjadi pakar yang hebat. Bermula dari bawah hinggalah ke atas, MIG memberi pendedahan kepada artis mereka hingga menempa nama di industri tanah air.

David Teo, Ketua Pegawai Eksekutif MIG

Misi Pembangunan Modal Insan sentiasa diterapkan dalam MIG demi menggalas tanggungjawab dalam mencipta pelapis baharu dan konsistensi MIG membuka peluang di antara MIG dan Meatech untuk menjalinkan kerjasama.

MOA ini telah ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif Meatech Creative Academy, Puan Shahralin Bt Abdul Hamid dan Ketua Pegawai Eksekutif MIG, Mr. David Teo, diringi oleh Ketua Pegawai Urusan Meatech Creative Academy, Mohd Zaharizan Bin Abdul Mubin dan turut disaksikan oleh Pengarah Bahagian Persijilan Kompetensi JPK, Encik Mohd Sukri Bin Ismail.

Sesi menandatangani MOA

Pelaksanaan LATIHAN INDUSTRI (LI) DAN INTERNSHIP DALAM SISTEM LATIHAN PROGRAM BERTAULIAH (SLaPB) ini dilihat dapat membantu para pelajar merasai sendiri bagaimana penggiat seni menghasilkan sebuah karya yang berkualiti bermula dari proses awal hingga ke proses yang terakhir.

MOA ini tertakluk pada perisian perjanjian persetujuan perkongsian kemahiran dan peluang dari pihak MIG kepada pelajar Meatech Creative Academy untuk diserap masuk ke bidang pekerjaan industri seni kreatif yang sebenar. Menurut David Teo, pelajar yang mengikuti latihan industri mereka dijaga dari segi kebajikkan termasuk elaun bulanan dan tempat tinggal bagi yang memerlukan. Ini untuk memastikan para pelajar dapat memberikan komitmen yang bagus.

Kerjasama strategik bakal dilaksanakan bagi mempromosikan memorandum perjanjian ini demi mencapai Matlamat Bersama untuk melahirkan lebih ramai Bakat Muda dalam industri seni.

Pada majlis yang sama juga, majlis penyerahan Diploma Kemahiran Malaysia Koordinasi Pengarahan Filem dari Meatech Creative Academy kepada Seniwati Datuk Hajjah Fauziah Nawi dan Aziz M Osman atas kejayaan mereka menamatkan pengajian serta menyumbang perkongsian pengalaman besar kepada para pelajar.

Aziz M Osman menerima sijil diploma daripada MEATECH

Seniwati Datuk Hajjah Fauziah Nawi menerima sijil diploma

Dalam masa yang sama, pelajar kumpulan pertama dari MEATECH yang sedang menjalankan latihan industri di MIG turut mendapat penghargaan.

Bersama pelajar kumpulan pertama daripada MEATECH


Untuk maklumat lanjut boleh layari https://metrowealth.com.my dan https://www.meatech.edu.my .

Thursday, 27 July 2023

HUAWEI MALAYSIA MENYAMBUT KECEMERLANGAN ARTISTIK MELALUI MAJLIS ANUGERAH ZOOM INTO MALAYSIA 2023

KUALA LUMPUR, 27 JULAI 2023 – Huawei Malaysia telah meraikan kegemilangan Peraduan Fotografi Zoom Into Malaysia dengan majlis anugerah yang meriah di The Raw Studio oleh Metal Bees. Acara tersebut meraikan bakat-bakat luar biasa di sebalik lensamengiktiraf pemenang-pemenang dengan hadiah-hadiah yang dinantikan seperti HUAWEI P60 Pro, HUAWEI WATCH FIT dan HUAWEI FreeBuds 5Sambutan yang menggalakkan terhadap peraduan ini mempamerkan komitmen Huawei untuk memupuk kreativiti dalam komuniti fotografi di Malaysia.

Pemenang utama XMAGE AWARD 2023

Peraduan Fotografi Zoom Into Malaysia, yang berlangsung dari Mei hingga Jun, berjaya menarik seramai 4,100 peserta dariseluruh Malaysia, menyediakan platform yang menarik bagipara profesional dan penggemar fotografi dan videografi mobiluntuk mempamerkan kemahiran fotografi dan videografi merekayang unik. Para peserta dijemput untuk merakam keindahan Malaysia yang mengagumkan menggunakan telefon pintar Huawei, membolehkan mereka mengekspresikan kreativiti dan perspektif mereka dalam menggambarkan pemandangan alamyang unik dan detik budaya yang meriah.


Trofi dan hadiah utama.

Encik Victor Xu, Pengarah Negara Huawei Malaysia Consumer Business Group (CBG) menyatakan, “Kami kagum dengan tahap kreativiti dan kepintaran yang ditunjukkan oleh semua pesertaPeraduan Fotografi Zoom Into Malaysia bukan sahaja merakamkan visual yang menakjubkan tetapi juga menyatukan para jurugambar dari pelbagai latar belakang, masing-masing menyumbangkan penceritaan unik mereka melalui lensa telefon pintar Huawei.”


Encik Viktor Xu

Dilancarkan pada 2022, jenama XMAGE memberi tumpuankepada sistem optikalstruktur mekanikalteknologi imbasandan pemprosesan imej dalam bidang fotografiKeempat-empat asas XMAGE kini membentuk prinsip teknologi kamera telefon pintar baharu Huawei yang tersedia dalam Siri HUAWEI Mate50 Kamera Apertur Ultra dan HUAWEI P60 Pro Telefoto Ultra Lightning Kameramenghasilkan imej yang mengagumkan siang dan malam dengan keupayaan menangkap cahaya penuh yang tidak pernah dilakukan sebelum ini.


HUAWEI PRO.

Dengan sokongan teknologi XMAGE, Huawei terusmemperkasakan jurugambar dengan alatan termaju untukmerakam keindahan landskap dan detik budaya Malaysia. Dalam pandangan ke hadapan, Huawei tetap berkomitmen untuk memupuk kreativiti dan memajukan fotografi melalui teknologi inovatif. Masa depan menjanjikan harapan besar bagi komuniti fotografi, kerana Huawei terus menolak sempadan teknologi pengimejan dan memberi inspirasi kepada juru gambar untuk menjelajahi alaf baru.

Majlis penyampaian anugerah.

Untuk maklumat lanjut tentang kempen Huawei yang akan datangsila lawati Laman Web Rasmi HUAWEIlaman Facebook Rasmi HUAWEI atau Instagram.