Saturday 15 October 2022

AEON FASHION PREVIEW Meriah Lancarkan Fesyen Baharu Siri November 2022-Februari 2023 di TAPAK KL

KUALA LUMPUR, Oktober 13 –Penutup hujung tahun 2022 kini diserikan dengan triennial AEON Fashion Preview 2022 (AFP22) oleh AEON CO. (M) BHD (AEON) . AFP22 menampilkan fesyen baharu untuk November 2022-Febuari 2023 untuk menepati gaya dan kehendak terkini. Menariknya AFP22 kali ini dilancarkan di Tapak Urban Street Dining KL dengan tontonan awam untuk melihat bersama 4 koleksi dan gaya utama.

AEON FASHION PREVIEW 2022 di Tapak KL

AFP22 menampilkan esksulif bagi AEON iaitu Neonate x Guy’s Vision, Scartlet Loungewear, Ti:Zed dan pakaian bertema Arnab untuk Tahun Baru Cina 2023. Pelancaran ini dihadiri oleh orang kuat AEON, orang ramai, rakan media dan blogger, artis jemputan dan orang utama dalam bidang fesyen.

Naoya Okada, Timbalan Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Operasi AEON dalam ucapannya, “Dalam menyambut ulang tahun AEON ke 38 tahun di Malaysia, kami juga gembira untuk mengembangkan pelbagai jenama dan keperluan fesyen melalui jenama AEON seperti Scarlet, Agenda, Suave dan Crème; yang telah menjadi sebati dengan orang Malaysia dalam perkembangan hidup mereka.

Kami juga berusaha dalam memanfaatkan teknologi fabrik terkini untuk sentiasa melengkapi keperluan fungsi pelanggan tanpa melupakan aspek estetik dan kesejahteraan. Oleh itu anda juga boleh melihat jenama baru yang diwujudkan untuk melengkapi ciri tersebut seperti innerCasual, iC dan + Collection untuk melengkapi keperluan pelbagai saiz.”

Antara tujuan AFP22 ialah AEON ingin memperlihatkan kepentingan dalam berpakaian untuk diri sendiri bukannya untuk orang lain. Daripada #ownwhatyouwear kepada #comfortfit, AEON ingin pelanggannya berasa yakin, saling berhubung, bekerjasama dan paling penting mampu memiliki pakaian yang berkualiti. Oleh itu AFP22 siri November 2022-Febuari 2022 dilaksanakan di TAPAK KL dengan suasana orang ramai dan muzik secra langsung dengan persembahan menarik daripada Orang Orang Drum Theatre, Yonnyboii dan Aruel Ariel. 

Aurel Ariel bersama pemain saxophone dalam membuat
persembahan secara langsung sepanjang pertunjukkan fesyen.

Persembahan daripada Orang-Orang Drum.

Ini pula merupakan koleksi yang diperagakan pada AFP22:

1. Neonate x Guys’ Vision

Neonate Clothing Company merupakan pakaian jalanan Malaysia yang popular. Jenama Neonate ini ditubuhkan pada 2019 oleh Karl Shafek Ibrahim dan Ahmad Syahir Hamdan yang juga menyertai pembukaan AEON Fashion Preview lepas. Kali ini mereka bekerjasama dengan AEON khususnya jenama Guy’s Vision dalam menampilkan koleksi Neostalgia. 

Yonnyboii, orang kuat Neonate dan para model bergaya dengan pakaian
Neostalgia daripada Neonate X Guy's Vision.

Neostalgia melahirkan ciri tahun 60an hingga ke 90an dengan warna serta elemen dari zaman tersebut dengan sentuhan moden. Antara warna dan elemen tersebut ialah permainan arked dan corak paparan TV dalam mode tiada siaran. Koleksi ini menggunakan fabrik jersi yang ringan dan boleh bernafas sesuai dengan gaya hidup atletik untuk kegunaan dalam dan luar bangunan. Paling penting, koleksi ini ialah buatan Malaysia sepenuhnya.

Koleksi ini boleh didapati di 10 cawangan AEON seluruh negara iaitu Aplha Angle, Taman Maluri, MidValley, Bandaraya Melaka, Nilai, Shah Alam, Bandar Urtama, Cheras Selatan, Queensbay dan Tebrau.

2. Party Wear

Parti hujung tahun kini kembali! Namun keselesaan dan kebebasan yang kita sudah terbiasa daripada bekerja dari rumah dengan pakaian dalam dan pakaian tidur bergaya tidak perlu dilupakan.

AEON memperkenalkan Scarlet Loungewear, pakaian yang berfokus dalam menyediakan fesyen santai yang terinspirasi daripada ‘effortless’ glam untuk gaya selesa dan nyaman. Anda pasti akan rasa beparti di bilik tidur sepanjang Disember ini apabila anda merasakan kualiti Scarlet Loungewear di mana fabriknya diperbuat daripada kain kapas selesa penuh kemewahan. Bahkan beberapa pakaian ini didatangkan dengan aksesori seperti ‘headbands’, selipar rumah dan stoking comel! 

Scartlet Loungewear yang diperagakan berasama aksesori.

Selain itu, AEON turut memperkenalkan fesyen bergaya yang fleksibel tanpa mengira bentuk badan, berat dan saiz pengguna. Guys’ Vision contohnya memperkenalkan baju kait kontemporari dan seluar paras buku lali serta paras lutut. Manakala Crème memperkenalkan pelbagai fesyen moden siluet dengan material satin, labuci, ropol kecil dan kelim tidak simetri agar lebih tampak menonjol. 

3. Baju Sedondon

Berpakaian sedondon bersama pasangan sekarang ni merupakan salah satu menjadi gaya terkini seluruh dunia memandangkan ramai pasangan selesa untuk meluahkan hubungan mereka secara terbuka lagi-lagi selepas pandemik.

