Friday, 14 October 2022

Dama Bersiri AEON “SAYAP BAGIMU” Dibintangi Alif Satar, Siti Nordiana, Intan Ladyana dan Ramai Artis Tanah Air.

Kuala Lumpur, 13 Oktober 2022 – AEON CO. (M) BHD. (AEON) baru-baru ini telah menyambut ulang tahun ke-38 tahun. Justeru itu, AEON mengambil langkah menarik untuk mendekatkan diri mereka bersama pelanggan dengan melancarkan drama bersiri ‘Sayap Bagimu’ dibintangi artis terkenal seperti Alif Satar dan Siti Nordiana. Drama ini telah dilancarkan secara rasmi di majlis “Tayangan Gala dan Sidang Akhbar Sayap Bagimu” yang diadakan TGV, AEON Mall AU2, Kuala Lumpur.

Majlis pelancaran drama Sayap Bagimu AEON di TGV, AEON AU2, Setiawangsa.

Majlis penuh gemilang tersebut turut diserikan dengan kehadiran Dato’ Iskandar Sarudin, Pengerusi AEON, Keiji Ono, Pengarah Urusan AEON dan barisan artis drama ini, pihak media dan juga para peminat. Barisan artis terdiri daripada Alif Satar, Siti Nordiana, Dato' Sri Eizlan Yusof, Vince Chong dan Aznie Azmi selaku pelakon baharu.

Menurut Keiji Ono, Pengarah Urusan AEON,” Sebagai sebuah syarikat yang amat mementingkan keutamaan pelanggan, kami sentiasa mahu menjadikan pasar raya kami bukan sahaja tempat untuk membeli belah, malah mampu menjadi organisasi yang sentiasa proaktif dan inovatif. Penglibatan AEON di dalam industri pembikinan drama ini merupakan satu yang baharu untuk kami namun AEON yakin pendekatan ini mampu memberikan impak positif dalam memperkasakan operasi syarikat dan untuk terus merapatkan lagi hubungan di antara AEON dan pelanggan,”

Keiji Ono, Pengarah Urusan AEON

“Drama ini juga adalah tanda penghargaan dan terima kasih AEON terhadap kesetian yang tidak berbelah bahagi oleh pelanggan, rakan niaga dan kesemua pemegang taruh yang telah menjadikan AEON sebagai jenama runcitan pilihan dan tempat membeli belah dan lokasi santai bersama keluarga.”

“Kami di AEON amat bersyukur dengan setiap kejayaan yang dikecapi oleh syarikat yang disokong oleh kesetiaan pelanggan selama 38 tahun. Kejayaan syarikat yang juga didukung kuat Kerajaan membolehkan kami untuk terus memacu setiap usaha kami ke hadapan,” sambung beliau.

Bagi peminat drama di TV3, anda pasti tahu gandingan Alif Satar dan Siti Nordiana sememangnya gandingan paling mantap dengan tontonan yang memberangsangkan, oleh itu pemilihan mereka dijangka dapat menarik lebih ramai lagi menonton drama AEON Sayap Bagimu. Lagipun, drama dengan nama sama dan pelakon yang sama di TV3 merupakan drama paling terkenal ketika itu. Selain itu, tajuk drama “Sayap Bagimu” ini juga diambil daripada inisiaitf AEON untuk kelestarian negara, di mana aspirasi Sayap Bagimu ialah untuk menyokong antara satu sama lain untuk mengembangkan sayap dan terus bergerak ke hadapan 2 bersama.

Turut menyertai program ini ialah rakan-rakan niaga AEON dan para penaja seperti AmBank Malaysia, TGV Cinemas, Focus Point, Gintell, OSIM, Poh Kong, Tomei Gold & Jewellery, PANDORA Jewellery, Hype Energy Drink, Mahnaz Food, Samsung Malaysia Electronic, Mamee-Double Decker, Shogun Japan, Yeo Hiap Seng, BB Diapers dan Uncle Zam Rice.

Bagi drama AEON Sayap Bagimu, drama ini berkisar tentang cabaran, tekanan dan sokongan yang dihadapi di tempat kerja AEON dalam memajukan kredibiliti mereka selaku pemain industi peruncitan di negara. Juga, drama ini menampilkan proses dan usaha meraka dalam membantu pelanggan AEON dari segi pembelian, khidmat pelanggan dan penyampaian maklumat. Contohnya, drama ini turut menyelit beberapa proses memudahkan system digitalisasi dalam aplikasi AEON mereka dalam imbasan produk untuk mengetahui maklumat tambahan yang tidak tertulis jelas di atas produk.

