20hb September lepas secara rasminya ETIQA mengiktiraf penyakit mental sebagai salah satu penyakit kritikal yang boleh dilindungi di bawah pelan perlindungan kesihatan kritikal tambahan mereka (atau dikenali sebagai 'critical illness rider').
Saya berkesempatan untuk menghadiri perasmian ini. Justeru itu saya lebih boleh memahami apa itu Pelancaran 'IL CI Plus with Mental Illness' di Bangunan ETIQA Bangsar. Buat pengetahuan semua, perasmian turut mengadakan sesi ruang bicara panel mengenai masalah mental namun saya 'skip' terlebih dahulu untuk saya bicarakan lebih khusus apa itu 'IL CI Plus with Mental Illness'.
Untuk mendapatkan informasi terkini mengenai ETIQA:
ETIQA IL CI Plus |
Sebagai pengenalan awal, topik kesihatan mental kini lebih terbuka dan diterima oleh masyarakat berbanding sebelum ini yang dianggap tabu. Bahkan lebih sinonim dengan perkataan 'gila', 'meroyan' dan 'dahagakan perhatian'.
Namun dengan kehadiran sosial media, kekerapan pakar psikologi yang berkongsi informasi dan pesakit yang meluahkan perasaan, menjadikan situasi ini nampak jelas oleh masyarakat. Bahawasanya isu ini dialami oleh pelbagai peringkat umur tidak mengira bangsa, latar belakang ataupun jantina. Isu kesihatan mental ini merupakan isu yang makin menjadi-jadi dan meningkat dari masa ke masa.
"Lebih mengejutkan, melalui Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2017 yang dilakukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, sebanyak 27% penduduk menghidapi penyakit mental!"
Penyakit mental ini agak berbahaya jika dibiarkan kerana penyakit ini adalah bentuk disfungi yang akan menjurus pelbagai masalah seperti faktor risiko penyakit lain, kecederaan fizikal dan lain-lain. Bahkan penyakit mental ini adalah penyakit kritikal dan memerlukan rawatan. Sebahagian rawatan mental pula boleh menjurus kepada perbelanjaan yang agak banyak terutama kes yang berat.
Sesi pelancaran IL CI Plus dengan tambahan perlindungan penyakit Mental oleh YB Hannah Yeoh selaku Timbalan Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat. |
Oleh itu ETIQA mengambil inisiatif untuk mengiktiraf kesihatan mental ini sebagai satu perkara yang serius dan harus dibantu. Sekurang-kurangnya kita dapat melepaskan kerisauan dari segi perbelanjaan rawatan jika benda ini terjadi kepada diri sendiri ataupun orang terdekat. Di bawah merupakan beberapa perkara penting untuk diketahui dalam pelan perlindungan kesihatan tambahan mereka.
1. Apa itu ETIQA Critical Illness Rider - Pelan Perlindungan Kesihatan Kritikal Tambahan
Pelan Perlindungan Kesihatan Kritikal Tambahan ini merupakan pelan tambahan yang boleh diambil oleh pelanggan insurans di ETIQA. Pelan seumpama ini yang pertama kali di Malaysia ini merupakan sebahagian daripada IL CI Plus (Investment-Linked Critical Illness Plus rider). Pelan ini berbeza dengan pelan perlindungan kesihatan yang lain dari segi senarai dan jumlah penyakit kritikal yang tersenarai.
"IL CI Plus Rider mempunyai 68 senarai penyakit kritikal yang boleh dilindungi seperti diabetis, kegagalan buah pinggang, kanser, strok, aids, koma dan terbaharu penyakit mental."
Contohnya jika anda ingin melanggan pelan ini, anda perlu terlebih dahulu melanggan salah satu pelan induk seperti Pelan Asas SecureLink Investment-Linked di ETIQA kemudian tambah sahaja IL CI Plus Rider.
2. Penyakit Mental yang boleh dilindungi.
Meskipun ETIQA telah memasuki penyakit mental dibawah perlindungan insurans mereka, tidak semua penyakit mental yang boleh dilindungi. Buat masa sekarang hanya 4 penyakit mental yang diiktiraf seperti dibawah:
a. Gangguan Bipolar Afektif
b. Gangguan Kemuruan Utama @ Major Depressive
b. Gangguan Kemuruan Utama @ Major Depressive
c. Schizophrenia
d. Gangguan Schizoafektif
Untuk pengesahan, surat dan sebagainya harus dirujuk kepada pihak ETIQA terlebih dahulu untuk mengenalpasti siapa yang berkelayakkan untuk mengeluarkan bukti kesihatan mental, di mana boleh mendapat rawatan, membuat saringan dan sebagainya.