Dengan Ti:Zed, pasangan boleh memilih rangkaian fesyen sedondon daripada ‘pullovers’, baju sejuk dan baju t-shirt yang penuh cetakan dan warna. Manakala baju kain kapas dan kain rayon daripada Guys’ Vision yang penuh cetakan dan warna boleh dipadankan dengan pelbagai fesyen daripada SCAR untuk pakaian sedondon bermacam gaya.

Baju sedondon daripada Ti:Zed

4. Tema Arnab Untuk Tahun Baru Cina 2023

Tahun Baru Cina 2023 juga seperti tahun-tahun berikutnya apabila warna fesyen sering dilengkapi dengan pelbagai rona warna merah. Sesekali terselit juga sedikit melawan arus dengan warna pastel dengan tema arnab untuk melengkapi tanda zodiak Arnab tahun depan.

Melalui tù-gether, rekaan fesyen Tahun Baru Cina AEON penuh dengan elemen tenaga arnab yang membawa kekayaan dan kepenuhan dalam harta serta kesihatan.

SCAR, sebagai jenama yang terkenal dengan pakaian yang terkini dan fesyen muda telah memberi nafas baru kepada rekaan siluet klasik dengan sentuhan namun diberikan sentuhan moden seperti cetakan, lace, fabrik bertekstur dan juga bunga ‘jacquard’.

Arcadia menampilkan pakaian linen berfokus pada warna terang dan cerah dilengakpi dengan sulaman dan cetakan monotone.

Crème pula memperlihatkan kain fabrik seakan chiffon beralir pada perincian cheongsam dan samfu.

+ Collection berfokuskan kepada pelbagai saiz terutama untuk saiz besar. Jenama ini menampilkan ciri versatile fabrik kait mesin kepada cetakan linen dan sulaman perincian bergaya. 

Tahun baru cina bersama Plus Collection

J-Kids mempunyai pelbagai pilihan pakaian daripada kain kapas yang penuh rekaan tersendiri untuk menceriakan suasana perayaan tanpa mengganggu aktiviti anak-anak dalam membesar. 

Tahun baru cina bersama J-Kids

Guys’ Vision mempunyai rangkaian pakaian selesa dari kain kapas yang mempunyai rekaan cetakan menonjol dan juga pakaian warna biasa untuk menyambut perayaan penuh gaya.

Antara gabungan beberapa jenama di atas yang sempat diperagakan adalah seperti di bawah:

Kiri: Model wanita menggayakan Ti:Zed dan model lelaki
menggayakan Guy's Vision
Kanan: Model lelaki menggayakan Guy's Vision dan model
wanita menggayakan Crème

Kanan: Model cilik menggayakan J-Kids dan model wanita
menggayakan Scar
Kiri: Model lelaki menggayakan Guy's Vision dan model
wanita menggayakan Scar

Kiri: Model wanita menggayakan Crème sequin jumpsuit & 
model lelaki menggayakan Suave untuk seluruh pakaian.
Kanan: Kedua-dua model wanita menggayakan Crème

AEON juga turut melancarkan AEON tù-gether bersama White Rabbit. Melalui tù-gether , kedua-dua jenama AEON SCAR dan innerCasual menunjukkan beberapa kolaborasi pelbagai antara keduanya membentuk jenama penuh sentuhan personal.

Melalui tù-gether juga telah terhasilnya baju untuk tahun baru cina bertemakan arnab yang juga merupakan tahun arnab pada tahun hadapan. Baju tahun baru cina dilengkapi dengan iron-on patches visual arnab oleh artis Evelyn Pow Qian Pink yang terinspirasi daripada jenama ikonik White Rabbit. Tidak lupa juga dalam menyumbang potongan baju bergaya tahun baru cina adalah daripada rekaan Steven Sunny yang juga merupakan seorang tata gaya terkenal, guru trend dan ahli fesyen terkemuka.

Para model menggayakan pakaian daripada tù-gether yang
berkonsepkan arnab bersama artisan fesyen utama rekaan ini.

Low Ngai Yuen selaku Ketua Pegawai Perdagangan dan Pemasaran AEON turut berkata, “innercasual atau iC merupakan jenama AEON khusus untuk pakaian seharian yang berkonsepkan pakaian dalam ‘functional’, pakaian aktif dan pakaian kasual penuh kelestarian. Jadi apabila iC bekerjasama dalam program yang mempunyai sentuhan personal bersama jenama SCAR, White Rabbit dan artis terkemuka membuktikan niat AEON mengeluarkan setiap pakaian mempunyai jangka hayat panjang dengan penuh rasa cinta”.

Inisatif ini selari dengan usaha AEON dalam menjayakan United Nations Sustainable Development Goal - 8 and 15 iaitu untuk fokus dalam mempromosi pembangunan lestari yang aman dan inklusif buat semua, menyediakan akses kepada semua dalam membina tanggungjawab efektif inklusif buat institusi semua tahap termasuk melindungi, membaik pulih dan mempromosikan penggunaan lestari dalam ekosistem daratan.

Bagi saya, pakaian daripada jenama AEON berkualiti standing dengan harga. Tidak terlalu mahal, mampu milik dan tahan lama. Tebal sedap dipakai dengan cuaca Malaysia. Kalau nipis pun macam baju tshirt iC, kainnya bukan nipis tembus tu tapi jenis nipis sejuk tapi tak mudah koyak atau kendur. Berbaloi la beli dekat AEON, bertahun masih elok je. 

Nantikan pakaian fesyen AFP22 di AEON Mall yang terpilih seluruh negara bermula November depan sehingga Februari tahun depan ya!

No comments:

Post a Comment