Sidang media drama Sayap Bagimu

Dalam sidang media pada majlis yang sama, Ngai Yuen Low Ketua Pegawai Perdagangan dan Pemasaran AEON turut berkata proses rakaman mengambil masa yang lama sejak 30 oktober 2020 sehingga Mei tahun ini. Oleh itu beberapa fasa pandemik ke endemik turut dapat dilihat dalam drama ini. 

Alif Satar turut berkata, "Oleh sebab masa rakaman yang lama, penonton boleh imbas semula zaman pandemik PKP yang awal dahulu di mana kita masih menggunakan pelitup wajah sepanjang masa dan sebagainya. Drama ini menjadi berkait rapat dengan penonton diluar sana". 

Drama ini mengandungi 13 episod dan setiap episod mempunyai durasi lebih kurang 30 minit. Sayap Bagimu akan disiarkan pada setiap hari khamis pukul 6pm di laman YouTube AEON Malaysia. Episod pertama sudah boleh mula ditonton bermula 13 oktober lepas.

Sebagai selingan, AEON memutuskan untuk melancarkan siaran drama Sayap Bagimu di YouTube merupakan cara mereka untuk mencapai lebih banyak lagi penonton dan para pelanggan. Hal ini adalah kerana siaran YouTube boleh dilihat berulang kali pada bila-bila masa serta mudah diakses oleh semua orang. Meskipun kos produksi dan bayaran pelakon juga tinggi, ini bukan alasan AEON untuk melancarkan drama ini di kaca TV di mana hanya segelintir sahaja yang boleh menontonnya pada masa tayangan tertentu.

Anda boleh tonton episod pertama di bawah ini:

Klik di sini Sayap Bagimu ep.1 atau tonton di bawah.

Review ringkas saya untuk episode pertama (Ada spoiler, jangan baca kalau tak nak spoiler):

Drama ni unik dalam menjadikan watak utamanya (Alif Satar) sebagai seorang yang mempunyai masalah Gangguan Kebimbangan Sosial atau dalam bahasa inggeris ‘Social Anxiety Disorder’. Alif tak boleh tengok mata orang ketika bercakap, berdebar bila depan umum dan sebagainya tapi masih boleh menjalankan kerja seharian jika diberi peluang. Jadi ini adalah antara sisi yang masyarakat kita perlu faham. 

Kebanyakkan kita anggap mereka ni pelik dan terus menjatuhkan hukum tanpa kita faham apa masalah yang dihadapi mereka. Kita boleh ambil pengajaran ini dalam membantu mereka yang menghidapi masalah sama. Bagi yang menghidapinya pula, harapannya agar anda tahu bahawa ramai orang disekeliling anda juga mencuba untuk membantu anda dan harap anda turut menerima pertolongan orang lain tanpa segan okie!

Antara babak awal Alif dalam drama Sayap Bagimu.

Antara lain, cerita ni terselit juga babak pelanggan selalu nak betul. Kita nampak lah staf AEON gigit bibir je tahan geram ye kalau jumpa pelanggan macam ni. Hahaha. Jadi jadi pelangaan tu harus ingat, mereka ni pun manusia jangan lah kejam lagi-lagi nak minta tolong.

Awal-awal mungkin ada lambat jalan cerita tapi lama-lama tu baru kita boleh tangkap layan cerita ni. Awal-awal bahagian episod satu tu drama ni nak tampilkan karakter Alif dalam cerita ni. Kalau yang ni pun anda tak sabar, realiti kalau anda jumpa orang macam ni lagi la anda tak sabar. 

Berbaloi untuk ditonton sebab jalan cerita memang fokus AEON, siap boleh tengok ofis HQ AEON lagi. Bila je kita boleh tengok ofis AEON betul-betul kan? Oh selain artis, ada staf AEON turut berlakon sekali tau. Ha, nak tau siapa? Kena rajin-rajin tengok drama dan komen Youtube, mesti ada yang pecahkan tembelang mana satu staf betul. Hahaha.

Selamat menonton!

No comments:

Post a Comment