Wednesday 18 March 2020

Siri #Back2Nature - Pengembaraan ke Negeri Sembilan (Taman Negeri Kenaboi, Kampung Orang Asli Tohor, Jelebu) , BHG.2

Ini adalah bahagian kedua Siri #Back2Nature yang menyambungkan kisah pengalaman hari kedua dan ketiga di dalam pengembaraan ini. Bahagian pertama boleh baca di KLIK SINI.

Untuk hari kedua pada 4hb Mac pula, kami berkumpul seawal 8 pagi untuk bergerak ke Jeram Berungut. Perjalanan menuju ke pintu masuk Jeram Berungut adalah sangat dekat dari kawasan khemah kami. Kami diperlukan untuk menggunakan jaket keselamatan,helmet dan kasut yang sesuai kerana kami akan meredah hutan dan sungai sepanjang perjalanan.

Perjalanan ini kebenyakkannya akan melalui sungai hinggalah ke Jeram Berungut itu sendiri yang semakin dalam. Namun agenda pertama ialah melepaskan anak ikan ke sungai di awal perjalanan.

Pelepasan anak ikan ke sungai di Jeram Berungut

Dalam aktiviti ini, kami bergerak dari tapak perkhemahan menuju ke hutan melalui pintu masuk yang terdekat. Kami meredah hutan melintasi Survival Camp dan memasuki sungai. Apabila sampai ke kawasan sungai yang tenang, pelepasan anak ikan dilakukan.

Ini adalah anak-anak ikan (di dalam plastik). Di luar plastik bukan anak ikan ya.


Sesi melepaskan anak ikan ke sungai oleh Balqis (Media Hulu Langat)
dan juga Megumi (Media Jepun).

Balqis tengah menunjukkan anak ikan.

Pelepasan di lakukan secara ringkas dengan hanya melepaskan mereka ke laluan sungai yang tenang. Tujuan ikan dilepaskan di kawasan ini adalah untuk menambah populasi ikan yang berkurang. Mana tidaknya, dahulu sungai ini penuh dengan ikan, namun sekarang umpama tiada ikan di dalamnya.

Ini juga merupakan salah satu usaha Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan dalam memulihara spesies ikan.


Pengembaraan ke Jeram Berungut

Apabila kesemua anak ikan sudah dilepaskan, kamu meneruskan perjalanan lagi untuk menuju ke Jeram Berungut. Sedikit kisah mengenai Jeram Berungut, nama 'Berungut' itu dahulunya berasal daripada bunyi yang dikeluarkan oleh jeram tersebut yang kedengaran seperti orang merungut.


Source: https://blog.tourism.gov.my/roughing-kenaboi-forest-reserve/

Di bahagian hadapan memang cetak dan banyak bongkah-bongkah batu yang licin.
Dahulu kalanya, suara tersebut amat jelas dan nyaring hingga boleh di dengar melepasi beberapa lebih kilometer. Bahkan air yang kelihatan cetek dan tenang dahulunya lebih dalam dan lebih deras berbanding apa yang kami lalui.


Di bahagian pintu masuk ke kawasan jeram.
Semakin dalam dan mendekati Jeram Berungut itu sendiri, kawasan tersebut semakin dalam. Oleh itu amat penting untuk mengenakan jaket keselamatan. Air juga telah kelihatan pergerakan mengalir berbanding sangat tenang di kawasan pelepasan ikan. Batu-batu yang banyak pun kini telah tenggelam dan makin kurang hingga memudahkan lagi perjalanan dalam kawasan dalam.

Waktu ni gambar dah kurang dan tiada sebab tak beli waterproof casing. Dah masuk dalam drying bag siap-siap. Bagi yang nak ambil gambar, wajib bawa 'drying bag', guna 'waterproof mobile phone casing' atau gadget yang kalis air. Adalah tidak digalakkan untuk menggunakan telefon begitu sahaja kerana risiko tergelincir adalah sangat tinggi. Bahkan semakin dalam, air semakin deras. Anda memerlukan tangan dan kaki anda sentiasa dalam keadaan bersedia.


Source: https://blog.tourism.gov.my/roughing-kenaboi-forest-reserve/
Semakin menghampiri jeram, terlihat keindahan terbentuknya alam semula jadi daripada batu. Tempat ini umpama 'Skippers Canyon' dalam siri cerita Lord of The Rings. Tempat ni betul-betul sangat cantik, tenang dan terlalu sukar untuk digambarkan apabila betul-betul berada di sana.

Kami menyusuri laluan air yang semakin dalam dan deras hinggalah kami sampai dihujung di kawasan air terjun deras di Jeram Berungut. Tempat tersebut sangat bahaya kerana terdapatnya pusaran air. Kawsan tersebut adalah sangat dalam kerana anda sudah terapung tanpa menjejak kaki di bawah. Bahagian ini, adalah dinasihati untuk mengikuti arahan pengelola dan pegawai keselamatan bertugas untuk mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.


Kendirian hidup dan makan di Survival Village

Habis saja menjelajahi sungai dan hutan daripada Jeram Berungut kami kembali kepada Survival Village yang dilintasi sebelum pelepasan anak ikan.