Anda WAJIB selidik semua ini dan dapatkan penjelasan secukupnya untuk kemudahan anda di masa akan datang. Dapatkan sekali senarai hitam putih yang disahkan oleh pihak ETIQA.
3. Kelayakkan.
Mana-mana pelanggan yang diterima oleh ETIQA atau layak dibawah terma perlindungan berpandukan kepada proses pemohonan yang sedia ada. Pelanggan berusia 2-65 tahun namun perlindungan ini sehingga berumur 100 tahun.
4. Jumlah Perlindungan yang di Tawarkan dan Faedah
Sering kali kita bertanya apa yang saya dapat melalui pelan itu pelan ini bukan? Ini adalah antara yang boleh kita perolehi:
a. Bayaran terus (Lump sum) satu kali
b. Faedah bayaran terus (Lump sum) ialah 15% daripada jumlah perlindungan CI Rider
c. Tuntutan sehingga RM 30,000 setiap satu polisi
5. Kelebihan IL CI Plus - Pelan Rider Tambahan
Umumnya pelan tambahan kesihatan adalah lebih murah berbanding pelan kesihatan insurans yang dibeli secara asing. Meskipun apabila di tambah dengan pelan induk, bayaran bulanan menjadi lebih tinggi tapi jumlah perlindungan adalah jauh lebih besar. Pelan kesihatan ini juga merujuk kepada insurans atau kad perubatan yang dijual oleh pelbagai nama dan kelebihan.
Manakala untuk kelebihan yang saya boleh rumuskan secara umum untuk IL CI Plus ini ialah:
a. Lebih murah berbanding langgan secara asing.
b. Sesuai untuk yang berkeluarga/sendiri untuk menjamin dari segi kewangan jika musibah melanda.
c. Melindungi kos perubatan seperti kos rawatan, kos pembedahan, kos ubatan, kos penginapan dan sebagainya tertakluk kepada terma yang disetujui oleh pelanggan.
d. Sebahagian daripada pelan ini bertujuan untuk pelaburan dan pelanggan boleh menerima faedah/dividen atau mana-mana bahagian untung pelaburan tertakluk kepada terma yang disetujui oleh pelanggan.
e. Salah satu cara menabung bulanan 'duit kecemasan' dan melabur secara terkawal dan konsisten.
Apa yang saya kongsikan adalah dalam bentuk ringkas untuk memudahkan anda memahami sedikit sebanyak pelan ETIQA baharu ini. Sebarang maklumat lanjut boleh rujuk di lama rasmi mereka di https://www.etiqa.com.my atau hubungi ETIQA online di 1300-13-8888. Ataupun jumpalah mana-mana ejen ETIQA yang berdekatan.
Untuk mendapatkan informasi terkini mengenai ETIQA:
Laman rasmi: https://www.etiqa.com.my
Facebook: https://www.facebook.com/Etiqa
Instagram: https://www.instagram.com/myEtiqa/
Youtube: https://www.youtube.com/Etiqa
Facebook: https://www.facebook.com/Etiqa
Instagram: https://www.instagram.com/myEtiqa/
Youtube: https://www.youtube.com/Etiqa
Sebelum menutup entri ini, jika anda rasa anda dalam keadaan murung, sila berjumpa doktor atau cari sesorang untuk meluahkan perasaan. Ambilah pelan yang mengikut kemampuan diri. Tanyalah ejen yang betauliah dan jujur.
Buat ejen di luar sana, jangan hanya menjual dan mementingkan komisen. Ingatlah bahawa ramai yang ingin membeli pelan insurans dan sebagainya tapi tak mampu apabila disuapkan dengan marketing terlampau.
Apa itu marketing terlampau? Memaksa memujuk rayu pelanggan untuk mengambil pelan tambahan banyak serta momokkan yang menakut-nakutkan orang tentang akibat tidak mengambil insurans. Biarlah berpada-pada jadilah manusia yang memahami kesusahan orang lain juga.
Moga semua dapat info berguna, sehingga berjumpa lagi. Jaga diri.