Di sini kami di ajar oleh pegawai hutan bertugas cara kendirian hidup menggunakan tumbuh-tumbuhan dan gadget yang ada. Selain itu, kami diperkenalkan dengan beberapa jenis buah, tumbuhan dan binatang yang boleh dijadikan sumber makanan dan perlindungan jika tersadai di hutan ini.
Dua-dua dah lapar dan saya makan maggie kari.

Ukiran Survival Camp di buluh.
Sesi penerangan juga menjelaskan bagaimana dan kenapa kita memerlukan skil yang diterangkan. Antara yang menarik perhatian, kebanyakkan alat, hiasan, dan sebagainya diperbuat daripada buluh kerana Taman Negeri Kenaboi ini banyak buluh di mana-mana. 

Selain itu, kam juga di ajar serba sedikit cara membuat atap dan pelapik daripada daun pelepah pokok. Dan kemudian kami menjamu selera!

Utensil daripada buluh.

Pegawai hutan tengah membelah buluh yang penuh dengan
ubi yang di masak.

Cara membuat sekam api.

Sesi penerangan bubu untuk menangkap ikan.
Sejurus sesi menjamu selera kami bergerak semula ke kawasan khemah untuk makan petang sebelum meneruskan aktiviti water tubing di sungai Kenaboi. Sungai Kenaboi ini ialah sungai yang di bawah jambatan gantung dari kawasan utama ke tapak perkhemahan kami di Taman Negeri Kenaboi.
Water Tubing di Sungai Taman Negeri Kenaboi

Kini tiba masa untuk Water Tubing!

Pelampung yang digunakan adalah sangat berkualiti tinggi dan tahan lasak. Ini adalah penting kerana water tubing di lakukan di kawasan air mengalir yang penuh dengan bongkah-bongkah batu, kayu-kayuan juga tepi tebing.

Anda boleh melakukannya secara bersendirian ataupun beteman. Saya buat dua kali, pertama sendiri dan kedua bersama Balqis. Caranya sangat mudah, kami berjalan membawa pelampung di kawasan permulaan dan duduk terapung sambil di tolak oleh penjaga.

Maka terapung lah bergerak mengikut aliran sungai tersebut. Cuma ada satu kawasan yang agak deras dan mendebarkan (masih selamat) kerana anda mungkin akan terlanggar tepi tebing. Haha. Menakutkan ya tapi tak mencederakan pun. Adalah digalakkan ketika air sedikit dalam kerana apabila cetek dan anda berat atau punggung termasuk dalam pelampung lebih dalam, anda keberangkalian akan terlanggar batu-batu. Hehe.

Tapi ada tips! Caranya, angkat dan menyandar agar anda pelampung tersebut dapat melindungi punggung anda!


Ini lah kawasan deras sampai terlanggar tebing tu. Hehe.

Kali kedua bersama Balqis. Sampai bahagian deras, saya tinggalkan dia dan
paut orang lain pulak. HAHAHA.

Selesai dan santai.
Habis saja Water Tubing adalah masa bersantai. Tempat yang saya duduk ini ialah sungai yang sama. Di belakang itu ialah permulaan Water Tubing dan bahagian kiri saya ialah kawasan tapak perkhemahan. Ya, sangat dekat-dekat je jarak kawasan aktiviti. Sangat selamat!

Hari tersebut diakhiri dengan Press Conference dan makan malam dengan kambing golek!
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Pada hari ketiga dan terakhir pada 5hb Mac kami di Taman Negeri Kenaboi, kami berkumpul seawal 7.30 pagi dan bersedia untuk check-out daripada khemah masing-masing setelah sarapan. Aktiviti yang dilakukan adalah di luar kawasan Taman Negeri Kenaboi dan berfokuskan kepada eko-perlancongan yang lain.

Kami dibawa menaiki van untuk melawat Kampung Orang Asli iaitu Kampung Tohor untuk destinasi pertama.

Melawat Kampung Orang Asli, Kampung Tohor

Pagi yang indah kami keluar daripada kawasan Taman Negeri Kenaboi yang tadinya itu ke Kampung Orang Asli di Kampung Tohor yang mengambil masa dalam sejam perjalanan. Meski ada kampung orang asli yang berdekatan dengan kawasan perkhemahan kami, kami ke mari kerana ini adalah salah satu tempat yang mesti dikunjungi.


Hiasan kepala.

Salah satu hiasan kepala gadis orang Asli yang sangat cantik.
Kami disambut oleh ketua kampung dengan ucapan alu-aluan kemudian dipersembahkan dengan tarian Sewang iaitu Tarian Orang Asli. Tarian ini diiringi dengan ketukan Centong Buluh. Centong Buluh ini tradisinya dimainkan oleh orang wanita.

Persembahan Tarian Sewang.
Kemudian kami ditunjukkan demo dan diterangkan cara perkahwinan orang Asli dijalankan. Perkahwinan orang Asli adalah sangat mudah dan menyenangkan sekali dengan mas kahwin sebanyak RM 5.50.

Ketika pasangan dikahwinkan, mereka akan diberi makan buah pinang dan sireh sebagai salah satu upacara adat.

Adat perkahwinan Orang Asli. (Demo)

Remaja orang Asli

Antara barang kenduri di atas meja, pengantin demo dan orang kampung.
Akhir sekali kami ada sesi menyumpit! Tok Pelima mendemo serta mengajar cara menyumpit cara yang betul. Untuk tujuan pemburuan, orang Asli akan meletakkan sedikit racun di peluru untuk menyumpit cukup untuk melumpuhkan binatang yang diburu.

Masa ni saya tengah cuba meniup belon! Berjaya tau!

Lawatan ke Kampung Gagu ke Rumah Gadang Minangkabau Seri Menanti dan makan tengahari


Setelah melawat ke Kampung Tohor, kami bergerak ke Kampung Gagu untuk menjamu makanan tengahari. Perjalanan juga mengambil masa dalam sejam.

Sesampainya kami ke sana, matahari adalah sangat terik dan sangat silau tapi tidak terlalu panas. Saya sendiri masih boleh berjalan tanpa menggunakan payung. Menarikkan! Sebelum menjamu selera kami ke Rumah Gadang Minangkabau Seri Menanti yang penuh dengan memorabilia Tan Sri Dr Rais Yatim.

Ini adalah kerana beliau berasal daripada Kg Gagu itu sendiri.


Di sawah padi yang juga berada di kawasan rumah warisan ini.

Sisi hadapan rumah yang terbentang sangat luas dengan kolam penu ikan. Ikan tak nampak
sebab menyelam. Di sini pun ada itik ya!

Ini adalah punca air daripada gunung berdekatan yang
digunakan untuk mengairi padi.

Pandangan dekat rumah warisan.




Setelah melihat dan melawat luar dan dalam Rumah Gadang ini, kami makan tengahari di Lapau Mak Mok. Lapau ialah kedai kecil dalam bahasa Negeri Sembilan. Makanan disini sedap yang amat dan mempunyai pemandangan Rumah Gadang ini dari atas. Sangat menarik!

Makanan yang disajikan.

Dihadapan Lapau Mak Mok

Pandangan atas daripada Lapau Mak Mok



Melawat Muzium Adat

Destinasi terakhir untuk merasai keindahan di Negeri Sembilan ialah Muzium Adat yang sudah terletak di kawasan bandar. Meski terletak di Negeri Sembilan, Muzium Adat ini mengumpulkan semua adat-adat yang berada di Malaysia daripada Perlis ke Negeri Sembilan, Sarawak dan Sabah. Mempunyai 5 tingkat dan tingkat atas sekali khusus kepada Adat yang terdapat di Negeri Sembilan yang terkenal iaitu Adat Perpatih atau Minangkabau.

Kelihatan seperti kepala adat.

Kaum Dayak Sarawak

Di sini juga menampilkan Raja-Raja Melayu yang terkini.

Kaum Melayu.

Setelah melihat pameran dan mendengar pameran di dalam Muzium Adat, kini tiba masa untuk kami merasai sendiri pakaian tradisi Adat Minangkabau.

Dihadapan Muzium Adat dengan tanjak Negeri Sembilan
yang besar.

Pakaian Pengantin Minangkabau

Dari kiri, Balqis sebagai Kepala Adat,  saya selaku Pengantin Perempuan, Zharif sebagai Pengantin Lelaki dah
Zul menjadi hulubalang.


Malam kebudayaan


Destinasi terakhir di Muzium Adat membawa kami ke Hotel Palm, Seremban untuk sesi penutupan di Cultural Night dengan tema Flora dan Fauna. Di sini kami berpisah dengan rakan-rakan yang mengikuti trip ini sambil menikmati malam terakhir kami dalam Siri #Back2Nature yang pertama.




Setelah habisnya aktiviti malam kebudayaan, kami bermalam semalam di hotel yang sama. Keesokkan harinya selepas sarapan, kami kembali ke Kuala Lumpur.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Untuk maklumat lanjut serta menempah pakej yang ada untuk aktiviti perlancongan persendirian, kumpulan bahkan korporat boleh layari di pautan di bawah:

Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan

Laman rasmi: http://forestry.ns.gov.my/index.php/my/
Laman facebook: https://www.facebook.com/LamanRasmiJabatanPerhutananNegeriSembilan
Instagram: https://www.instagram.com/jabatanperhutananns/

Kredit gambar secara pukal: Diri sendiri, Pocket ProductionBalqis AthirahZulhilmiZharifKellyDboyFadzil dan Fareez.

#Back2Nature
#HutanKitaNadiKita
#JPNNS
#DiscoverJelobu
#VM2020
#VisitMalaysia2020
#TamanNegeriKenaboi
#JeramBerungut
#LataKijang
#JeramToi
#TakeMeAnywhere

2 comments:

  1. Pengalaman yang seronok kan. Baru tau Negeri Sembilan ada macam-macam

    ReplyDelete
  2. Numpang promo ya Admin^^
    ingin mendapatkan uang banyak dengan cara cepat
    ayo segera bergabung dengan kami di ionpk.club ^_$
    add Whatshapp : +85515373217 || ditunggu ya^^

    ReplyDelete